Saturday 26 April 2014

Morning Walk 3

Sudah hampir sebulan tertangguh-tangguh akhirnya cuti pagi ini barulah dapat dilakukan. Sebelum meneras pokok-pokok eluklah saya mulakan yang ini dulu. Jam 8.00 pagi,  tak jauh,  seberang jalan saja lebih kurang 100 meter dari rumah. Bersama dua ekor kesayangan ini saya pun mengorak langkah.

Kalau bab nak mengekor no satu....

Sebenarnya perumahan saya bersempadankan laut. Kilang ikan bilis pun ada. Tapi yang saya paparkan disini ialah salah satu pengkalan nelayan yang terdapat disini. Dekat sangat rumah. 

    Pemandangannya cukup indah dan nyaman. Kebanyakkan nelayan Burma..orang tempatan adalah  sorang dua itupun yang melakukannya sebagai part time job

Yang nak cerita hari ini diluar skop sikit...kisah bunga sotong lah pula.Sekarang musim sotong jadi banyaklah ia di daratkan di pengkalan ini. Harga jual kat penduduk tempatan dapat lah murah sikit harini. RM8.00 sekilo. Tapi pun tangkapan yang di bawa naik pagi ni tidaklah semewah hari2 lain. Mungkin banyak nelayan tidak turun kelaut kut. semalam. Jumaat....

10 comments:

  1. Bestnya duk kat pantai... masa saya kursus kat Intan Kemaman tiap2 pagi saya turun ke pantai tunggu sunrise sambil morning walk.. penunggu setia...

    ReplyDelete
  2. Itu kelebihan duduk di Langkawi, bagi yang sukalah. Macam saya, sebenarnya tidak suka laut sebab saya takut air yang dalam tapi saya amat enjoy tengok pantai, ombak dan bukit bukau. Dan yang paling saya jatuh cinta tentulah pada hidupan flora dan faunanya. Langkawi so unik.

    ReplyDelete
  3. Syoknya lama tak beli direct dari nelayan.
    Dulu duduk Down Under tak mampu nak beli sotong, saya dan suami tengah malam lepas dia ambik saya dari makmal sejuk sejuk kami p candat sotong.
    Dekat Kangaroo Island sotongnya besar dari lengan Diana. Pastu sekejap je tangkap seekor dah cukup untuk makan sekeluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau boleh candat sendiri cukup rasa happy, waktu time menyentap tu yang paling teruja rasanya.

      Delete
  4. bestnyer...sambil morning walk dpt beli sotong segar....kami tk merasa la peluang mcm ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tujuh tahun dulu, masa mula2 pindah kat sini, lagi lah seronok. Ikan apa pun sekilo RM2.00 ja. Fresh2 pula tu. Sebab nelayan Burma ini kebanyakkan tangkap udang besar. Kiranya ikan yang lekat kat pukat tu kira duit2 sampingan ja. La ni jangan haraplah, start satu Langkawi tahu ikan kat sini murah..habis semua dapat kat peraih..

      Delete
  5. Lucunya kucing itu! So lovely! Seperti milikku suka mengekor kemana mana. Saya suka sekali sotong, tapi jauh dari laut, jadi mahal harganya.

    ReplyDelete
  6. Endah, kucing kakak ni kalau ketandas pun dia nanti depan pintu. Kalau lama kat dalam nanti dia ngiau-ngiau..begitulah manjanya. Sotong ni tak lah selalu murah. kalau time tak ada pernah naik ke RM16.00 sekilo.

    ReplyDelete
  7. K.mala sama di KEMAMAN ni...musim sotong sekarang...bertelur pula..jenuh mkn sotong aje sekarang...:D

    ReplyDelete