Sunday 24 November 2013

Markisa Kak Roha




Program hari ini mengetut pokok belimbing buluh warna kuning di rumah  Roha Kampung Kuah. Bermula 10.30 pagi saya dan Wawa pun memulakan rancangan kami. Mesra dengan panggilan Kak Roha, beliau adalah seorang pengusaha makanan yang gigih di Langkawi. Kebetulan dulu Wawa menyewa rumah dan berjiran baik dengan Roha. Kawasan rumah sewanya begitu luas dan Roha juga meminati tumbuhan tetapi dek kerana sibuk dia tidak sempat menguruskan tanamanya. Namun mata saya melekat pada satu pokok saja dalam sebanyak-banyak koleksi pokok yang dia ada. Markisa...memang minat habis buah ini tapi markisa tidak mesra dengan saya. Dua kali beli, hidup segan mati tidak mahu. Guna biji benih pula duk terbantut sebesar tu juga. Last-last ketali gantung lah dia...

merata ceruk kawasan rumahnya bergantung buah markisa...gerammmm..

No comments:

Post a Comment