Monday 17 November 2014

Belanja Mata

Minggu ini saya dapati saya agak sibuk dengan benda lain yang tidak berfaedah. Niat untuk posting disini jadi tertangguh beberapa kali sedangkan banyak benda yang mahu di kongsikan bersama. Sebelum ke cerita bunga mari saya belanja mata anda semua dengan pemandangan yang indah ini.

Cantik tak? Ini pemandangan yang tidak di duga berada dibelakang rumah kawan saya.  Pada waktu itu saya terpegun..kalaulah belakang rumah aku macam ini..mau aku ..bla bla..bla seribu impian mula bermain di kepala...tapi bagi kawan saya ...biasa saja..ohhh...kalaulah aku..mmmm...mungkin dia sudah biasa sangat..

Sebenarnya saya kerumahnya untuk mengambil gambar bangau yang dikatakan banyak terdapat di persekitaran kampungnya. Malangnya wrong timing. Saya sepatutnya datang pada waktu pagi atau petang. Waktu saya sampai tengahari jadi cuma nampak beberapa ekor saja bangau  bersidai disitu...

Bukan senang untuk merakam gambar bangau dan kerbau dengan lensa biasa. Tak dapat nak zoom jarak dekat. Bangau asyik terbang lari. Bila saya turun kebawah sikit dah kerbau pula tidak suka..tengok..marah saya..

Lama sikit baru dia beredar dengan muka yang tak puas hati..menganggu ketenteraman awam agaknya saya ini...

Waktu balik, saya singgah sebentar di nursery. Dapat bunga ini. Sudah lama mencari tapi saya sudah lupa namanya. Mungkin Diana @ Julie boleh membantu

Juga bunga vinca color merah cili ini..

Saya juga menerima kiriman orkid pinang bunga kuning & putih  dari adik di kampung. Dia tolong belikan dan kirim melalui bot. Wahh..happy. Dapat juga..

Sebenarnya ini pertama kali saya lihat orkid pinang color kuning. Color putih pula masih belum berbunga. Nanti mahu cari color merah pula.

Seperti yang dikatakan, saya terleka sebentar dengan perkara yang tidak berfaedah sampai heliconia sexy pink lady saya keluar bunga pun tidak sedar. Tengok-tengok sudah turun pun..tak sempat nak rakam saat-saat kelahiran....

Lebih malang kemboja merah sulung kembang pun tak sedar juga...

Gugur sudah yang sekuntum itu..

Tapi masih ada yang saya nampak walau dalam leka...gardenia putih  kembali berbunga

Cotton Rose juga kembali berbunga..

Hydrangea round kedua. Entah kenapa kali ini color bunganya cukup pudar & lembut. Tidak berapa terserlah kebiruannya. Pun begitu masih ada beberapa tangkai lagi yang sudah  berputik.  

Lebih menggembirakan Antagonon/Coral Vine pink sudah mulai berlajar berbunga.

Kecil dan sedikit saja  tapi rasa sangat bahagia..


Lagi yang berlajar berbunga. Batang tinggi. Ruellia Pink color.

Dan Purple Ruellia. Juga jenis batang tinggi. Sebenarnya masih ada lagi bunga-bunga lain yang mulai berbunga. Saya simpan untuk posting minggu depan saja. Happy gardening semua.






32 comments:

  1. kak mala...subhanallah...saya pun berangan mcm kak mala jugak..kalaulah belaknag rumah mcm kawan kak mala tu...hmmm...cantik,tenang,aman damai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik betul..walaupun belakang rumahnya semak samun tapi pemandangan bukit yang terbentang tu cukup2 indah...

      Delete
  2. Assalamualaikum Kak Mala, MashaAllah cantiknya pemandangan lagi2 di pic pertama tu, hebatnya ciptaan Allah SWT. Pandai kakak snap pic, suka Julie tengok... cantiknya bunga2 kakak, suka Julie tengok bunga kemboja merah kakak tu, cantik! kalo tak silap, bunga yg kakak mentioned nama Julie or kak Diana tu bunga Bower Vine/bower of beauty (pandorea jasminoides), mula2 Julie tgk macam garlic vine, tapi Julie rasa2 bunga bower vine kot, wangi kan bunga ni kak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Terima kasih info nama tapi kak tak cium lah pula bunganya..arini habis dah gugur...sebab tu tak tahulah dia wangi ka tidak..

      Delete
  3. Still, wonderful scenery :) I think those kerbau are shy haha... take another day Normala. And always love the flowers in your garden. They look so gleeful :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Steph. Ya I think so. Those kerabu are shy and tak pernah posing seumur hidup...hahhaa..that's why he staired at me like that...

      Delete
  4. Pemandangan yang sangat cantik,sejuk dibalik gunung, kehijauan yang memukau, terasa kesegaran udara bernafas dengan nyaman...hehehe
    Bunga2 cantik lagi menyerlah kat sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah..kat sini memang banyak bukit bukau pun...

      Delete
  5. Aduhai betullah menjamu mata betul bila masuk sini. Tengok pemandangan rasa tenang sangat. Lagi kebawah bertambahlah ketenangan melihat bunga yg cantik-cantik belaka. Apa yg kakak suka gambar Kak Mala selalu sharp sangat itu yg kakak rasa macam boleh sentuh je bunga-bunga tu... cantik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh juga kak nak fokus satu-satu bunga tu...kadang2 tersasar juga..blur jadi dia..

      Delete
  6. Serupa macam pemandangan di tempat tido di Tok Senik dulu.
    Coral vine tu ada dekat satu estate berhampiran di sini sepanjang pagarnya penuh kembang dan lebah cukuplah bahagia.
    Musim hujan ni tak terkejar dengan pertumbuhan anak beranak heliconia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul Diana. Area Tok Senik tu memang cantik pemandangan sawah padinya. Kak memang duk ngidam nak pi ambil gambar area kampung kat situ.
      Itulah Diana, dah hampir setahun kak tanam coral vine ni baru seciput naik bunga, padahal dia ni jenis berbunga sampai tak nampak daun. Yang kakak ni berdaun sampai tak ada bunga....

      Delete
  7. Mala dengan bunga memang sebati. Tak pernah mengecewakan. Cantik dan sharp. Betul kata kakzakie rasa nak pegang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yon...saya ni dengan bunga dah bagai irama dan lagu..tapi sayang tak pandai sangat bab2 deco garden. Budget pun terhad..

      Delete
  8. cantik sungguh pemandangan belakang rumah kawan Kak Mala ni, Alhamdulillah taman Kak Mala kembali mekar mewangi... :)

    ReplyDelete
  9. What a beautiful place you live in! Flowers like that can only grow indoors here in the uk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The beautiful view was at my friend back yard. I myself was amazed to see the beauty nature of his village. All those flower I plants need fullsun to bloom. Happy gardening Jane..

      Delete
  10. Haha kerbau tu pun tau ..tak mau diganggu orang luar yer...

    Ada ye spesis orkid pinang? Cantik...yang kemboja tu jenis pokok yang besar tu ke?

    Bunda ada tanam pokok bunga kembo
    ja cina ..kalau tak salah lah namanya..dalam pasu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN Kemboja Cina tu lain..kemboja ni jenis pokok besar macam orang tanam kat kubur tu..ada juga orang panggil bunga kubur. Tapi kak tanam dalam pasu. Biasalah rumah taman space kecil.

      Delete
  11. subur-subur betui la bunga2 kat laman kak mala ni...kalu subur pokok akan nampak sangat cantik kan...kak mala guna baja apa??
    banyak jgk kerbau kat langkawi...blh dijadi produk tarikan pelancong ni kak...lama tak tengok kerbau!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. The latest baja kopi. Sebab tengok geng kat fb semua duk ckp pasal baja kopi eluk so kak try. Beli online.
      Memang lah aritu kak pergi rumah kawan untuk ambil gambar buh dlm web site comp. Tapi dah wrong timing..bangau tak keluar. Panas.

      Delete
  12. mala tak sabar nak tengok bunga heliconia sexy pink lady tu..yang biasa warna merahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini kali kedua berbunga. Kali pertama masa beli time new year. Dah nak masuk setahun sudah. Tak macam heliconia merah rajin berbunga tak kira masa.

      Delete
  13. Cantik sekali bunganya! Saya dulu pernah menemukan orchid kuning semacam itu di tebing pegunungan. Tapi tak bisa bertahan di lingkungan saya yang cukup panas. Warna kuning ini memang langka, yang banyak ditemukan liar disini yang warna putih dan pink.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul Endah. Bunga orkid pinang selalu tumbuh di tebing gunung/bukit. Tapi cuma yang warna purple saja. Warna putih biasa dilihat tapi yang kuning dan merah memang tidak pernah. Ini pertama kali. Kak masih menanti yang warna merah pula.

      Delete
  14. Salam...singgah lagi dihujung minggu....tumpang berteduh bawah pohon kemboja...hujan renyai2...

    Ermmm...wangi taman bunga orang sini...berwarna warni...cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..terima kasih sudi singgah ditaman akak ni...taman dah jadi hutan rimba..

      Delete
  15. Wow ! Your flowers are beautiful ! I love those colors !
    Greetings

    ReplyDelete
  16. Cantiknya pemandangan di belakang rumah sis. Suasana kampung yang tenang dan damai je :)

    ReplyDelete
  17. Terima kasih Aishah sudi singgah kat blog akak ni..
    Pemandangan cantik ni kat belakang rumah kawan saya sebenarnya...

    ReplyDelete