Sunday 22 February 2015

Hibiscus Cannabinus - Kenaf

Saya amat tertarik dengan si kembang pink pekat ini. Bunganya bersaiz besar dan tidak sepadan dengan batangnya yang kecil melurus. Sebelum ini  saya tidak pernah tahu sejarah dan kepentingan pokok bunga ini melainkan melihatnya  dari sudut kecantikan semata-mata.

Pemberian dari adik, ia  mengambil masa lebih kurang dua bulan  untuk berbunga.

Rupa-rupanya pokok yang dikenali dengan nama Kenaf ini juga  ditanam secara meluas di negara ini kerana pokoknya menghasilkan gentian serat /fiber yang amat tinggi nilainya. Pokok Kenaf yang di komersilkan di  sini berbunga kuning.  Fiber ini menghasilkan kertas.

Genus Hibiscus dan dari famili Malvaceae ia juga sekelompok dengan bendi dan roselle.

Seperti biasa saya tidsk pernah lupa untuk merakam setiap detik-detik peralihan bunga ini. Ketika ini  putik bunga mulai membesar dan bersedia untuk mempamirkan kudupnya.

  Lihat kudup sedang menunggu mekar. Sangat cantik, seakan kudup bunga ros.

Kembang sempurna!

Kembangnya cuma sampai kepetang. Kemudian kelopak bunga pun beransur kecut. 

Buah yang terbentuk bila kelopak yang kering gugur. Bentuk buah pun seakan buah roselle.

Saya tidak sabar membiarkan ia kering di pokok. Saya mahu lihat isi didalamnya bagaimana.

Lalu saya gunting dari dahan. Agak sukar untuk memegangnya. Duri-duri kecil melekat di jari saya. Kelihatan dengan jelas kelonsong/pod bijinya bersalut dengan bulu-bulu halus seakan miang rebung.  

Di dalam pod yang berbulu ini bersemi biji-biji benih kering.

Ini biji benihnya yang saya korek keluar. 100% macam biji roselle. Biji benih kenaf juga boleh menghasilkan minyak sayuran yang boleh dimakan. Ia mengandungi asid lemak poli tidak tepu - Omega yang tinggi, baik untuk kesihatan tubuh. Minyaknya juga digunakan dalam kosmetik dan  industri minyak pelincir. Siapa sangka ya, pokok bunga ini rupanya mempunyai nilai dan diusahakan secara meluas di negara tertentu termasuklah Malaysia. OK..selamat berhujung minggu dan happy gardening!









Sunday 8 February 2015

Bunga dan Musim Kemarau - 2

Sudah dua hari suntuk saya meneras mengubah dan menyusun semula pokok-pokok saya. Kali ini bukan saja kerana kemarau tapi kerana memberi ruang laluan  kepada motor kepunyaan anak bongsu yang menjadi ahli baru kelab di laman sekangkang tikus saya.  Sekarang sudah ada dua motor, nasib kereta di parkir di luar. Jika tidak....

Hari ini selesai sudah kerja menyusun. Lega rasa apalagi bila melihat semua bunga sedang mekar berkembang. Jam baru 10.00 pagi tapi sinar matahari sudah kelihatan begitu terik sekali. Lihat padang rumput sebelah kediaman saya, semuanya sudah mulai mengering dan bertukar warna. 

Sedangkan jaraknya hanya beberapa meter sahaja dari laman homestay namun tumbuhan disini   masih bertahan hijau. Ini bunga-bunga bahagian hujung hadapan homestay. Saya letak pagar dawai lindungi dari pencerobohan Che Kam.

Seronok tengok ros jepun yang mekar berbunga di ruang berdekatan pintu  masuk. Bahagian ini tidak pun di pagar dan sangat terdedah. Saya segan hendak berbuat demikian kerana malu,  takut tuan rumah rasa rimas pula. Sudahlah pintu pagarnya pun saya sudah pasang jaring juga.

         Walaupun setiap  hari hadir dan mencuri makan, namun kemarau musim ini Che Kam agak tidak                         berapa gelojoh untuk  meratahnya walaupun kemarau sudah menghampiri sebulan sudah.

Ini pula salah satu bahagian luar rumah saya. Untuk sementara waktu dimusim ini, pokok-pokok disusun rapat dan bertingkat. Susunan begini boleh melindungi pokok-pokok kecil dan daun-daun  dari menjadi lecur akibat lebihan penerimaan cahaya matahari yang banyak.

Walaupun begitu saya tidak berani mengambil risiko. Setiap hari kedua-dua bahagian ini ditutup dengan jaring jarang. Lihat pokok-pokok bahagian luar rumah ini kesemuanya masih subur menghijau. 2 kali sehari saya menyiramnya.  Tidak peduli berapa bil air, janji pokok saya sentiasa sihat....

Masih diruang yang sama, morning glory biru ini mekar berbunga untuk musim kedua. Kali ini pokoknya agak tidak menjadi kerana pada awal pertumbuhannya Che Kam telah meragut hampir separuh dari pokok tersebut.

Sekarang sudut bahagian dalam yang telah dibuat penyusunan semula. Pening dan penat  juga seketika, tidak tahu sudah bagaimana mahu menyusun pasu-pasu tersebut sebab kebanyakkan pokok dilaman dalam bukannya mesra matahari

Puas juga nak menolak dan mengheret pasu-pasu yang berat ini.

Bahagian paling kritikal. Sudah di kecilkan ruangnya. Separuh lagi pokok-pokok dibahagian ini sudah dipindahkan ke sudut lain. Lihat juga pokok-pokok morning glory yang terpaksa diubah ketepi.

Selain mengubah pasu saya juga mencantas mana-mana ranting yang berlebihan. Kelihatan sudah  kurang serabut kini. Saya harap suami dan anak berpuas hati dengan pengorbanan  saya ini....

Ini...nak cerita juga. Petunia saya sudah masuk 7 bulan sudah tapi masih bertahan lagi pokoknya. Saya semai dari biji. Walaupun agak lembab pada awal pertumbuhannya tapi berbaloi juga menantinya membesar begini.

Letih menunggu saya habis kerja, Kaspin dan Kastih ambil peluang berihat dan menyejukkan badan ditepi ruang yang lembab dan teduh.

Cerita kemarau dan bunga ini mungkin tidak akan berakhir setakat ini sahaja, masih ada lagi  pokok-pokok baru yang sedang berlajar berbunga termasuklah simerah hati di atas ini. Kisah ini akan kita sambung lagi di entry yang berikutnya. InsyaAllah. Happy weekend and happy gardening  to all of my friends!