Sunday, 31 August 2014

Kembang Menuju Kemerdekaan.

Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 57 buat semua pembaca dan seluruh rakyat Malaysia.

Hujan turun tidak berhenti sepanjang bulan Ogos ini . Oleh itu tahun  ini bendera Malaysia dirumah telah bertukar kedudukannya. Bukan lagi berkibar megah di hujung buluh seperti tahun-tahun yang lepas tapi di lekatkan  di tingkap bagi mengelakkannya basah kuyup.


Saya dan jiran tetangga berkumpul menyambutnya di hadapan rumah. Seorang jiran bermurah hati menembak bunga api. Serentak itu juga lagu patriotik bergema di udara. 

Meriah sungguh. Kebetulan hari ini juga majlis kenduri anak sulung kawan baik telah berlansung pada siang harinya.

Saya dan rakan taulan begitu sibuk mengurus majlis. Saya suka melihat simpulan kain yang melatari meja makan dengan tema warna biru dan pink. 

Walaupun gubahan dan susun aturnya sederhana tapi tetap manis di pandang dan menepati kehendak tuan rumah. Kisah kenduri ini akan saya ceritakan mungkin di episode yang lain nanti.

Kerana saya mahu menunjuk bunga baru saya ini..Kembang di hari yang sama majlis diadakan. Saya masih sempat curi-curi merakam gambar ini. Sunflower Red Sun, terbantut sebenarnya bunga ini tapi tetap kembang dengan warna yang menarik.
  
Ini pun antara warna baru bunga MG  yang turut berkembang.

Dan ini juga..

 Japanese Morning Glory di atas sudah kembang sempurna dan turut memeriahkan majlis pagi tadi.

 Saya lupa ID nya. Bunganya besar. Warnanya menarik. Kembang sampai ke malam. Saya benar-benar seronok. Puas hati kali ini.

 Dan yang paling mendapat perhatian tinggi pada hari kenduri sudah tentunya  rimbunan bunga cosmos kuning ini dan juga pokok bunga matahari. Ada tetamu juga kekawan yang  bergambar dan memungut benih yang sudah kering. Suka mereka.

Sunday, 24 August 2014

Cantik & Comel

Apakah erti kecantikkan kepada anda semua..?  Pasti setiap orang melihatnya dari perspektif yang berbeza.  Saya suka dan terima ungkapan....cantik itu subjektif sebab bagi saya cantik itu bukan milik mutlak kesempurnaan.  Buat semua pembaca , terimalah erti cantik di pandangan mata saya.




















 






















Sunday, 17 August 2014

Segmen Harian

KHAMIS 
Cuci mata dengan bunga Morning Glory Navy Blue yang kali pertama berjaya berbunga.

Kailan dan bendi tuaian untuk makan malam..

 
 Salad..cuma yang ini mara ke final...


JUMAAT 
Kawan-kawan datang gotong royong tebang pokok jambu air dan pelam. Kemasan untuk persediaan kenduri kawin anak sulung si baju biru, jiran dan juga kawan baik,  30 Ogos nanti.


Habis pokok heliconia patah riuk ditimpa ranting jambu air. Separuh pokoknya terpaksa di buang.  Ini antara bunga yang terkorban.

 
Tuaian Jumaat. Bendi atau lady's finger. Saya cuma tahu orang panggil ocra dari blog Endah. Sekali dengar macam nama ikan paus.  

Masa mengangkat pasu bunga, saya terlihat binatang ini. Tidak tahu dari spesis apa. Pertama kali jumpa. Kepala dia macam dragon fly. Bersinar dan berkilat.


 SABTU
Rambutan..my favourite! Ambil dari dusun kawan pagi tadi. Lupa pula bawa kamera. Lece betul......Niat nak ambil gambar dusun dan buah2an tidak tercapai. Banyak pokok hoya liar  bergayutan disitu.

Tongkang pecah..begitulah keadaan laman saya hari ini. Hujan pula turun seharian. Kerja saya jadi tertangguh-tangguh. Kawan saya komen dinding rumahnya nampak lebih huduh bila pokok jambu dibuang. Saya mesti buat sesuatu untuk cover sisi  itu.  Mungkin letak pokok yang boleh memanjat dinding tersebut.

Anak kura emas. Dalam proses matang. Saya jumpa di daun morning glory pantai yang baru saya tanam. Sama juga di pokok morning glory yang lain. Dia juga yang rosakkan...


SEGMEN KHAS - PRAY FOR KASTIH
Kastih saya sudah tidak sihat hampir dua bulan sudah. Tidak tahu apa penyakitnya. Badannya terus-terusan kurus. Bulunya comot dan tidak gebu. Dia juga  nampak keletihan sangat. Keadaanya jadi semakin teruk bila saya bercuti raya seminggu dan tempatkan dia dipusat jagaan.

Mungkin trauma di tinggalkan di tempat asing, selepas pulang Kaspin dan Kastih lebih suka memerap didalam rumah sahaja. Kelmarin malam barulah nampak Kaspin gedik kembali. Kastih cuma meronda perlahan-lahan di bawah.

Kastih juga tidak aktif lagi bermain dan bergurau dengan ibunya seperti dulu. Kaspin nampaknya tidak faham situasi Kastih,  terjerit-jerit dia kesakitan.

 
Sakit yang di bawanya membuatkan dia mahu tidur dan duduk  berdekatan dengan ibunya  sentiasa..Tidak keluar merayau-rayau lagi.

Ini vitamin dan glukos yang disarankan oleh veterina. Dia disyaki kecacingan dan diberi ubat makan . Sudah seminggu berlalu. Kastih tidah berubah pun. 

Awal pagi tadi saya bawa Kastih kepadang untuk kena cahaya matahari pagi  Bila saya panggilnya pulang dia  diam saja tidak bergerak.  Saya betul-betul rasa sedih bila lihat keadaan Kastih yang begini. Dia tidak larat berjalan rupanya. Saya terus mendukungnya pulang.

Saya berdoa semoga Kastih kembali sihat. Amin. Rindu nak lihat dia gedik seperti sebelumnya -  gambar semasa sihat.















Sunday, 10 August 2014

Cerita Hari Sabtu

Saya terima kad hariraya yang cantik dan comel dari Julie M akhir minggu puasa.  Terima kasih. Dalamnya ada free gift benih bunga morning glory. Suka saya...Kebetulan saya pun ada beli beberapa jenis benih bunga untuk di semai selepas raya nanti.





Benih Petunia dari Diana, Morning Glory dari EM Nursery dan Zinnia, Sunflower juga bachelor button empat warna dari Mieyza Dahlan. Semuanya memberi free gift. Terima kasih!


Saya juga dapat hamper baja percuma dari Che Wa. Di bawa khas dari kampungnya di Perlis. Setahun pakai tak  habis...


  Tapi hajat hendak menyemai jadi terbantut pula. Balik bercuti saya masih  tidak sempat untuk meneras tanaman saya sebab hujan turun tidak menentu. Sekejap sebelah pagi. Sekejap petang. Tengok laman homestay sudah jadi rimba cosmos.



 Bahagian dalam laman saya juga berserabut. Saya masih punya waktu lebih kurang 18 hari saja  lagi untuk meneras, sebab hujung bulan ini kawan baik sebelah rumah hendak kenduri kahwin anak sulungnya. Saya mesti bersih laman dan dalaman rumah secepat mungkin untuk persediaan tersebut. Pokok jambu bahagian ini pun mesti dikorbankan sebab daunnya banyak sangat gugur.


Sebab itu bermula seawal 7.30 pagi tadi saya mulai merumput di laman homestay dahulu. Untung cuaca agak redup. Saya terpaksa membuang sebahagian pokok cosmos yang penuh dengan bunga. Memang sayang tapi terpaksa sebab laman homestay dah jadi kelam.



 Ketika merumput, terdengar bunyi degungan yang cukup kuat di atas kepala. Seekor kumbang atau mungkin juga lebah - saya tidak pasti ID nya.  Terbang berpusing kehulu dan kehilir. Sangat agresif  dan garang. Tiada siapa boleh terbang berhampirannya. Semuanya dikejar. Samada kupurama, belalang dan lain-lain kumbang. Termasuk saya, beberapa kali juga dia berpusing bila melihat saya mendekati. Kuat dia berbunyi tapi dapat juga snap dari dekat. Comel juga dia...


  
 Kumbang hitam yang besar dua kali ganda dari badannya ini juga jadi mangsanya,  Di kejarnya berkali-kali. Akhirnya kumbang hitam mengalah dan berpuas hati dengan tersadai di atas bunga matahari kering. Tiada harapan nak menghisap madu cosmos.. 


Penat betul merumput sorang-sorang. Kastih dan Kaspin tidak meneman macam biasa. Masih fobia dan suka tidur didalam rumah sahaja.  Saya juga terpaksa memangkas daunan matahari dan kacang bendi yang besar merimbun sampai ketanah.  Satu dari pokok matahari batch kedua ini tinggi sudah melebihi 7 kaki.Terlajak subur.  Saya mungkin terpaksa guna tangga untuk snap bunganya nanti.

 Setelah lima jam berlalu, barulah nampak bersih dan cerah.



Scarlet O'Hara pun dah berbunga..


 
 Pagi ini juga jiran baik saya yang datang menjemur kain dipagar homestay sudah di sengat dengan penyengat jenis besar ini. Saya juga telah  dua kali di sengat  binatang ini pada bulan puasa lepas.. Jadi sudah dua kali sarangnya di spray dan dibuang, bertaburan mati. Tengok, masih aktif juga..


 
Closed up sarangnya.  Sakit, panas dan gatal. Itulah kesan gigitanya.


 
Saya juga memangkas pokok melur, garlic vine, fern  dan akar dani.


Pukul satu tengahari saya menamatkan kerja mengebun. Waktu inilah saya dapat menangkap belalang kunyit besar ini yang sering memakan daun pokok lotus saya. Nak bunuh kesian. Saya buang kaki belakangnya dan hantar dia kepokok sekentut dibelakang rumah. Duduk kau di situ...


Daun lotus yang  jadi begitu rupa. Daun MG  dan daun ati-ati pun ada peminat tersendiri...


Selesai  merumput barulah saya menyiram. Waktu itulah  saya terlihat seekor belalang semacam sedang beraerobik...rupa-rupanya dia  sedang menyalin kulit.