Monday 20 January 2014

Anggerik Langkawi

Walaupun mengkagumi orkid tetapi saya tidak mempunyai minat yang mendalam untuk koleksinya yang pelbagai itu. Tidak tahu kenapa, saya tidak pernah membeli walau sepasu pun pokok tersebut, kalau masih ada yang di rumah pun , adalah dari pemberian dari abang kandung dan abang angkat. Itupun kerana di dalam pasu, yang lain di atas tanah dari jenis vanda habis saya sedekahkan kepada rakan taulan sewktu nak berpindah dulu.
Di Langkawi satu ladang bagi tujuan penyelidikan usahasama penduduk tempatan dengan syarikat dari Taiwan sedang giat di usahakan di Jalan Padang Lunas berhadapan MRSM. Ia merupakan serampang dua mata kerana disamping menyelidik mereka juga membuka pada awam bagi tujuan produk pelancongan. Bagi penduduk Langkawi masuk adalah percuma. Jenis vanda hybrid mendominasi bunga2 di ladang. Saya sempat menyenap beberapa keping gambar semalam









5 comments:

  1. Salam.. cantiknye orkid ni... tapi not for sale kan.. untung org langkawi dpt masuk free..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam. Ini memang yang for display tapi yang jual pun ada. Lihat contoh bunga disini, untuk jual di sebelah.

      Delete
    2. Untuk orang luar murah ja. Kanak2 RM2, dewasa RM3.

      Delete
  2. Suka tengok je, bela dan belai tidak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Diana, yang ada kat rumah ni dah dua tahun tak berbunga. Mungkin merajuk kut. Nanti nak kena pi nyanyi-nyanyi kat dia..

      Delete