Sunday 20 April 2014

Lily Langkawi

Kebanyakan orang tempatan mengenalinya sebagai bunga bawang. Jarang yang memanggilnya Lily. Dua warna yang popular ialah peach dan oren. Di Langkawi pokok ini mudah di dapati di mana-mana saja dan ia jarang menjadi kesayangan pun. Tidak seperti Tecoma, Lily tidak  pernah dinanti musimnya dan kehadirannya pun  tidak meninggalkan  sebarang kesan. Mungkin kerana selamanya disini dia di anggap bunga biasa cuma. Tiada nilai komersil.



Di musim panas pemandangan sebegini cuma biasa-biasa saja di Langkawi. 

Boleh lihat ia berkembang dimana-mana ceruk dan kawasan. 
 Bagi saya ia sangatlah cantik tapi jarang amat dengar orang memujinya.

 Ini tumbuh di tanah terbiar di tepi pantai. Beratus pokok. Tidak bertuan...siapa-siapa boleh ambil.

Alangkah cantiknya sekirannya landskap di Langkawi ini ditanam dengan pokok-pokok ini. Bayangkan,  bagaimana meriahnya warnanya nanti  bila tiba musim berbunga !


9 comments:

  1. Masya Allah cantik sunggguh tak terkata, menceriakan laman macam nii....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok lily jenis ni kena tanam macam ni, barulah nampak cantik ya. Kalau sepokok gitu tak menarik..

      Delete
  2. Memang kalau merumpun cantik.
    Syoknya tumbuh macam rumput kat sana.
    Pokok ni pun ada macam fashion gak Kak Mala, dahulunya orang suka sebab jarang nampak jadi orang rajin tanam.
    Bila dah biasa tengok dah takde rasa sayang.
    Bila ianya menghilang barulah kita rindunya kembali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Diana. Mungkin orang Langkawi dah terbiasa sangat kut dengan bunga ni. Kak dulu pun pernah buang banyak pokok ni. Tak sayang sebab mudah didapati. Tapi bila 24 tahun berlalu tempat dimana pokok2 ni banyak tumbuh dah pun berkurangan. Habis ditimbus pembangunan.

      Delete
  3. Wah cantiknya kak, mcm Julie nak ambik je pokok bunga bawang tu, tanam kat rumah. Kalaulah dekat bestnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Sekarang tempat liar bunga ini cuma tinggal satu tempat saja lagi macam yang kat dalam gambar di atas. Kak pun rasa macam nak pi angkut bawang dia banyak2. Mungkin setahun dua lagi lenyaplah kawasan tu..

      Delete
  4. Saya pun pencinta lili... kalau liar dekat dengan saya ni mesti saya angkut juga ni...

    ReplyDelete
  5. Tu la..kak selalu merungut dalam hati...kalau kat luar ni..cantik2 terbiar macam ni dah lama orang angkut.

    ReplyDelete
  6. Thanks for this blog. I saw the Lily type when cycling on Langkawi 23 months ago. It was so pretty to me that someone gave me 3 bulbs that I brought back to my balcony here in KL.

    I got my first flower today, happy days :)

    ReplyDelete