Monday 3 February 2014

Lagi Cerita Pasal Morning Glory

Saya memang suka melihat bunga  morning glory yang pelbagai warna macam juga petunia. Menanamnya juga mudah dan benih pun tidak mengambil masa yang panjang untuk tumbuh. Waktu google2 tentang bunga ini saya terjumpa satu blog kepunyaan Iris yang menjual benih bunga ini dari jenis yang belum pernah saya lihat sebelumnya.  Saya pun terus buat tempahan

Saya terpikat pada Ensign Blue tapi Iris tersilap hantar Scarlet O'Hara

Iris yang baik hati menghantar semula benih yang betul dan Scarlet O'Hara jadi sebagai hadiah sahaja darinya. Semaian Scarlet darinya mulai membesar.

Tak berapa lama menyusul pula Ensign Blue.

Biji benih Ensign Blue rupanya lebih kecil dari benih Scarlet. Cepat bercambah tapi tumbesarannya pula agak perlahan. Mungkinkah sebab ia tidak mesra dengan cuaca, tanah dan persekitaran rumah saya. 

Kemudian saya order lagi Ensign Mixed ( bersamanya benih Lotus & zinnia polar bear ) baru tadi semai. Harap tumbuh cepat.

Ini pula Heavenly Blue dari Diana. Sudah hampir sebulan umurnya. Entah kenapa ditengah-tengah tumbesarannya tiba-tiba saja dia jadi merajuk dan terbantut. Macam tidak mahu menjadi. Kurus saja pokoknya. Dulu waktu tanam Scarlet sebulan dan besar memanjang dan dah keluar putik bunga. Alahai kenapa ya...pasal cuaca lagi ka..

Ini Fuji, ( tiga pokok sahaja, yang lain Scarlet ) walaupun tumbuhnya lewat seminggu dari Heavenly tapi lebih cepat membesar. Walupun begitu proses tumbesarannya juga lambat. Apa hal ni tangan saya atau cuaca yang panas...

Walau apa pun saya tetap berharap semuanya berbunga walaupun terbantut. Tengok tu, bantut-bantut Fuji pun dah keluar dua putik bunga. Ada juga hadiah untuk saya. Baik hati dia....

































































































4 comments:

  1. Assalamualaikum kak Mala, wah variety color of morning glory kakak beli ye, harap2 semuanya menjadi. boleh kakak kongsikan cara penanaman & penjagaan bunga ni ke? dlu time di kampung pernah juga tanam bunga ni, lebat berbunga tapi ada sejenis kumbang ntah apa nama kumbang tu suka stay di pokok bunga ni, pastu kumbang ni jenis yg berbau. kakak ada petua ke camne nak elakkan kumbang ni?

    ReplyDelete
  2. Tak tahu pula cara nak elakanya. Morning glory kakak yang dulu bena putih yang suka serang sampai mati pokok. Yang order sekarang OK semua. Tidak ada gangguan setakat ini, kecuali belalang yang kadang-kadang makan daun.

    ReplyDelete