Thursday 23 January 2014

Cerita Tiga Bunga

Petunia merupakan salah satu dari bunga favourite saya. Sampai kini saya masih tercari-cari jenis yang biasa saya tanam dulu di mana ranting dan bunganya lebih banyak menegak ke atas, kurang mengurai. Dulu saya ambil pokok ini di Yooi. Rela pergi sejauh itu dengan motor bawa anak kecil lagi semata-mata nak dapatkan bunga ini. Selak-selak album saya terjumpa gambar di rumah sewa lama yang diambil ketika saat ia berkembang penuh. Dulu saya sentiasa menanam semula pokok ini agak tidak pupus. Belasan tahun juga bersama saya sehinggalah sekitar 2011 di rumah baru,  ianya pupus lansung akibat serangan siput mata jin yang memakan batang dan daunnya. 


Akhirnya setelah sekian lama, tahun lepas  saya membeli sepasu petunia warna ungu. Saya berharap agar benih atau pokok yang saya semai dari induknya akan jadi seperti petunia lama saya. Rupa-rupanya cubaan saya tak menjadi pun. Walaupun hidup subur ( gambar atas ) tapi tetap menjurai ke bawah.

Ini Cypress Vine yang saya beli dan juga hadiah dari Diana sedang galak berbunga. Setakat ini cuma warna pink yang keluar. Saya masih menunggu kalau-kalau ada warna merah dan putih. Sebab waktu beli dulu color random. Bunga ini merupakan salah satu dari bunga zaman kecil saya. Semasa bermain masak-masak kami selalu gunakan bunga ini untuk merahkan kuku.

Bunga Lily Amaryllis banyak terdapat di Langkawi. Musim panas begini, bunga-bunga ini boleh didapati di merata ceruk berkembang. Sebelah Air Hangat lebih banyak yang bewarna oren. Amaryllis saya ini terperuk di dalam rimbunan pokok melur. Memang terlindung sebab tu lambat berbunga. Sudah lama saya abaikan kelompok pokok2 ini. Yang buang pun banyak. Munkin kerana ia mudah didapati dan berkembang setahun sekali cuma ( pada musim panas ) jadi saya tidak berapa pedulikannya. Teringat 24 tahun yang lalu, sewaktu rumah kosong tanpa bunga, suami membawa saya ke Pantai Penarak sebelah dalam ( orang kampong panggil Ceruk ). Disitu bunga-bunga ini berkembang sepanjang persisiran pantai. Cantiknya...ala2 duk dinegeri orang putih lah pula. Menurut suami bunga-bunga ini masih ada lagi  disitu tapi tak banyak macam dulu akibat kesan pembangunan.

9 comments:

  1. Salam Normala, wah cantik.. betul la kan.. setiap yang cantik akan menjadi memori yg indah buat kita.. rasa ingin kembali seperti dahulu..

    ReplyDelete
  2. Salam, Ya la, sampai sekarang saya masih tercari-cari petunia old fashion ni. Mana2 kenalan yang pernah ambil pokok ni pun saya dah tanya. Kecewa. Semua cakap dah putus benih. Mana nak cari ya..?

    ReplyDelete
  3. Cuba tengok blog seedandothersforsale.blogspot.com...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih info Mar. Tapi saya ingat Lin dah tak active menjual kut. Saya ada order bunga sebulan yang lalu tapi sampai sudah tak reply.

      Delete
    2. Sekarang ni dia ada page fb Go Green.. cuba cari.. saya baru je terima order minggu ni..

      Delete
    3. Ooo ya ka, terima kasih bagitau Mar. Nanti saya tengok.

      Delete
  4. Ingatkan warna pink yang paling kurang rupanya banyak masuk dekat KakMala.Petunia sebab menjurai jade take rajin nak tanam. Kalau dapat yang jenis tegak best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana, tadi baru ada satu merah berbunga. Ni tunggu warna putih pula kut2 ada.

      Delete
  5. salam perkenalan mala.wah ctk2 bunga mala.pandai mala jaga.....

    ReplyDelete