Friday 21 February 2014

Ada Apa dengan Petunia?

Tu lah, dulu tak mau sangat beli petunia jenis hybrid ni. Tak tahan lama..tapi degil, langgar sumpah beli juga. Bukan apa saja nak buat experiment nak tengok boleh tahan cuaca tak dan saya suka sangat nak dapatkan biji benih dia untuk semaian baru..Selama sebulan lebih ianya membesar subur dengan bunga yang meriah dan tiba-tiba saja  ia boleh jadi begini.....
Mula-mula ingat tak cukup air. Siram tapi terus-terusan kecut. Cek akar dah reput di pangkal. Over siram ke? Rasanya tidak...sehari sekali sahaja. Mujur stok benih sudah di tuai..
Kembang yang pertama tertewas....
Empat hari kemudian di ikuti dengan kembang yang ini pula..pun tertewas.
Akhirnya cuma tinggal yang ini saja masih terus bertahan. Saya cuba menanam batang-batang dari pokok yang mengecut ( segarkan dulu dalam air ),  dalam enam pasu cuma kelihatan satu saja yang macam hidup. Lain terus kecut. Apapun saya puas hati sebab sempat simpan kesemua stok biji benih. Esuk cuti jadi boleh menyemai lah.





7 comments:

  1. Yang ketiga tu cantik ada pelbagai rona.
    Tewas apa Kak Mala blur kejap, tewas terjatuh cinta lagi ?

    ReplyDelete
  2. hahaa...dua pokok tu mati la Diana.., tu yang maksud tertewas tu..Gambar berbunga tu di ambil waktu duk tengah segar bugar. Tak sampai dua bulan terus mati ....

    ReplyDelete
  3. saya suka petunia. selalunya masa dia tengah berbunga lebat, saya cantas (pruning) dahan2 dia.. lepas tu bila nampak bunga tu dah nak layu, kena kutip satu2 pastu buang..

    selalunya lepas pruning, (saya memang cantas sampai gondol xde bunga), dalam 2minggu lepas tu dia akan berbunga balik.

    jaga petunia kena rajin. sebab nak kena hadap cabut satu2 bunga yang dah layu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la, tiap pokok ada disiplinnya yang tersendiri...cuma si penjaga yang tak berdisiplin agaknya. Lagi satu bab sayang nak mencantas batang,.. Tu sebab mati petunia kakak ni...

      Delete
    2. takleh sayang kak.. sayang lebih2 kang melayangggg.. hahahaha

      memang kena cantas. kalau tak dia mogok tak mau berbunga pastu mati..

      Delete
  4. saya semai benih petunia satu pack ... apa pun tak naik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih peket yang saya beli pun tak naik tapi benih yang ambil direct dari pokok sendiri tumbuh meremut. Kalau hidup semua anak benih tu hah, siap saya nak kena beli berpuluh pasu gantung...

      Delete