Monday 3 March 2014

Liar Yang Cantik - Asystasia

Selalunya saya diketawakan dan di anggap lucu kerana memandang cantik pada bunga-bunga liar ini. Saya pun tidak tahu kenapa bunga secantik ini di pinggirkan dan tiada sebarang nilai di pandangan.  Ini sebenarnya mengimbas  kembali 24 tahun yang lalu ketika saya mula pertama kali menginjak kaki di rumah sewa saya di Langkawi. Tuan rumah ( arwah ),  suami isteri amat menyukai tumbuhan dan menjaga rapi kawasan kampung mereka yang luas. Ketika itulah saya mengenali bunga-bunga comel ini dengan tanpa nama. Tumbuh di pinggiran, berumpun berselerak dengan warna-warna lembut yang begitu memikat. Biru muda, pink, lime green, putih dan purple. Untuk hiasan atas peti ais, selalu juga saya memotong dan memasukkan bunga-bunga tersebut kedalam balang yang berair. Ketika itulah saya di ketawakan. Saya masih ingat kata-kata arwah tuan rumah "....ish,bunga macam tu pun nak ambil..orang tak tanam pun..."
Ketika merindui bunga ini saya kembali semula kerumah sewa lama dan mencarinya. Malangnya setelah ketiadaan tuan rumah suami isteri, pokok-pokok tersebut pun turut pupus. Saya cuma berjaya dapat satu jenis warna sahaja seperti gambar di atas. Pada waktu inilah saya mengoogle nak tahu apa namanya dan saya secara tidak sengaja terlihat info bunga ini dan sekutunya di My Nice Flowers
Namanya Asystasia Gangetica atau Chinese Violet...( ada beberapa lagi nama..)
Hampir dua bulan , saya sangka sudah mati tapi tiba-tiba ia muncul dan berbunga. Terima kasih! Ini adalah serpihan dari kelompok besar yang telah licin di ratah oleh kambing-kambing durjana..Saya ada juga menanam dalam pasu. Pokok saja rimbun tapi tidak berbunga..Bunga ini sebenarnya boleh di dapati pada kebanyakan pinggiran kampung di Langkawi. Daunnya boleh disayurkan namun saya belum pernah mencuba. Terdapat juga adik beradiknya yang lain,  lebih comel bunganya seperti gambar di bawah..
 Ini...., Asystacia Sp namanya..


Tadi google2 jumpa satu blok nama Cinta Manis.. Tak sangka rupa-rupanya ada warna pink pekat bunga ini. Mak oii...cantiknyaaa dia...saya mula perasan, kalaulah di campur warna pink dan purple dalam satu pasu..ohhh...mestilah happening sangat....Harap-harap boleh dapat color pink tuh!


Yang ini pun masih dari family yang sama. Asystasia Intrusa atau Rumput Pengorak, Rumput Kambing, Bunga Istana ( info dari My Nice Flowers )  Nama lain dari internet Ara Sonsang atau Rumput Israel ( rumput untuk arnab ) Ini baru boleh dianggap liar. Merata tempat dia tumbuh, Kat rumah saya sendiri pun berselerak dengan pokok ini...Hah, yang ini baru  saya pandang tak cantik ....tapi bila close up chome pula..

( Gambar dari blog bunga Hawaii )
Imbasan kenangan Beginilah rupa kelompok bunga Asystasia suatu waktu dulu, ketika di rumah sewa lama, berselerak keliling kampung penuh warna warni. Tak cantik ke macam ini...?







































5 comments:

  1. mmg cantik kalau berbunga mcm ni..sy rasa ada pokok ni tumbuh meliar...senang pulak tumbuh...yg sy semai elok2 x pulak tumbuh

    ReplyDelete
  2. Memang betul Nadia yang selalu kita jaga dan tatang tu lah tak mau menjadi..yang liar2 begitu subur la pula.

    ReplyDelete
  3. Cantik semuanya..saya pun peminat bunga liar juga

    ReplyDelete
  4. mcm rumput Israil je ni kak hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang setengah orang panggil rumput Israel

      Delete