Monday, 26 May 2014

The Amazing Pod

Ohhh...!!!  Saya betul-betul terkejut tatkala pod ini dibelah dua. Subhanallah, cantiknya. Itulah yang terdetik di dalam hati saya ketika pertama kali  menatap  isi yang berwarna kuning keemasan ini. Tidak menjangka keanihan ini  yang saya akan lihat. Betul-betul di luar dugaan kerana apa yang ada difikiran amat berbeza seperti apa yang ada didepan mata. Tahukah anda siapakah pemilik pod yang unik ini..?
  
Berwarna kuning keemasan biji benih ini mirip dengan biji benih bunga Angsana ( Sena ). Berbentuk bulat sebesar duit siling lima sen dan benih tunggalnya dibaluti oleh sayap nipis lembut seperti kertas. Mari kita lihat sejarahnya.

Berbuah  pertama kali pada umur tujuh tahun. Berwarna hijau. Berbentuk lonjong dan sangat pipih. Panjang lebih kurang 2 inci. Ukurlilit tidak pasti tapi lebar bahagian tengahnya lebih kurang 1.5  inci.  Sekali tengok sebiji macam putik buah rambutan.

Berbulan-bulan juga ia mengambil masa untuk matang. Pagi tadi saya lihat buah sudah masak. Warna sudah bertukar dari kuning ke kehitaman. Terus saya petik. Teruja untuk melihat rupa biji  benihnya. Saya beranggapan biji benihnya semacam kacang, cuma sebiji dan sebesar buahnya.

Tapi lihat apa yang ada didalamnya..sungguh menakjubkan. Saya terpana seketika. Betapa indahnya kejadian ciptaan Tuhan.  Rupa-rupanya ia lebih cantik dari apa yang disangkakan. Benihnya tersusun rapi dan padat didalam kelompang yang bagaikan cengkerang. Tahukah anda berapa biji benih yang dikandungnya?

Dua puluh tujuh biji...saya macam tidak percaya. Banyaknya....


Menakjubkan...Bagaimana dia membesar dengan sekata dengan berhimpitan dalam kelompang yang sebesar itu? Ayuh kita lihat siapakah tuan yang si empunya ini ...

Mmm...Alamanda maroon..ini lah tuannya. Secantik biji benih yang dilahirkannya.

  Saya menanti giliran Alamanda kuning pula yang berbuah.

 Ohh..tidak lupa, yang mesti di kongsikan bersama..ucapan teima kasih tidak terhingga buat kucing tercinta yang bersedia menjadi model 'carpet bulu '  pagi tadi.




28 comments:

  1. Wah kak bestnya, Julie nak beli benih ni kak bole? hehe....

    ReplyDelete
  2. Hi hi hi cantik betul model karpet bulu akak tu.
    Saya pun nak tumpang menempek benih hi h ... yg maroon dah ada... nak yg kuning + coklat tu.. tq in advance...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mar, yang kuning coklat tu ranting dia banyak. Selalu buang2 sebab dah tak ada tempat nak cucuk. Biji benih belum nampak ada lagi.Kalau ada nanti insyaAllah.

      Delete
  3. Salam Kak Mala,

    Eh macam buah rambutan! Tapi geli bila tgk pods dia kat dalam tu... euuwww!!

    Haha sian si gemok tu kena jadi pelapik untuk ambil gambar. Katanya dalam hati 'sabar je lah' :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Honey...jangan nampak geli, kak luar cantik tau..
      Kak guna bulu kucing buat pelapik tu bukan apa, sebab nak tonjolkan warna sebenar pod dan benih alamanda tu. Time tu dah nak pergi kerja, kelamkabut nak mabil gambar. Pusing2 nampak dia eluk ja terbaring atas kerusi. Apa lagi terus ja idea mari..

      Delete
    2. hahahahaha sian dia tau!

      Delete
  4. Subhanallah sungguh luar biasa, saya belum pernah lihat buah dam biji alamanda sebelumnya. Pernah tanam sampai besar pohonnya, tapi tak pernah berbuah. Thanks for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Endah, inilah pertama kali dia berbuah. Itupun sebiji sahaja. Saya pun tidak tahu alamanda mempunyai biji benih dan saya pun tidak menduga biji benihnya begitu. Mati2 saya ingat macam biji kekacang. Saya sudah menyemai pagi tadi beberapa biji. Separuhnya diberikan pada kawan2. Harap2 dia tumbuh.

      Delete
  5. Tak tahu plk sy alam anda ni ada benih...betul terserlah warna golden bila berada pd alas putih melepak tu...mesti kucing akak sgt kenyang tu elok baring x hirau apa berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Nadia, selalu kita tanam guna keratan batang kan bukan biji benih. Kucing akak tu...
      Tak senang juga nak bagi dia duduk diam. Dia pun asyik tertoleh-toleh exited nak tengok apa ada atas badan dia. Puas kak duk tekan kepala dia kebawah. Kalau tak nanti dalam semua gambar mesti nampak muncungnya....

      Delete
  6. What a teaser! I never expected Allamandas to produce such seeds. I've never seen seeds produced from mine. From now on, I must look carefully.
    Your pet cat is wonderfully patient to let you indulge in your fancies and how creative of you too! My pet dog certainly would not allow me such liberties.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Elsie, from now on you must alert what is hanging around on yours Allamanda's. Mine almost take 7 years to produce.
      My cat..it's a spontan idea. I need the white background and incidentally he is beside me.

      Delete
    2. Hi Normala! do tell me whether you have been successful in sowing the seeds. The nursery people said that it is not possible to do cuttings from these cultivars. So far, I've not tried.

      Delete
  7. That's very pretty flowers and seed pod! I never seen the seeds before!

    Your cat is so white!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya me too this is my 1st time seeing this Allamanda's seed pod.
      My cat..ya, he's totally white cat.

      Delete
  8. sporting betui kucin k mala ni...bukan main posing lagi dia...putih bersih!!!

    ReplyDelete
  9. Yang si putih tu dah tak berapa gebu sangat dah. Kawan dah jadi jadi anak teruna. Merata ceruk dah merantau..Dah pandai dah..

    ReplyDelete
  10. Jarang sekali dapat tengok buahnya.
    Boleh tease orang itu buah rambutan.

    ReplyDelete
  11. Memang betul Diana, masa belum masak sebiji nampak macam buah rambutan.

    ReplyDelete
  12. ingatkan pulasan sebab bukan rambutan...

    ReplyDelete
  13. Ya Allah langsung kakak tak terfikir ianya adalah hasil dari alamanda.
    Warna maroon pulak tu cantik betul. Yg biasa kakak nampak kuning aje.
    Betul-betul cantiklah Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat rumah kak ranting dia jadi macam panjang2. Kat kampung pula dia naik rendang. Bunga saja nampak, ratus2 kuntum kat atas pokok. Lagi lah cantik. Actually yang sebelah maroon tu warna peach bukan kuning. Kak tersilap taip. Warna kuning kak baru je tanam. Allamanda ni ada pelbagai warna juga.

      Delete
  14. Cantik! Cantik! Saya suka bunga allamanda. Biji dia berupa macam angsana juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya dia memang cantik. Saya masih berharap dapat jumpa dan tanam warna-warna yang lain lagi. Teringin nak tengok warna putih.

      Delete
  15. X prasan kak ala letak atas castih,apa2 pun TQ kak ala dh bgi biji benih ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak La tanam belum tumbuh lagi pun...

      Delete