Sunday 7 December 2014

Warna Warni Rose Jepun

Agak lama saya abaikan RJ saya setelah kecewa dengan tingkah laku Che Kam. Untuk pusingan kedua, semua RJ saya pindahkan ke homestay sebelah. Pusingan ketika pada bulan Ogos, masih di homestay, subur sekali. Ketika itu berlansungnya kenduri kawan baik sebelah rumah,..banyak lah RJ saya kena gasak dengan peminat sampai hilang warna kuning dan sejenis dua lagi.

RJ musim ke empat telah berbunga sejak dua minggu lepas.  Semuanya  berkembang serentak pada musim cuti sekolah....mmmm...lagi lah banyak ceritanya bila orang telah mula masuk homestay..sakit jiwa juga...nanti kita sambung cerita kat bawah. Sekarang mari cuci mata dulu  dengan kecomelan dan kemeriahan warna rose jepun saya.

RJ merah menyala...begitu terang warnanya.





















Cuma jenis hybrid ini sahaja yang saya ada. Sekarang ada bermacam-macam warna RJ hybrid di pasaran. Kedengaran sekarang ada hampir atau lebih 30 jenis RJ sudah. Saya masih belum sempat nak membeli yang lain. Mungkin budget tahun hadapan.

Terjumpa sekuntum warna kuning. Sesat sebatang.





OK,  sekrang sambung cerita tadi.... Ini adalah sebahagian RJ di depan laman homestay. Saya sebenarnya berbesar hati memberi pada tetamu homestay yang meminta apa saja jenis bunga . Tidak pernah kata tidak kecuali yang baru dibeli atau tidak ada benih.   Tapi saya tidak suka mereka memandai memetik sendiri sebab ramai tidak tahu cara memotong ranting atau batang pokok bunga tersebut. Walaupun saya sering menasihati mereka RJ ini lebih eluk ditanam dari keratan batang tapi nampaknya ada sorang dua yang tidak percaya dan tidak memiliki sifat sabar. 

Kebanyakkan lebih suka meminta pokok besar yang sudah berbunga dan tidak ada belas ehsan kepada saya tuan punya pokok yang juga mahu lihat bunga2nya berkembang cantik.

Hasilnya...anda lihatlah sendiri. Separuh pokok saya dicabutnya walaupun sebelum itu saya sudah memberinya keratan pokok ini. Saya tidak faham kenapa mereka begitu tamak. Sedangkan saya sacara ikhlas memberi kepada mereka lebih dari cukup. Tidak ada sifat kesian pada orangkah? Sakit jiwa kann...Cuti masih panjang, orang masih mendatang..saya harap pokok-pokok saya akan selamat dan terus subur. Begitupun saya halalkan apa yang diambil.. walaupun rasa terbuku itu tetap ada...



59 comments:

  1. Kak Mala...sapa yg tak geram tgk ros jepun tu..kalernya cantik....berbagai jenis pulak tu..kalau saya pun geram..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehee..memang pun geram tengok bunga chome ni....

      Delete
  2. cantiknya ros jepun akak ni..saya ada 2,3 warna je..musim hujan ritu batangnya memburuk..terlebih air agaknya kot.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Imm, kita kena rajin buang bunga yang layu kusam tu. Kadang2 bunga ni yang menyebabkan terjadinya kulapuk/kulat. Dia akan makan batang2 yang subur lansung jadi reput dan lembek.

      Delete
  3. Assalam, terima kasih sudi keteratak bunda dan memahami situasi dan mendoakan kesihatan bunda...terharu sangat.

    Walaupun dalam mood istirehat bunda singgah komen rambang blog2 kalian...

    ReplyDelete
  4. Bunda pernah tanam RJ ni....memang cantik, berbagai warna....senang pulak nak tanamnya...senang penjagaannya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga yang sangat mudah ditanam dan menceriakan laman.

      Delete
  5. Salam Mala,

    Cantiknya RJ yang merang ang-ang tu! Mak Aji pernah tinggal di homestay yang dari situ Mak Aji minta ranting bunga raya. Mak Aji ambil keratan ala kadar sahaja tetapi ahli keluarga lain yang tinggal di situ tiada pun minta izin, main payahkan aja sesuka hati - itu mereka sendiri jawablah, Mak Aji tak tanggungjawab! Orang dah murah hati bagi, biarlah berpada-pada! Kalau Mak Aji pun bengang dilayan begitu, diberi betis minta paha lagi!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Mak Aji,
      ....saya kalau orang ambil gitu2, walau tak minta pun, tak ada kesah sangat. Kita pun kaki bunga. Faham sangat2. Perkara biasalah kan kalau tengok bunga cantik nak minta kat tuannya. Tapi yang ini ha, dicabutnya separuh pasu...Nasib baik lah dua hari sebelumnya saya sempat ambil gambar RJ dalam pasu tu yang sedang berkembang...boleh tengokkan kesan before & after...huhuhu.....

      Delete
  6. MasyaaAllah.. banyaknya rj akak.. ni yang semangat nak bela semula.. banyak dianaktirikan sebab dah lama tak belek laman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu pun ada dua atau tiga jenis color lagi yang hilang terus..sayang betul. nanti nak kena tengok kat mana2 kawan yang masih ada RJ dari rumah akak ni...boleh minta balik sikit...

      Delete
  7. Maaf kak zai tak tahu sangat nama2 bunga. Klau tak silap dulu kak zai banyak tanam pokok bunga macam ni tapi kak zai panggil bunga kembang pukul 10.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zai..sesetengah orang panggil kembang pukul sepuluh. Tapi la ni dia femes dengan panggilan RJ saja...singkatan nama dari rose jepun

      Delete
  8. So good to see so nice flowers now in December, here it is just ice and snow now.
    Beautiful pictures, thanks for that.
    Good second Sunday in Advent to you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Marit. We are now in raining season.

      Delete
  9. Assalamualaikum kak Mala, wah kembang mekar warna warni rj kakak ya. Cantik2nya...rj yg kakak bagi tempoh hari masih lg hidup :menceriakan laman rmh Julie. Terima kasih sangat2 kak, Julie mmg minat dgn rj ni, tp bunga ni nak kena rajin replant kan kak, kalo tak pupuslah Dia hehe...sabar je lah kak, mmg ada spesis manusia yg x dpt control diri dr memetik bunga org lain sampai lupa ddiri. Semoga org2 mcm tu sedar akan kesilapan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie. Memang RJ ni kena rajin replant kalau tak dia pupus begitu saja..Sebab tu yang kak frust sikit kat depa2 ni. Kalau dia patahkan ranting tak apa, ni cabut terus pokok..hilang terus la warna2 yang kita nak simpan tu...

      Delete
  10. Pokok ini dikerat sikit pun dah boleh hidup kenapalah mereka nak ambil bebanyak tu?
    Biasanya kalau letak di tanah yg gembur memang pasti hidup punyak kan Kak Mala.
    Alahai memanglah tak patut betul.. Sana kena kacai cik kam, sini pulak ada tangan-tangan yg tak faham.. serba-salah dibuatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Zakie, kak bawa masuk kat homestay sebab Che Kam suka makan. Dah masuk homestay Che Orang pula makan..adoiii..kalau Cke kam tahu mesti dia cakap ...padan muka hangg...

      Delete
  11. Eh... sampai lupa kakak nak cakap lagi hihi... yg warna merah dan kuning bawah tu kakak tak ada. Pink+putih pun kakak tak ada. Geram juga ni tengok:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Zakie nak, tinggalkan alamat. Nanti senang2 kak poskan.

      Delete
  12. Asalam..huuu!!! teruja tengok lawa-lawa ...klik blog etuza ya.Dah lama Etuza Follow blog ini ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaa..sebab topik ' hidung Zizan ' tu yang paling kak suka....

      Delete
  13. I have that red one growing in my garden now, Normala. But yours is flowering profusely and so beautifully! Re giving stem cuttings, I think it will only work for giving gardeners like you. Those who do not garden so well might not know that the stem cuttings are good and tough enough. But sorry for what is left in that container. Hope they will bounce back soon :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya,I hope so Steph....otherwise I have to replant it again..

      Delete
  14. Meriah sungguh nampak bila musimnya kembali. Gardeners yang berpengalaman sahaja boleh memahami betapa lama penantian lepas dibelai nak tunggu meriah gitu. Lain asyik nak shortcut amek yang dah terus berbunga tak faham cutting bahagian mana lagi mudah dan kukuh pokoknya nanti.
    Diana pun tak berani nak tunjuk koleksi yang rare lagi takde extra untuk diberi nanti inbox banyak sangat minta yang not avalaible lagilah pokok tin dan zaitun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Diana kalau kita ckp yang betul depa tak percaya..
      Rare RJ memang cantik2 betul..Diana pun ada ke..? Hehee..ternak banyak2..peminat RJ ramai. Kak mungkin nak start beli yang rare tahun depan kut..

      Delete
    2. Tak rajin sangat nak bela Ros Jepun sebab kena rajin maintain pindah buat batch baru hehehe. ..masa pun tak cukup tangan. Banyak focus pada tumbuhan yang boleh makan sekarang.

      Delete
  15. Sy bersimpati dgn kak Mala atas kehilangan sebhg koleksi rj. Bawa lari dr cik kam, yg kepala hitam pula ambil tak ingat langsung kat tuan yg tnm. Semoga lepas ni murah rezeki biar menjadi-jadi lagi rj akak. Rasanya akak boleh jer buat bisnes semai dlm polibeg utk jual. Thn ni mungkin x sempat, projek thn depan. Tambah lagi klu akak tnm yg rare, baik buat skala besar utk jual sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tiny..kak kadang2 terpikir jual nak buat jual pokok2 ni..tapi..bila sampai satu keadaan tu rasa malas pula..InsyaAllah harap RJ kak akan bertambah subur selepas ini..mungkin nak ubah tempat semai RJ belakang rumah pula kut..

      Delete
  16. Kak Mala, mak ana gemar sangat dengan warna-warni RJ ni, memang sakit hati kalau ada tetamu yang main cabut je kan..mak pun tanam dengan keratan batang supaya bertunas pokok baru.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana, RJ lebih cantik ditanam dengan keratan dari akar yang lama.

      Delete
  17. musin hujan banyak RJ KY membusuk batangnya..mungkin bekasnya dah mula bertakung air.
    tak sabarnya orang tu..nak tanam terus besar, tahu tak dia yg bercucuk tanam ni melatih kita bersabar. bayangkanlah..menunggu hasilnya berbulan dengan belaian kasih sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon, RJ ni kalau diserang kulat kecil2 putih tu memang dia cepat mereput. Tambah2 musim hujan nak kena tengok selalu. Kadang2 bunga dia yang layu tu boleh rosakkan batang2 lain yang eluk.

      Delete
  18. Kalau post boleh hidup ke Kak Mala?
    Jauh perjalanan tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Zakie. Saya biasa pos kat Julie M di Johore. Sampai eluk duk segar lagi.

      Delete
  19. Your Portulacas are lovely. I used to have many of what you have now but most of them have perished. Will re-plant them when the mood strikes.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Hi Elsi,
      Portulaca are sweet flowers but had to replant it again and again. Sometime I'm feel bored too.

      Delete
  20. Salam kak...cantiknye sume rj akk...kt tmpt sy xjumpa bnyk wrna mcm tu...klu sy nk beli keratan dia dgn akk le x?akk wassup sy harga dia 0195591303

    ReplyDelete
  21. Salam kak...cantiknye sume rj akk...kt tmpt sy xjumpa bnyk wrna mcm tu...klu sy nk beli keratan dia dgn akk le x?akk wassup sy harga dia 0195591303

    ReplyDelete
  22. Salam sis..cantik2 rj sis..ada keratan x..sy nk blh x..sy punya xlawa....frusst

    ReplyDelete
  23. ni no wssp sy..017-2256162..teringin sgt nk rj yg cantik2

    ReplyDelete
  24. Salam..cantik la bunga2 sis..sy nk bli blh x..
    Blh wasap sy 01112766952..

    ReplyDelete
  25. Salam..cantik la bunga2 sis..sy nk bli blh x..
    Blh wasap sy 01112766952..

    ReplyDelete
  26. salam sis saya berminat dgn rj bunga merah jual x wasap 0139348234

    ReplyDelete
  27. Salam sis saya berminat dengan rj jual ker no whatsup saya 01125205558

    ReplyDelete
  28. Salam sy berminat nk tgk nk beli mcmn saya nk ke tempat sis geram sangat tengok bunga mekar kembng berjenis tu saya memang giler dengan bunga rose jepun ni boleh tk sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  29. Salam sy berminat nk tgk nk beli mcmn saya nk ke tempat sis geram sangat tengok bunga mekar kembng berjenis tu saya memang giler dengan bunga rose jepun ni boleh tk sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  30. Salam saya berminat dengan pokok bunga sis yang kembang mekar dan betjenis-jenis tu,macamana saya nak tengok saya nak beli bunga sis tu saya memang minat giler dengan bunga rose jepun ni boleh tak sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  31. Salam saya berminat dengan pokok bunga sis yang kembang mekar dan betjenis-jenis tu,macamana saya nak tengok saya nak beli bunga sis tu saya memang minat giler dengan bunga rose jepun ni boleh tak sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  32. Salam saya berminat dengan pokok bunga sis yang kembang mekar dan betjenis-jenis tu,macamana saya nak tengok saya nak beli bunga sis tu saya memang minat giler dengan bunga rose jepun ni boleh tak sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  33. Salam saya berminat dengan pokok bunga sis yang kembang mekar dan betjenis-jenis tu,macamana saya nak tengok saya nak beli bunga sis tu saya memang minat giler dengan bunga rose jepun ni boleh tak sis hubungi watups saya o174330450

    ReplyDelete
  34. Kalau tak keberatan.. Boleh mintak keratan pokok RJ ni tak sis? 0133002190

    ReplyDelete
  35. Kalau tak keberatan.. Boleh mintak keratan pokok RJ ni tak sis? 0133002190

    ReplyDelete
  36. Sis...sy bminat sgt dgn bunga2 sis..cntik sgt. Boleh ker sy nk keratan pokok rj sis..plsss.
    0125405412 ida

    ReplyDelete
  37. Sis...sy bminat sgt dgn bunga2 sis..cntik sgt. Boleh ker sy nk keratan pokok rj sis..plsss.
    0125405412 ida

    ReplyDelete
  38. Assalamualaikum. Saya pernah beli RJ Hybrid online dlm 20 jenis. Tapi hampir semua mati. Saya tak pasti mana silap. Boleh puan jelaskan medium, air dan cahaya yg sesuai. Terima kasih.

    ReplyDelete