Tuesday 25 March 2014

Si Biru Yang Mengancam!

Mula-mula terpandang, eh, betul ke? Macam nak kenal ja bunga tu...Lantas saya suruh adik pelahankan kereta. Iya, memang betul . Warnanya begitu menonjol. Tumbuh sekelompok  
di dalam semak, dilereng bukit,  bercampur aduk dengan local morning glory  yang warnanya lebih pudar. Tak kan orang tanam dalam semak pula...Sepanjang jalan sudah dua tiga tempat saya tengok ia berkembang dalam semak. Tak mungkin asalnya tumbuh meliar. Mungkin biji benih yang tersebar dari taman berdekatan. Itu yang terpikir oleh saya.  Hish...hati dah tergedik-gedik nak berhenti tengok tapi malangnya struktur jalan yang tak begitu mengizinkan untuk berhenti. Ingat lokasi!  Adik dah siap bagi arahan.   Nanti malam kita kidnap ya...


  Ya betul, morning glory inilah yang saya lihat tadi tumbuh meliar dilereng bukit tapi bukan semua tempat dia ada.

      Yang tumbuh cantik ini kepunyaan si hotel. Sambil-sambil posing tu, misi tetap berjalan. Mata tu meliar cari biji benih kut2 ada tapi sebiji pun tak jumpa. Heran...tak ada biji ke?
Waktu ronda-ronda tengok tempat, terjumpa satu kawasan yang agak semak tapi di  penuhi dengan bunga-bunga ini. Ladang free for sure. Tepi jalan lagi. Haaa...apa lagi, ambil lah banyak mana suka. Peduli apa orang tengok...sampai juga hajat. Tak ada lah nanti teringat yang kat dalam semak tu... Saya sempat snap bunga-bunga ini tapi dalam gambar kelihatan warnanya seakan pink. Mungkin biasan cahaya matahari. Sebenarnya rupa dan warnyanya sebiji macam morning glory di atas. Terkini,  dah tanam tapi.....macam tak mau hidup pun.....pasal kidnap kut! hehe....

6 comments:

  1. Assalam Kak..Morning Glory ni hari tu saya tengok di Fraser Hill besar2... dekat Jelebu sampai naik atas pokok yg tinggi... pemandangan yg indah... dlm blog Puteri Purnama rasanya spesis ni juga... dia dapat dari Kawasan Gunung Kinabalu... menjadi pokoknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mar. Tu la Mar....frust sangat ni. Kak tak dapat sebiji pun biji benih..yang keratan batang pun nampak macam tak nak hidup pun...

      Delete
  2. Patutnya ambil yg dah berakar terus tak apa tak ada daun dan bunga mungkin boleh hidup terus. Sebab keratan batang ni kadang bila panas itu yg tak menjadi bukan kerana 'curi' hihi... ambil yg tak bertuan kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, akar dia duk atas bukit nuu...saya cuma dapat tarik yang kat bawah saja. Tapi yang adik saya tanam kat kampong hidup katanya. Jelous saya....

      Delete
  3. Ini macam jenis Star of Yelta Morning Glory.
    Memang mengancam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, masa mula-mula tengok dari dekat, kak cakap kat adik, Diana mungkin tau ini dari jenis apa. Kalau ada jual kat nursery mana-mana mau kak pi beli sebab bunga dia kembang sampai ke petang. Besar-besar pula tu...

      Delete