Monday, 21 April 2014

Cinta Kali Kedua.

Agak lama saya tidak menanam pokok ini. Tidak pasti berapa tahun cuma yang pasti waktu itu masih di rumah lama dan anak bongsu saya masih kecil dan belum bersekolah. Sekarang dia sudah menjangkau 19 tahun. Sebab utama kenapa saya tidak mahu pokok ini ialah kerana saya geli pada ulat-ulat besar  yang sering makan daun pokok-pokok tersebut.
Ketika itu cuma ada dua warna utama. Putih dan Purple.

Tapi kini tidak lagi. Semenjak beberapa tahun yang lalu, jenis hybrid dengan warna-warna yang ceria sudah menguasai pasararan. Saya telah jatuh cinta kembali.

Di sini Kemunting Cina dikenali sebagai Jalang Kampung. Mmmm..sungguh '........' namanya

Tidak ramah berbunga bila saya letakkan di tempat yang kurang cahaya.

Lihat perbezaan bunga  ketika mula-mula beli sebulan yang lalu. Meriah!

Ini pun tanaman round kedua setelah lama berlalu. Tahi ayam renek.

                                           Suka tengok bunganya yang putih comel.




18 comments:

  1. Cantik nya k.mala...biasa tgk yg putih dan purple...ada byk color rupanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak color sangat sekarang ni Nadia. Dah boleh lawan petunia pun. Tapi pokok ni kak lebih suka yang pokok biasa dari tanaman gantung.

      Delete
  2. comei berseri2....bunga tahi ayam renek jenis shrub yg menjalar kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenis renek ni. Macam2 color ada, tapi berkenan yang putih. nampak ala2 suci murni gitu...hahaa...Ruang sempit ni kena tanam jenis ni ajalah. Kalau kampung punya besar pokok dia. Makan ruang.

      Delete
  3. cantikkk wpun nama kurang sopannn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat tempat lain tak tahu pula nama tempatannya. !st time dengar namanya begitu, isshh..rasa pelik sangat tapi kak sendiri pun sedari dulu tak tahu apa nama dia. Panggil nama - pokok bunga ja ..

      Delete
  4. Saya suka belajar nama-nama local sana dari Kak Mala.
    Tersengih-sengih sorang-sorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaa..tu la..brutal sangat nama dia. Mungkin Langkawi tempat pokok ni kut. Teringat 1st time mai Langkawi sekitar tahun 1986, bergambar di Tanjung Rhu. Pokok ni memenuhi sepanjang pantai tersebut. Cantik sangat.

      Delete
  5. Tahi ayam renek tu, cantik sangatlah kak, 1st time tengok color putih. Cantiknye....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Jarang nak jumpa warna ni Julie.

      Delete
  6. cantiknya...sangat terang kalernya...akak bkn setakat geli kalau tgk ulat,malah takut,mau lari lintang pukang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun kak geli sangat tapi boleh lagi kerat badan dia dengan gunting. Kadang2 kesian rasa, tapi sayang dekat pokok melebihi segalanya..

      Delete
  7. Replies
    1. Terima kasih Bangchik and Kakdah sudi tandang.

      Delete
  8. Beautiful, colorful! Saya suka vinca dan lantana!

    ReplyDelete
  9. Ya, me too and so do the rama-rama! Did you ever read our Malay poem, Jangan Bunuh Rama-Rama, but I did. Of coz I'm not killing rama-rama but I killed the caterpillar. That's creature make me so geli...

    ReplyDelete