Saturday, 11 October 2014

Never Ending Story

Memang saya seronok sangat..setelah sekian lama menantinya, berbunga juga morning glory yang saya tidak tahu namanya ini. Asal dari Cameron Highland.  Bunganya besar, warna biru stripe purple. Kembang secara berkelompok. Memang cantik sangat. Kalau cuaca agak mendung kembangnya sampai kepetang...


Tanam melalui keratan batang. Pokok ini saya bawa balik dari kampung masa raya puasa lepas. Saya membeli kayu dan membuat trellis khas untuknya memanjat.

Kembang pertama kali pada waktu hujan. Pagi-pagi buta saya keluar ambil gambar. Kalau hujan turun lebat kuntum bunga akan jadi layu dan tak cantik.

Ini Solid Choc pertama kali berbunga. Pokoknya kecil saja. Daun pun ada tiga helai.

Waktu mula bunga, saya sudah perasan kudup bunganya panjang sekali dan saya ternanti-nanti bagaimana rupanya.

Memang besar betul bunganya. Panjangnya melebihi tiga inci. Tengok lebih besar dari tapak tangan. Kembang sampai kemalam. Beli dari Mieyza ( Seed Galore )

Ini japanesse rare morning glory. Juga pertama kali berbunga. Purplenya begitu solid. Susunan kelopaknya begitu teratur dan kemas. Rajin berbunga. Kelopaknya tidak goyah dan carik walau ditiup angin kencang. Kembang sampai kepetang.

Masih japanesse rare. Pink pekat. Bunga sulung kembang pagi tadi. Terkoyak pula kelopaknya..

Untuk kesekian kalinya  saya tewas lagi. Tidak tahan godaan. Baru minggu lepas cakap nak stop order online. Tapi  Lihat apa yang saya buat minggu ini...

Dua pasu comel airplant datang bersama Janggut Tok Adam. Saya order dari Gadek Nursery Melaka.
Puncanya saya lihat posting  tentang pokok ini di fb.

Inilah yang dinamakan never ending story..kalau filemnya yang sebenarnya pun sudah lama ada penamatnya tapi buat Normala binti Saad, tidak tahu dimana penyudahnya. Dimata bunga..dihati bunga, tidur bunga..makan pun bunga....
Saya akhiri minggu ini dengan sekuntum bunga raya comel kembang pagi tadi dimana setahun yang lalu pokok induknya dimakan licin oleh Che Kam. Ini dari tunas yang baru.






38 comments:

  1. Cantik sekali MG nya! Yang biru itu, seperti MG liar yang banyak tumbuh di tepi jalan. Merambat di pagar atau di pohon. Sangat indah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, ia seakan morning glory liar cuma bezanya dari segi bentuk daun dan warna bunga. Yang ini colornya cukup terang dan ada stripe pink keungguan.

      Delete
  2. Pesta Morning Glory di sana syoknya.
    Menawan sungguh.
    Menarik dia buat air plant macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pesta kecil baru. Ni hajat nak jointkan sekali dengan scarlet O'Hara. Bayangkan pink + biru mesti happening punya.
      Airplant tu cute sangat tu buat kak berkenan.

      Delete
  3. Assalam Kak... gelak besar saya baca posting akak ni.. ha ha .. Dimata bunga..dihati bunga, tidur bunga..makan pun bunga.... sama la kita tapi rajin saya kureng sikit dari akak...memang nantikan entri2 akak... semua mg akak cantik2 ... memang teruja tahap gaban tengok... kiriman akak dah sampai .. alhamdulillah.. terima kasih banyak2... semoga bunga-bunga akak terus berbunga indah dan subur sentiasa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun ada juga hari malasnya..mcm sekarang ni musim hujan. Homestay sebelah dah menyemak semula. Weeds keliling rumah dah...

      Delete
  4. cantknya sis mala terpesona saya melihatnya!
    cantik pulak air plant tu letak sekali dgn janggut adam tu..mmg beli mcm tu ker atau sis deko sendiri?
    rasanya sama mcm airplant yg sy beli hr tu..online jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang macam tu sampainya. Bukan kak yang deco. Airplant tu dalam 6 inci saja kut tingginya.
      RM12.00 satu.

      Delete
  5. Assalamualaikum Kak, memang never ending story la nampaknya tu hihi...cantik2 morning glory kakak, esp solid choc tu, tergoda sungguh Julie, air plant tu pun cantik, senang jaga :) MG dari Cameron Highland tu bleh jualkan keratannya dgn Julie? nak tanam juga hihi....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kak semaikan batangnya untuk Julie. Sekarang semua batang ada bunga. Tunggu dia dah habis berbunga baru kak bole kerat batangnya ya..sebab kak rasa jenis ni sukar nak cari biji benihnya.

      Delete
  6. Kak zai rasa kan tentu laman mala cantik dipenuhi dengan pokok2 bunga yang berbagai warna.

    Kalau kak zai tak silap bunga yang kat atas tu nama dia bunga talang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak juga Zai...bunga-bunga tu bukan sentiasa mekar pun. Ada hari2 juga.
      Yang biru tu morning glory. Ambil di CH bulan March dulu. Kak tanam tak hidup. Adik punya hidup subur betul. Ini dia yang semaikan untuk kak.

      Delete
    2. Bunga telang/talang lain warna dan bentuknya.

      Delete
  7. trellis tu kak mala buat seniri ka? bekenan la...dgn morning glory muncul merecut di celah2nya plk tu, mmg lawa la kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Trellis tu kak buat dengan adik perempuan kak yang kebetulan datang kerumah. Dalam 1 jam dah siap pun. Tapi lece kayu disini agak mahal. Dalam kepala ni mcm2 idea nak buat tapi masa tak pernah cukup

      Delete
  8. Salam Kak Mala,


    Arrrr cantiknya morning glory Kak Mala!

    ReplyDelete
  9. Cantiknya MG Kak Mala. Pernah juga berkenan bunga MG ni sbb warna2 yg sungguh mengancam. Tapi setakat ni belum mula tanam....takut terjebak! Nak kena trellis pulak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kalau dah terjebak susah nak undur..hehee...Kalau yang berlajar nak tanam kak rasa jenis biru di atas tu lah paling senang sebab tanam batang..
      Tapi kak juga masih minat dengan MG liar, sudah tanam tapi tak berapa menjadi pula...

      Delete
  10. Bunga-bunga akak pun never stop flowering...cantik betul yg dusty pink tu suka dgn color gitu...yg mcm nenas tu x pernah jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dusty pink ke warna tu..Kak Mala pun tak tahu. Kak mala mulanya pun sebut pink tapi penjualnya ( Mieyza Dahlan - Seed Galore ) cakap hot choc..apa2 lah ya..janji bunga cantik. Ya tak?
      Yang macam pokok nanas tu airplant/thiladansia..sama specis dengan tok janggut tu. Tak yah pakai medium untuk membesar. Gantung mcm tu ja then siram air

      Delete
  11. ana tak pernah jemu melihat keindahan ciptaanNya yang kak mala kongsikan disetiap entri2 kak mala..Maha Suci Allah sangat indah pandangan mata..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana. Bunga ni juga merupakan satu terapi yang dapat menenangkan jiwa.

      Delete
  12. Besar betul yer bunganya...memang sesuai sangat lah kayu tempat memanjat dan melingkarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kira tak rimbun sangat KN, adik saya tanam kat kampung...ya rabbi..gemuk pokoknya.

      Delete
    2. Kalu dekat boleh ngecek sikit benihnyer....hehe...

      Delete
  13. kak Mala,

    saya sangat admire dgn morning glory akak. akak beli benih dekat mana?....cantik sangat......pelbagai kaler pulak tu.....bestnya kak....nanti tepek gambar lagi tau....suka sangat...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak memang suka sangat morning glory ni sebab dia jenis pokok menjalar dan kak juga memang sangat suka pokok bunga menjalar. Pasal bunganya kebanyakan kelompok-kelompok gitu...
      Benih ni kak beli dari Mieyza Dahlan dari Seed Galore ( fb ) Dianakebunbahagiabersama pun ada jual. Benih Diana selalunya datang dari taman dia sendiri. Cuma yang biru kat atas tu kak ambil dari Cameron.

      Delete
  14. cantik2.. saya suka tengok.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Aizamia3, sudi melawat.

      Delete
  15. Kalau masuk sini kakak memanglah cuci mata betul
    Geram tengok bunga yg segar bugar...
    Satu jenis bunga pun dah bervariasi warna itu yg kakak suka tengok.

    ReplyDelete
  16. Terima kasih Zakie tumpang suka..

    ReplyDelete
  17. ky pun dah mula tertarik dgn MG yg mala selalu postkan. sangat cantik. harus ke ky bertukar dari tanam rose yg kos penjagaannya yg sngt tinggi..

    ReplyDelete
  18. Oh Yonnn...please..jangan abaikan bunga rose, itu bunga forever & ever.., saya sangat suka rose tapi kebanyakkan rose commercial sangat cerewet pokoknya untuk berbunga. Tu sebab saya jarang sangat beli rose. Middle 90an dulu saya memang banyak buat rose collection tapi semua akhirnya mati..
    Morning glory pun ada yang cerewet juga..walaupun low cost, tapi setengah org tak suka sebab kembangnya sekejap dan tak tetap pula kecil pokoknya..kecuali yang biru ambil di CH tu memang berbaloi tanam.

    ReplyDelete
  19. Bunga2 ni semua segar jer...pandai mala jaga.

    ReplyDelete
  20. Terima kasih Cik Liza sudi melawat dan mambaca posting kak ini. Jaga bunga ni nak kena rajin sangat..tapi kadang-kadang ada harinya jadi malas juga..

    ReplyDelete
  21. kepuasan milihat gambar2 dedaun alam disini...

    ReplyDelete