Tuesday 17 June 2014

KupuRama - Part 1

Cuti minggu ini saya habiskan masa dengan melayan kupurama yang begitu banyak berterbangan di kawasan homestay. Dalam satu-satu masa berbelas ekor berlegar dari satu bunga kesatu bunga menghisap madu. Apa yang saya perhatikan mereka tidak berebutan malahan melanggan bunga yang sama dengan mengikut giliran. Tidak semua kupurama sempat saya snapkan. Ada yang sangat cantik corak warnanya dan jarang kelihatan tapi  cukup jual mahal. Tidak mahu mendekati bunga saya. Sekadar sekali dua membuat pusingan dan kemudian terus berlalu pergi. Harap enjoy tengok kupurama bahagian pertama ini.


 
   
 
  
   
 

 


 

 

 
  
 

 

 
  
 

 



 














































16 comments:

  1. wah pelbagai jenis rama2 yg cantik2 bagus sbg agen pendebungaan ni, Julie pun suka jg tgk rama2 ni terbang2 dr bunga ke bunga tp baby rama2 ni yg Julie x suka hehe...ada pic burung kelicap lebah yg kakak dpt snap? Julie suka sangat tgk humming bird ni, cara terbangnya yg sangat unik.

    ReplyDelete
  2. Burung-burung jenis itu tidak pernah nampak. Rumah kak dekat laut jadi hari-hari tengok burung helang ja. Tapi rumah lama dulu, seronok. Macam2 binatang boleh tengok sebab dekat dengan bukit. Ular, kalajengking, tupai, monyet macam2 lagilah ada keliling rumah ja. Burung macam2 jenis ada.

    ReplyDelete
  3. Hebat,, macam pro dah Kak Mala niii.shoot gambar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa..pro apa Cik Sud@is, terhendap sana sini..jenuh juga nak dapat gambar sekor2 ni. Tapi yang seronoknya ambil gambar ni semua dalam linkungan rumah ja..tepi longkang pun jadi kerja. Jiran2 kak dah terbiasa dah dengan kak ni. Awal2 dulu depa heran juga....

      Delete
  4. betui la sud@is ni dah level pro...geram tgk rama2 ni...semua lawa2
    kat kebun kami rama2 tk muncul2 la kak...mungkin tak byk bunga kot...so layan lagu rama2 ella je la...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. @na, waktu kita tengok rama-rama terbang kesana sini macam ni memang kita suka sangat kat dia sebab color depa cantik, tak sanggup nak bunuh pun... TAPI...bila tengok anak-anak depa yang duk makan pokok tu rasa sangat marah..senang2 penyetkan. Sayang pada kupurama dan benci pada ulat dah macam sebati dalam jiwa...tak tahu nak asingkan.

      Delete
  5. Foto 10 dan 2nd last tu macam species rare je... 1st time saya tengok... berjaya akak snap semuanya... yg kat sini kadang2 tu liar ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Mar, kak pun baru 1st time tengok kupu-kupu kecil ni. Mula tak sedar pun dia ada disitu, Ingat habuk kayu. Bila tengok dekat eh..hidup. Warna dan corak dia memang cantik.

      Delete
  6. Ramai tetamu nak datang rumah ni hehehe...
    Syoknya cuaca yang hujan sekarang di sana.
    Sini setitis pun tak de.

    ReplyDelete
  7. Waaa bukan setakat banyak ekor...banyak jenis pulak tu...murah rezeki mcm ni :D

    ReplyDelete
  8. Ya la Nadia, dia murah rezeki banyak bunga.....kak murah gambar and ulat...

    ReplyDelete
  9. Cantiknya kupu-kupu itu, tapi nanti jadi ulat yg mengerikan bagi tsnsman kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, bahagian ulat tu amat mengerikan..

      Delete
  10. bunga taik ayam yg busuk pun ada madu jadi makanan kupurama..

    ReplyDelete
  11. Busuk-busuk pun ada peminat hehehe..Tapi yang heran..kupurama sekor pun tak pernah hinggap kat bunga matahari yang besar dan cantik tu...

    ReplyDelete