Sunday, 5 October 2014

Bunga Raya

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua rakan-rakan. Di sini, hujan masih berterusan turun tidak berhenti selama berhari-hari. Pengambaran saya dan bunga jadi tersekat-sekat.  Banyak bunga yang tidak kesampaian kembangnya kerana ditimpa dek air hujan. Walaupun begitu saya dapat juga merakamnya pada waktu hujan agak reda. Minggu ini banyak bunga baru berkembang buat pertama kalinya. Sambut raya..

Akar Dani dari rumpun yang pertama kembang. Puas juga menunggu. Hampir 9 bulan rasanya.

Untuk mengelak dari Che Kam Saya terpakasa tutup dengan jaring. Setiap hari bermula jam 9.00 pagi sehinggalah 6.30 petang semasa saya pulang kerja barulah jaring ini di buka. Jika tidak berbuat begini, mungkin saya tidak merasa hendak melihat bunga ini muncul.

Ini cotton rose saya. 

Waktu pagi warnanya keputihan. Waktu ini cuaca agak mendung.

Light Pink pada waktu tengahari

Dark pink pada petang harinya, Kebetulan bunga ini kembang pada hari cuti minggu,  jadi dapatlah saya merakam detik peralihan warnanya.

Nikmati rose hurtington saya yang akhirnya berkembang. Ini pada hari pertama, kelopak bunga terbuka separuh sahaja.

Hari kedua kembang sepenuhnya. Teruja saya...

Hari ketiga.  Hujan lebat disertai angin kencang. Bunga terkulai kebawah. Petangnya balik kerja, saya lihat bunga sudah berkecai. 

Bunga gantung zaman dulu. Masih ada dalam koleksi. 

Cross Polination..pink tua..

Ruellia pink ..berbunga sudah
Ruellia Putih
Ruellia biru...

Cup of gold..sekuntum saja...






40 comments:

  1. Salam Aidiladha juga buat Kak Mala sekeluarga, semoga segala amalan baik & pengorbanan kita diterima Allah SWT, bunga gantung tu suka sangat Julie tgk, teringat zaman dlu2 hehe...Ruellia/mexican petunia ni rajin sangat berbunga kan kak, senang je tumbuh merata, & bunganya memang cantik :) bunga ros tu pun menggoda sungguh....cantik2 pic kakak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Julie. Memang Ruellia ni rajin berbunga tapi kena replant selalu...lagi satu siput minat sangat pokok ni. Jenuh juga duk ubah pasu..

      Delete
  2. Salam AidilAdha Kak Mar dan keluarga. Terima kasih buat posting Ruellia tu...saya memang mencari identiti Ruellia putih yg tumbuh sendiri di pasu saya, mungkin benih dari tanah yg dibeli. Akhirnya tahu juga. Thanks a lot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Tiny. Untung dapat pokok free...kak pula order on line hehee...memang benih dia senang merebak. Selalu boleh jumpa anak2 pokok dia tumbuh dalam pasu-pasu berdekatan. Satu lagi ada jenis pokok tinggi. Ada juga orang panggil dwarf petunia.

      Delete
  3. Salam Aidil Adha.
    Ceria banyak warna merah dan pinkish tema raya kali ini ya termasuklah warna lain juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Diana. memang secara kebetulan kut yang kembang banyak merah dan pink...kak sendiri pun tak perasan kalau Diana tak mention hehehee..

      Delete
  4. Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Selamat hari Raya Aidil Adha buat Mood sekeluarga juga.

      Delete
  5. Selamat hari raya Kak mala....suka tgk bunga2 akak mekAr di Taman ❤️❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya untuk Miiza juga. kak pun suka kalau Miza berasa suka tengok bunga2 kak ni..

      Delete
  6. Tudo o que estamos precisando aqui, é de muita chuva.
    Abraços e boa semana!
    vitornani.blogspot.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Votornani stopping by. I will visit you soon..

      Delete
  7. Your flowers are so gorgeous ! Great photos !
    Greetings

    ReplyDelete
  8. Sukanya kak zai tengok roses tu, rajin betul mala menunggu ianya berubah warna. Kak zai tak serasi tanam rose.

    Bunga yang lain pun cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setelah berbelas tahun Zai..itu lah ros pertama kak start beli balik..Tu pun sebab join kelab bunga tak tahan hati tengok..tambah2 rose jenis memanjat ni. Suka kak...

      Delete
  9. Subhanaallah kak mala, cantiknya..bunga rose cotton tu memang bertukar warna ye... akar dani di kampung ana pun sedang mekar mewangi.. Nanti ana kongsikan di blog ..Insyaa Allah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,memang dia bertukar warna. Di tempat kak ada orang panggil bunga Ali Baba. Tak tahu apa kaitannya di namakan begitu. Mungkin pasal dia tukar2 color tu kut.

      Delete
  10. nasib baik saya tak berjiran dgn kak Mala...kalau tak saya akan petik2 bunga tu...geram...terutama yg bertukar warna tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..tu lah nasib duk jauh kalau tidak asyik kena ngorat la saja...

      Delete
  11. aduhai cantiknya tu..lawa..Subahanallah..segala puji hanya padaNya yg menciptanya..

    ReplyDelete
  12. Wonderful photos. Thank you for sharing. Have a nice day ahead, Inge

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Inge, visit me. Greetings!

      Delete
  13. Che Kam pun nak menikmati bunga akar dani yg meriah hihi... Pantang org pergi kerja dia pun nak buat kerja juga:)

    Kakak terpikat cotton rose itulah Kak Mala. Boleh berubah warna mengikut waktu. Untunglah tanam satu bunga boleh menikmati 3 warna dlm sehari. Kakak ingatkan species bunga raya. Rumah kakak punya bunga raya macam lebih kurang ini tapi warna pink dan tak berubah warna. Daun dia pun tak sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie, Che kam disini memang semua boleh, semua makan. Tak pernah kak jumpa spesis mcm ni ditempat lain. Semua kejiranan komen benda yang sama. Tapi dek kerana isu politik susah nak ambil tindakkan. Pernah dah kena angkut satu kali oleh bandaran tapi pup pap pup pap kena lepas balik.
      Cotton ros ni sebenarnya satu famili dengan bunga raya, bendi, roselle dan cotton plant cuma nama hujung mereka ja lain2. Yang ni nama dia hibiscus mutabilis.

      Delete
  14. Salam eidul adha Kak ... baru perasan posting akak ni... kat seremban line sangkut2..memang beraya sunggug laman akak.. ceria semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam eidul adha untuk Mar sekeluarga juga.

      Delete
  15. Bunda suka juga bunga ros...pernah tanam sekali tapi tak lama hidupnya...itupun bunda beli anak pokoknya...yang ros kecil2 tu pun bunda biasa beli ...suka tengok...sekali berbunga banyak...yelah , bunga dia kecil2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Mala pernah buat koleksi bunga ros masa pertengahan 90an sampai awal 2000. Masa tu banyak ros dari Siam. Tak ada rose cameron lagi. Time tu miniature rose duk tengah 'mengamuk' kak pun apalagi sama naik la...semua color ada. berderet depan tangga... time raya tak senang duduk sebab budak2 datang ramai, minta duit raya, rebut2 sampai jatuh atas pokok..hahaa...lucu bila kak ingat balik..

      Delete
  16. Subhanalllah tak terkata lagi kecantikan keunikan bunga2 kat sini..terutama cotton rose tu...daunnya tak macam ros biasa kan....benihnya beli kat mana kak mala...

    ReplyDelete
  17. cantiknya cotton rose.sehari bole berubah 3 warnanya. tanam pakai keratan ke mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, guna keratan batang. Pokok ni sebenarnya besar merimbun boleh tinggi berbelas kaki. Selalunya dalam kampung orang tanam bagi rendang. Bunga dia cantik sangat. Dah la besar penuh satu pokok. Kan waktu dia tukar warna tak sama, jadi dalam satu pokok tu kita boleh tengok ada putih ada pink muda dan ada pink tua.

      Delete
  18. Ya Allah cantik2nya...mmg kita panggil Rose cotton yer....unik rasa nak try tanam juga

    ReplyDelete
  19. Ya..ada orang panggil bunga tisu dan ada orang panggil bunga Ali Baba.

    ReplyDelete
  20. bunganya cantik,pic pun menarik sis! sy suka terutamanya pic bunga kapas tu,backgroundnya sungguh indah!
    dulu kt kg ada bunga kapas ni,,skrg payah nak jumpa daah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Cucubulat.
      Memang kat tempat kak pun selalunya orang kampung yang suka tanam pokok ni..

      Delete
  21. Indahnya cotton rose Kak Mala. Sudah lsma saya mencari tanaman ini untuk kebun saya. Sangat indah dan menarik untuk diamati. Dulu banyak seksli tumbuh di halaman sekolah saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak harap2 pokok ini terus membesar dan subur.

      Delete