Saturday 2 August 2014

Bunga Kampung - 2

Adik beradik saya kebanyakannya adalah pecinta pokok bunga dan binatang peliharaan.  Kami warisi kecintaan ini dari arwah bapa dan ibu. Satu waktu  dulu,saya masih terkenang betapa cantiknya laman rumah saya di penuhi dengan pokok bunga dan buah2an. Malah rumah saya juga banyak dengan kucing, arnab, merpati, merbuk, serindit, angsa, ayam itik ...
Setelah lama berlalu, banyak pokok buah2an dan binatang peliharaan yang  mati namun tradisi menanam pokok bunga masih diteruskan oleh adik bongsu dan abang saya. Setiap kali balik saya pasti akan merakam bunga-bunga yang berkembang  disekeliling rumah. Ini adalah sebahagian saja yang sempat saya rakam. Mungkin di lain episode saya paparkan yang selebihnya. Jom kita lihat..

Alamanda di depan rumah. Ada satu pokok merimbun di belakang rumah dengan warna pudar yang sukar ditafsir colornya. Mungkin balik lain kali saya bawakan adik warna coklat peach.
           
Pink Vinca. Sebenarnya saya suka pasunya dari bunga...

Antara Vinca yang ada...

 Bunga rose raya....buat hiasan dalam rumah

Yang berkembang di laman...

Adik saya sudah jadi peminat Morning Glory. Bunga ini diambil ditepi jalan di Cameron, Mac dulu.  Bunganya besar dan tahan sampai kepetang. Saya tanam tidak hidup. Adik punya bukan main..jealous saya..

Pink & wild Morning Glory.

 Euphorbia yang berbelas tahun, berbelas pasu dan berbagai  corak.. Tidak pernah henti berbunga. Saya cuma merakam separuh darinya sahaja.

     Saya tertarik dengan batang Euphorbia tua ini. Berbelit-belit panjang macam tangan Transformer, berbunga putih dihujung.

Bunga wajib....Petunia.

Lain-lain kembang yang ada...

  
Seperti saya, adik juga gemar mengumpul pokok daunan yang cantik coraknya.

Bunga kucing...sudah besar. Tetap comel walaupun berbapakan 'stray cat'. Masa pertama kali rakam  Mac dulu mereka baru sebesar adiknya yang di sebelah sahaja. 

  Akibat perbuatan terlarang berbelas anak kucing berbapa 'stray cats' dilahirkan. Antaranya seperti di dalam gambar. Adik terpaksa buka tawaran percuma kepada siapa  yang sudi...

33 comments:

  1. Comelnya stray cats.

    Banyaknya koleksi yang indah-indah semuanya sedap mata memandang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel sebab maknya jenis Parsi tulin. Bapanya saja stray cat. Jadi darah kacukkan lah ini. Bulu tu cuma gebu saja tapi tak panjang.
      Pokok bunga ni cuma tinggal sebahagian saja. Pokok-pokok buah2an banyak yang dah mati. Banjir besar selalu melanda kawasan ni..

      Delete
  2. Wow ! Such wonderful collection of photos ! I love theose beautiful flowers ! Photos of cats are adorable !

    ReplyDelete
  3. Indahnya... warna warni dan banyak macamnya. Sejak ibu meninggal dan bapak sering sakit, tanaman koleksi ibu di rumah hampir habis. Tak ada yang merawat, padahal dulu kami susah payah mencarinya. Beruntunglah tempat Kak Mala ada yang merawatnya. Senang meihatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, kalau tuannya sudah tiada memang sukar nak mengekalkan apa yang ada. Pokok buah2an 90% mati. Kawasan yang redup sekarang jadi terang. Apalagi kawasan ini sering banjir. Pets yang tinggal cuma kucing. Pokok bunga sahaja masih kekal.

      Delete
  4. Betul-betul beraya ya kak ��.. kalau saya ada di situ memang tak senang duduk.. bawa kamera sana sini.��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun Mar, kalau boleh kak nak snap segala tapi masa terhad, maklumlah nak kena kerumah mertua lagi. Hajat nak ambil gambar sawah padi, sungai dan bunga teratai depan rumah tak kesampaian juga...hujan pula turun hari-hari...

      Delete
  5. salam kak mala,
    baru sempat singgah beraya...MAAF ZAHIR BATIN...
    bunga2 segar tu seolah2 turut menyambut hari kemenangan...cukup ceria...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana. Selamat Hari Raya! Maaf Zahir & Batin.

      Delete
  6. comel2 bunaga2an dan cutenya sibulus bulus tuuu..selamat hari raya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang comel sangat budak-budak tu..Kak pun sendiri sudah nak bawa balik dua ekor. Tapi memikirkan ruang rumah yang terhad dan takut pula kucing yang sedia ada tak mau terima geng baru..terpaksa lupakan niat tu..

      Delete
  7. Masyaallah Mala...kalau sy terpergi kat taman tu, mau naik 'gila' sy..haha...cantiknya...morning glory cameroon tu sy dah berjaya tanam setelah berkali mencuba...so far sy cuma jumpa kat fraser hill & cameroon highland je...tapi sy tak pernah nampak pokok tu hasilkan biji benih...sekarang dah melata & 'menjajah'

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Seri kerana sudi melawat. Memang betul susah nak dapat biji benih dia. Puas cari tak jumpa. Tak macam morning glory lain, ada biji benih. Mungkin sebab itu dia boleh ditanam dengan batang kut.
      Ada satu lagi jenis morning glory Cameron yang kak nak sangat tapi tak dapat. kat nursery sana pun tak nampak orang jual. Warna biru nila pekat. Banyak kat Smokehouse...pun cari benih tak jumpa...gardener disitu asyik pandang je..telan air liur lah kita....

      Delete
  8. Selamat hari raya..bes tgk bunga kak mala cantik..nak kumpul jugak bunga ni.
    Hehe..br nk belajar brcucuk tanam

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya CT Mar. Terima kasih kerana sudi melawat. Bagus la kalau dah belajar kumpul bunga. Boleh juga order online kat Diana Kebun Bahagia Bersama.

      Delete
  9. Ceria dan sejuk mata masuk kat sini...indah alam semula jadi....
    Salam Lebaran...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Lebaran KN,
      Kalau ikut hati nak duduk lama-lama kat kampung tapi apakan daya dah kerja la pula...

      Delete
  10. Selamat hari raya mala..maaf zahir batin..
    sejuk rumah bila dikelilingi bnyk pokok bunga dan pokok dedaunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kelebihannya rumah kampung ni Yon. Biarpun rumah dah usang, tapi suasana dan persekitaranya tetap mendamaikan jiwa.

      Delete
  11. alahai..cantiknya laman..dah macam taman bunga pulak..warna warni..binatang2 comel tu pun turut menyeri laman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Kam.
      Rumah lama mak ayah, dah usang tapi di ceriakan oleh bunga2an yang ada, nampak seri sedikit..

      Delete
  12. Wow so many beautiful plants and flowers you have, it was impressive.
    Beautiful pictures and very cute cats.
    Hugs from Marit.

    ReplyDelete
  13. Hi Marit.
    Actually, this photo was taken recently at my late parents village home . After ages, not much things left. The yard look empty and bland. Most of the plants and pets die. Beside this areas prone to flooding. Those flowers and pets now was overseeing by my younger sister.

    ReplyDelete
  14. Salam Kak Mala!!!!

    Selamat hari raya! Rindu pula pada Kak Mala :) Macam mana raya, ok? Geramnya tgk kittens tu...!

    ReplyDelete
  15. Salam Honey!! Selamat HariRaya buat Honey juga.
    Amboi dia...cuti panjang nampak. Ni mesti beraya sakan..
    Kak raya cuti 8 hari tapi dah jumpa adik beradik dia jadi kalut semacam..rumah mertua lagi. Rasa tak puas-puas juga. Kittens tu berbelas ekor.Comel2 walaupun pak dia kampungan. Ni kes mak depa terlepas kandang jumpa stray cats, berasmara dana sakan. Ha..tu yang adik kak terpaksa buka tender tu, free lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya baru start keje hari ni kui kui kui. Kak suruh adik kasi kan kucing tu jadi takde lah bunting lagi. Sat lagi dah jadi mini zoo pulak sebab banyak anak kucing hihi. Saya pon nak kasi my boys tu sebab dia suka keluar rumah. Diaorg kata kalau dah di kasi kucing jantan takkan pencut and dia takkan suka keluar rumah lagi. :)

      Delete
  16. All so healthy and beautiful!! I am so impressed by your collection of plants as well. How's your raya celebration thus far, Normala? With all these brilliant blooms, I am it has been a great one. Still enjoying lemang? yum yum

    ReplyDelete
  17. Hi Steph.
    This is my younger sister collections at my kampung house. I'm happy because she also interested of gardening. At least there's somebody to run after my parent's hobby.
    At this stage, my raya just biasa-biasa saja. Nothing much.

    ReplyDelete
  18. Bestnye tgk bunga2 tu kak, esp morning glory tu...Julie pun dh start berminat dgn morning glory ni influenced by blog Kakak & kak Diana yg slalu je post pasal bunga ni hehe...alamanda tu pun cantik sangat...bestnya.... @-}--

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julia, thanks for the MG seed and kad raya. Benih jenis ensign ni dah dua kali kak beli tapi tak hidup. Semai tumbuh tapi mati kemudiannya. Julie beli kat siapa? Selain Diana Kak beli kat EM Nursery & Mieyza Dahlan. Macam-macam jenis ada memang exited gila, tapi kak beli sikit2 dulu, nak cuba cuaca kat sini sesuai tak. Setakat ni cuma MG Scarlet saja yang betul2 tahan lasak....

      Delete
  19. Indahnya ciptaan Tuhan yang ada disekeliling kampung kak mala... dan paling cantik kucing comel dua ekor tu..rindu ana pada jingga yang telah lebih awal tinggalkan ana .. cantik2 semuanya..Subahanallah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tapi keindahan yang tinggal cuma segelintir saja Ana.Kak sentiasa rindu pada suasana zaman remaja sewaktu ayah dan ibu masih ada..memang tidak boleh dicapai kembali cuma bila rindu, kenangkan saja.
      Berita sedih, seekor dari 'Bunga Kucing' telah mati. Accident. Kak tak pasti yang mana satu. Ini adalah gambar terakhir mereka yang di abadikan.

      Delete