Tuesday 1 April 2014

Selepas Hujan...

Hujan sudah mengakhiri kemarau...Cuaca pun rasa sedikit nyaman.

 Hujan yang turun lebat semalam.

Pagi ini, Tiap sudut taman kecil saya nampak segar bugar.

 Happy saja semua bunga nampak. Rasanya kalau hujan turun setiap hari, merimba pula lah pokok-pokok saya ini.
             Paling suka tengok si comel..anggerik hutan  mekar segar dicelah batang heliconia...                  

 Bunga-bunga jambu air yang terlindung selama ini dicelah daun sudah melurut kebawah..

Buah sulung selepas  hampir enam bulan berpuasa...


Saya suka tengok kembangan segar Alamanda yang menjurai kebawah dek hujan lebat semalam. Suami dah mula bising bila bunga ini sudah tersangkut dimukanya..'tak lambat ni...' Mmm..mendalam ayatnya. hehe..


4 comments:

  1. Bestnya tengok bunga2 kakak ni, mcm nak dtg ke sana je bergambar dgn pokok2 bunga tu :), cantik2 sungguh :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam gambar saja cantik Julie..hahaha...kat luar dah serabut sebab tak sempat nak menyusun. Bulan lepas asyik banyak kali tinggalkan diaorang. Bulan ini nak kena maintain balik. Lagipun sekarang hujan dah mula turun, bolehlah kak mengubah dan mengerat yang mana patut.

      Delete
  2. sy tgk pun cantik walaupun k.mala ckp serabut...segar mata tgk...bunga2 zinnia tu suka nya..kenapa sy tanam tak bercambah pun...alamanda ni pun sy ada tp x membentuk rimbun..hanya satu cabang meninggi sorg diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pokok2 kak bushy sangat. Tak ada konsep. Main hadap ja...Zinia yang nampak tu kak ambil benih kampung. tahan lasak. Kalau yang beli dia tumbuh tapi selalu tak menjadi pokoknya. Asyik cacat saja. Tak tau kenapa. Alamanda tu kena rajin kerat batangnya. Habis bunga ja terus pangkas. Nanti dia naik pucuk baru kiri kanan batang.

      Delete