Saturday 15 February 2014

Lama Yang Baru - Marygold

 Bunga lama baru tanam itu maksudnya. Seingat saya, marigold atau lebih sinonim dengan panggilan bunga tahi ayam ( sebab baunya yang sedikit busuk ) sangat famous pada zaman saya  kecil lagi. Yang dulu pokoknya lebih tinggi dan besar, kelopak warnanya berbagai bentuk dan rupa. Senang membiak. Bila bunga kering gugur di tanah, biji benihnya bercambah di sekitar induknya. Dan seingat saya ketika itu cuma ada dua warna sahaja, kuning dan orange.

Saya membeli benih di pasaraya gambar seperti bunga di atas. Nama tertera Marygold Honeycomb.

 Jenis renek tapi gemar berbunga..

 Bila berbunga keseluruhan baru saya sedar saya dapat tiga jenis pokok  yang berlainan corak warnanya. Untung...

warna ini..... 
   

 dan ini......   

                                                      sebahagian bunga yang berkembang

7 comments:

  1. Cantiknya kak.. saya semai asik tak jadi je.. takat seedlings je.. nak jadi rimbun macam tu belum lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar, mula2 tanam dulu, pokok dia kemetot saja, kak pun terkejut tengok. Baru 4 inci tapi dah keluar bunga. Masuk dua bulan baru dia merimbun

      Delete
    2. Mar tengok dalam pasu kecik warna hitam, tu la anak dia kak semai kali kedua ( benih beli juga ) ha kemetot macam tu la...

      Delete
  2. Cantiknya kak, saya pernah juga semai bunga marigold jenis honeycomb tu, x pernah menjadi. bila dh kering bunga tu bleh jualkan benihnya kpd Julie ke kak? nak suruh husband plak semaikan hehehe...

    ReplyDelete
  3. Bunga kering banyak Julie tapi kak semai tak tumbuh pun. Kalau nak boleh nanti senang2 kak pos.

    ReplyDelete
  4. Yang tinggi terkenal tahi ayam tu jenis African marigold.
    Kalau yang renek French marigold.
    Cantik merimbun.

    ReplyDelete
  5. Thanks for info...pada orang tidak tahu ni..semuanya tahi ayam saja namanya...

    ReplyDelete