Wednesday, 4 March 2015

Bachelor Button @ Bunga Butang

Lazimnya di kampung saya di kenali sebagai Bunga Tiga Bulan. Seingat saya, arwah ibu pernah  menanamnya semenjak saya kecil lagi. Di kampung selalunya ia tumbuh merimbun penuh dengan bunga. Warna-warna yang ada ketika itu ialah putih, pink dan ungu. Tidak lama kemudian menyusul pula warna pink muda dan seterusnya bunga kahwin dengan warna putih campur pink muda. Cuma warna-warna tersebut sahaja yang berada di ingatan dan saya tidak pernah duga rupa-rupanya masih terdapat warna lain lagi yang lebih menarik.

Meriah berbunga pemberian dari Julie M.

Ini dia! ...Cantik bukan. Mesti ramai yang belum pernah melihat apatah lagi menanam bunga butang warna merah ini...

Saya begitu teruja bila pertama kali terbaca tentang benih bunga warna  ini yang dijual oleh  Mieyza Dahalan di group fb. Tidak berlengah saya terus buat tempahan dan membelinya. Murah sangat, satu peket cuma RM2.00 sahaja. Bila sampai terus tanam...

Pada awal pertumbuhan, saya menjadi ragu-ragu, melihat pada bentuk daun yang keluar, sangat jauh berbeza dari bunga butang kampung yang biasa ditanam dimana daunnya lebih besar dan lebar. Batangnya lebih besar dan berwarna kemerahan sedangkan bunga butang merah & oren ini daunnya tirus, kecil dan batangnya pula memanjang dan rebah. Betulkah mereka ini sefamili Amaranthaceace ?

Boleh nampak perbezaan fizikal yang ketara bukan...Ini bunga butang kampung warna pink.

close up sikit...

Tapi bila dia mula berbunga...wahhhh...rasa puas dan happy sangat. Warnanya cukup terang dan ceria. Memang betul mereka sefamili tapi yang merah ini dari kelompok Gomphrera Globosa asal dari Amerika Latin.

Bunga butang juga dikatakan  mempunyai khasiat dan nilai  tersendiri dari segi perubatan. Seperti biasa saya cuma melihatnya dari segi kecantikkan semata-mata. Julie M satu waktu dulu pernah posting tentang kelebihan bunga butang ini dalam entrynya.. Mari kita kongsinya bersama.

Warna Pink Muda yang baru berlajar berbunga...( hasil barter trade sesama ahli group )


Namun saya tidak pasti pula samada jenis yang ini mempunyai khasiat yang sama dengan butang kampung.

Tapi tak mengapalah. itu tidak menjadi soal kepada saya, yang penting, saya tanam, dia hidup dan berbunga......Siapa sangka ya, Butang Oren...

dan Butang Merah dari luar negara ini boleh tumbuh cantik dilaman kita.

Seterusnya saya masih mencari bunga butang ungu dan dwiwarna pink + putih untuk melengkapkan koleksi dilaman. Mungkin kawan-kawan yang lain pernah melihat warna lain selain daripada yang saya pamirkan disini. Sila kongsi bersama...





27 comments:

  1. subhanallah...sungguh cantik...saya suka yg kaler terang2 tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Kam..colornya cukupr terang...walaupun benih ni berasal dari tempat sejuk tapi pokoknya membesar eluk dalam full sun.

      Delete
  2. kak Mala yg biru dan oren tak pernah anak tgk,kat rumah mak ada putih,purple dan saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kat kampung color purple dan putih yang banyak...

      Delete
  3. Oh... ada banyak warna kakak baru tahu K Mala. Sebab yg biasa kakak nampak warna dark purple aje. Cantiknyaaaaa:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih tercari-cari color dark purple tu...belum lah dapat laginya...

      Delete
  4. Bunda pun pernah terbaca dientri Julie M tentang bunga butang kampong dan khasiatnya..

    Harini dapat tahu pula bunga butang yang jenis ini pula...terujanya...nanti satu hari nak jugak tanam...bukan saja cantik berwarna warni...tapi berkhasiat jugak...berbaloi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni tak payah duk baja dan manja2 sangat KN. Cukup tahan lasak. Tahan panas segala..cuma satu ja penyakit dia yang kak jumpa..jadi layu dan reput tiba2..tapi jarang2 berlaku pun...overall selalunya subur dan meriah dengan bunga. Kat Cameron Highland itu hari...wahhh...dasat tengok pokok dan bunganya....

      Delete
  5. Cantik sekali bunganya. Kita sebut bunga kenop. Musim lalu saya tanam yang warna ungu. Belum pernah coba tanam yang warna lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga Kenop? Thanks for sharing Endah. Sekurang-kurangnya kita tahu nama lainnya...

      Delete
  6. Butang merah cantik! But this one is taller right? Generally I like bachelor's button, I find those pixie blooms really cute. Your white is the star!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Steph, something that we always forgot, we can dried it and make a potpourri

      Delete
  7. KY pernah nampak yg putih dan pepel saja. dpt bayangkan dark pepel mesti cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu2 kala pernah tanam dark purple ni..la ni tak pernah jumpa lansung...

      Delete
  8. Cantik warnanya macam warna musim tahun baru cina ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, yang merah dan oren ni color dia shining sikit...

      Delete
  9. mmg hepi la kak, tengok bunga butang merah tu...daun seakan rosemary kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana..daunnya seakan rosemary...runcing dan kecil..

      Delete
  10. Salam Kak Mala,

    Baru saya tau namanya bunga butang hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak lebih sedap panggil bunga 3 bulan...sama dgn pokok hydrangea pun panggil 3 bulan juga...

      Delete
  11. saya tumpang enjoy tengok bunga-bunga yang akak tanam.. sekarang ni tengah stress dengan kerja.. pokok2 pun jadi culas menyiramnya.. harap-harap lepas ni saya pun dapat hasil macam akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak pun sekarang tengah stress dengan kerja Mar...dah hampir2 berhenti pun..tapi tang pokok tu tetap melebihi segala...selalu ja abg buat bandingan..ya la, kalau kat pokok tu sentiasa larat dan ada masa...Ni hujung bulan nak bercuti sibuk dah duk cari orang tolong siram...haru la...

      Delete
  12. Assalamualaikum Kak Mala,
    wah dah meriah ye si butang putih tu berbunga, Julie pun baru je tanam balik bunga butang ni, ada jugalah 2-3 pokok sdg berbunga dgn lebat di laman. Sampai sekarang Julie masih mencari bunga butang merah ni. nanti kalo dah banyak dgn kakak jualkan ye benih butang merah tu ke Julie, thanks...

    ReplyDelete
  13. nanti kak poskan untuk Julie...

    ReplyDelete
  14. mM dh lama sngt mencari benih2 bunga butang ni....ada jual ke kesemuanya; yg kg yg kahwin tu?

    ReplyDelete
  15. kak, mana nak cari org jual benih bunga butang ni ye? kak tak jual ke? please...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya ada semai..byk..dan dah tinggi sikit..saya di ipoh.. 0175705886 .warna purpple..kalau ada yg warna lain..boleh bertukar2 juga..

      Delete