Sunday 22 February 2015

Hibiscus Cannabinus - Kenaf

Saya amat tertarik dengan si kembang pink pekat ini. Bunganya bersaiz besar dan tidak sepadan dengan batangnya yang kecil melurus. Sebelum ini  saya tidak pernah tahu sejarah dan kepentingan pokok bunga ini melainkan melihatnya  dari sudut kecantikan semata-mata.

Pemberian dari adik, ia  mengambil masa lebih kurang dua bulan  untuk berbunga.

Rupa-rupanya pokok yang dikenali dengan nama Kenaf ini juga  ditanam secara meluas di negara ini kerana pokoknya menghasilkan gentian serat /fiber yang amat tinggi nilainya. Pokok Kenaf yang di komersilkan di  sini berbunga kuning.  Fiber ini menghasilkan kertas.

Genus Hibiscus dan dari famili Malvaceae ia juga sekelompok dengan bendi dan roselle.

Seperti biasa saya tidsk pernah lupa untuk merakam setiap detik-detik peralihan bunga ini. Ketika ini  putik bunga mulai membesar dan bersedia untuk mempamirkan kudupnya.

  Lihat kudup sedang menunggu mekar. Sangat cantik, seakan kudup bunga ros.

Kembang sempurna!

Kembangnya cuma sampai kepetang. Kemudian kelopak bunga pun beransur kecut. 

Buah yang terbentuk bila kelopak yang kering gugur. Bentuk buah pun seakan buah roselle.

Saya tidak sabar membiarkan ia kering di pokok. Saya mahu lihat isi didalamnya bagaimana.

Lalu saya gunting dari dahan. Agak sukar untuk memegangnya. Duri-duri kecil melekat di jari saya. Kelihatan dengan jelas kelonsong/pod bijinya bersalut dengan bulu-bulu halus seakan miang rebung.  

Di dalam pod yang berbulu ini bersemi biji-biji benih kering.

Ini biji benihnya yang saya korek keluar. 100% macam biji roselle. Biji benih kenaf juga boleh menghasilkan minyak sayuran yang boleh dimakan. Ia mengandungi asid lemak poli tidak tepu - Omega yang tinggi, baik untuk kesihatan tubuh. Minyaknya juga digunakan dalam kosmetik dan  industri minyak pelincir. Siapa sangka ya, pokok bunga ini rupanya mempunyai nilai dan diusahakan secara meluas di negara tertentu termasuklah Malaysia. OK..selamat berhujung minggu dan happy gardening!









25 comments:

  1. Salam Kak Mala,

    Cantiknya bunga raya. Rupanya bendi dengan roselle pun spesis yang sama kah? Sebut pasal roselle, pokok saya dah berbunga buat kali pertamanya semalam. Tak sabar nak tengok buahnya. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Honey..lama tak bertandang ya...
      Congrats kerana roselle dah mulai berbunga. Tak lama lagi dapatlah buat jusnya..Honey creative kan..nanti bolehlah cipta resepi2 baru roselle..

      Delete
  2. cantikk cantikk cantikk bunga bungaan

    ReplyDelete
  3. I like this plant too! It's so beautiful. Although the flowers open for a short while I still think it is worth growing it. The flowers are so so attractive :-D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph, I'm agree with you..so worth it growing this plant. The flower are huge and the color are so bright and stunning. Even the plant growth stunted but still blooming in standard size.

      Delete
  4. Memang sangat mirip dengan roselle bunga, kantung dan bijinya. Cuma agak challenging sebab duri-duri tu hehehe....Keluarga adik beradik bunga raya ni memang masing-masing mempunyai pelbagai manfaat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga cantik tapi itulah tak tahan dengan duri di buahnya..

      Delete
  5. salam kak mala,
    sangat2 la cantik warna bunga kenaf tu...tk penah tgk sebelum ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ana.
      Kak pun pertama kali tengok bila kawan fb post dalam kelab bunga. Terus jatuh cinta. Cari merata last2 dapat juga dari kampung. Kak masih mencari Kenaf yang berbunga kuning pula

      Delete
  6. Cantik bunganya warna dia pun pekat tapi sayangnya hanya bertahan sehari.

    ReplyDelete
  7. Selain sronok membaca ulasan Mala dalam sesuatu entry tentang tumbuhan...KY leka melihat setiap gambar yg Mala paparkan sangat cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yon. Tak tahu lah berapa lama lagi boleh pakai kumira tu...asyik meragam ja bila nak ambil gambar...

      Delete
  8. pokok ni ada tumbuh meliar di halaman mak di kampung berwarna ungu tu Kak Mala.. memang benar sama seperti buah roselle kan .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada satu jenis mcm roselle sebiji tapi buah dia kecil dan kontot. Sini panggil asam paya..yang kenaf ni kak tak pernah jumpa lagi bunga dia tumbuh meliar tapi kat sesetengah tempat memang ada. Biji benih dia senang berterabur merata..

      Delete
  9. Suka tengok bunga raya ni...banyak kali tanam tak jadi...kat rumah bapak ada...menjadi sangat..

    ReplyDelete
  10. Kakak tetap panggil bunga raya juga. Sungguh kakak pun baru tahu bila baca N3 ini. Siapa yg sangka banyak kegunaanya, apa lagi macam kakak ni tahu tengok aje. Nama sebenarnya baru tahu bila baca N3 kawan blogger. Lagi menarik kakak suka cara K Mala captured gambar sgt professional. Cantik, menarik dan jelas:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun baru tahu bunga ni wujud Zakie...dulu2 awal tahun 2000 ada kawan cakap nak balik kampung ( Perlis ) tanam pokok kenaf. Masa tu kak ingat kenaf tu mcm pokok balak...Dah bila tengok bunga ni tak tahu pula nama dia kenaf sebab selalu jumpa orang taruh nama botani ja...

      Delete
  11. Bukan saja cantik...banyak pula hasil kegunaannya yang bermanfaat...

    Senang ke nak tanamnya kak mala?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat KN. Cuma susah sikit nak kopek pod dia sebab ada duri halus2, suka lekat dijari. Kalau nak bagi dia buka sendiri kena tunggu la sikit. Kalau nak tinggalkan alamat dengan kak nanti kak poskan..

      Delete
  12. saya kagum dgn hasil kerja kak mala..sangat cantik dan teliti...

    ReplyDelete
  13. salam, boleh saya tahu di mana nak dapatkan biji kenaf atau minyak biji kenaf atau roselle utk tujuan penyelidikan?

    ReplyDelete