Sunday 12 April 2015

Menikmati Dahlia - Cameron Highland

Kali ini itulah yang saya lakukan, menikmati dan cuma tengok-tengok saja kecantikannya. Sudah tekad dalam hati , tidak mahu membelinya biarpun sangat tergoda.  Kalau tahun lepas, berdepus-depus harapan Mencari Dahlia...tapi malangnya, bunga ini tidak mahu menjadi pula dengan saya sekarang.  Sedangkan  bukan sesuatu yang luarbiasa menanam Dahlia di tanah rendah. Saya biasa menanamnya semenjak belum berkahwin lagi...warna maroon, ungu dan peach. Semuanya semai melalui keratan batang. 

Walaupun bertekad tapi saya tetap gagal godaan mata. Panahan kecantikkannya benar-benar membuat saya dan adik terpesona. Terpaksa berhenti sebentar ditepi jalan untuk menyapa si segar bugar ini. Kepunyaan penduduk, tanamnya di pinggir jalan saja. 

Tak tahulah kalau ada orang yang tidak berkenan...

Mixed color!

Geram, rasa macam nak petik saja....mujur tuannya tidak ada di rumah...malu juga kalau dia tengok gelagat kami macam tidak keruan...

Mmmm...seronok tengok, sampai rasa macam tak mahu masuk kereta. Betul seperti kawan saya cakap, kalau mahu melihat  Dahlia eluk pergi bulan Mac @ April dan katanya lagi kalau mahu membeli bunga ini eluk beli pada penduduk yang menanamnnya bukan di nusery.

Belum habis berangan, masuk saja di perkarangnan hotel...saya dah terjerit-jerit dari dalam kereta...Subhanallah....kat sini lagilah banyak....

Histeria sekejab jadinya...puas saya bertawaf sekeliling hotel  melihat keindahahan bunga ini yang dijadikan tanaman landskap bersama bunga-bunga lain yang juga cantik. Berwarna warni. Meriah.

Tak tahulah gardener dia pakai baja apa. Suburnya tak terucap. Daun dia pun sudah nampak macam sayur 

Tengok...semua bunganya besar-besar gedabak...





Sabar saja lah kan....dalam hati berkata-kata...kalaulah garden aku macam ini....

Esuk paginya saya keladang teh Boh di Sungai Palas kerana tahun lepas tidak sempat kesana. Terus terang cakap, saya tidaklah berapa  menikmati sangat kesedapan minum teh dianjung restoran...

..kerana mata dan hati saya lebih teruja untuk masuk melihat perkampungan pekerja ladang yang berderet disitu...

Dalam berkira-kira, rupa-rupanya adik lebih  awal  bergerak dari saya. Diam-diam dia merayap ke rumah kongsi. Lihat apa yang dia hajat sudah ada ditangan. RM5.00 saja harganya. Sudah tentu jauh lebih murah dari nursery. Untie ini sungguh baik hati.

Walaupun lamanya kecil dan terhad tapi disitulah berbunganya azalea, dahlia, nasturtium, bragmansia, roses, kayla lily dan beranika bunga yang saya tidak tahu namnya. Semuanya subur mubur....

...dan ketika itulah dia pelawa kami dengan ubi di atas. Mmh! tunggu apa lagi. Mestilah saya beli. Ubi Dahlia. RM5.00 saja.....hai..langgar janji juga kan.....

Pulang kerumah, saya semai ubi-ubi tersebut yang telah dibahagi dua dengan adik. Akan menjadikah Dahlia       saya sepertimana gambar di atas. Kita tunggu dan lihat keputusannya nanti. Berdoa dan berharaplah..Happy gardening & weekend untuk semua sahabat blogger...

23 comments:

  1. SuhanaAllah cantiknya. Kak zai nak cari jugalah.

    Tahun lepas masa bercuti kat Cameron Hingland kak zai anak beranak breakfast kat anjung ladang teh Sg Palas. Bun dan puff yg jual kat situ mahal.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul mahal Zai...tapi dah kononya tak sah tak breakfast kat situ, pergi pula dengan perut kosong. Beli juga lah...Nasi lemak RM3.80 sebungkus kecil....makan puff saja dengan tea...

      Delete
    2. This comment has been removed by a blog administrator.

      Delete
  2. Assalam Kak.. memang dahlia sangat-sangat subur di tanah tinggikan .. CH dan Frasers Hill... pernah juga beli ubi2 ni... pokok hidup meninggi tapi tak berbunga... semoga ubi dahlia akak berjaya hidup di bumi Langkawi. saya tumpang cuci mata ... .belum pernah ke Sg Palas lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tahun lepas punya, lepas habis bunga kak kerat batang dia semai semula. Tumbuh subur kemain..daun berulas-ulas tapi bunga sekuntum tak keluar..last2 kesyurga lah dia...
      Ladang teh Sg Palas....rasa macam nak taubat pun ada..Ya Allah seram sejuk kak. Jalan kecil kena hon2 kat selekoh. Tengok kat tebing bawah rasa macam nak jatuh saja......org cakap kat Bharat Tea Tanah Rata lebih selesa jalannya...

      Delete
  3. Salan kak mala, dahlia ni pun bleh hidup subur di tanah rendah, arwah MIL penah tanam di laman rumah memang subur dan berbunga lebat. Cantik sekali, sayang tak rakam gambar masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ana...arwah mak kak tanam dari kak kecil2 lagi...kak pun dulu dah beberapa kali tanam juga. Semuanya menjadi. Mungkin dahlia tu dah memang terdedah kat cuaca panas jadi senang keluar bunga. Yang cameron manja lebih kann...

      Delete
  4. Assalamualaikum...Cantiknya bunga bunga tu...Geram tengok...

    ReplyDelete
  5. Oooh... baru kakak tahu tanamnya dari ubinya. Memanglah kalau kita ni melihat bunga macam itu tak teringin utk memiliki mustahil benar. Tapi betullah langkah bijak beli dgn penduduk yg tanam mestilah lebih murah. Mahu-mahu dia bagi free aje. Macam kita juga kalau takat kawan-kawan minta kita kan bagi free aje..

    Harap-harap ubi yg dibawa jauh itu akan bertunas dan berhasillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saja murah, tapi bunga yang mereka tanam tidak di aduk dengan enzim-enzim penggalak bunga/tumbesaran yang melampau. Tumbuh secara natural. Jadi kebarangkalian untuk tumbuh bebunga dalam cuaca setempat ni agak tinggi. Yang kita beli kat nursery sudah tentunya di pupuk dengan enzim segala.Habis tempoh berbunga mati terus.

      Delete
  6. Kak Mala, Dahlia ni sangat unik kan, sukar nak hidup subur selain dari bumi CH .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana, boleh hidup subur juga kat bawah ni. Kak biasa tanam pun dulu. Tanam dari batang saja. Masalahnya sekarang ni, nak cari kat kampung sapa2 yang tanam susah amat lah nak jumpa. Kat nursery pun mesti yang cameron juga. Kadang2 boleh nampak kat nursery pun dia dah start mati..

      Delete
  7. Masa teman mak beli dahlia di Kundasang hari tu bunga lebat tapi ubinya tiada.
    Yang dwi-warna tu cantik sungguh.
    Sayang sungguh baka-baka dahlia dulu tahan panas susah nak cari.
    Dah siap ada pancang-pancang lagi ya sebalik rumpunan pokok-pokok dahlia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yaa betul Diana, tahun lepas kak beli 5 pasu cuma satu ja ada ubi.

      Delete
  8. Yang mixed color tu cantik jugak yea...tapi yang peach color tu yang tercantik...lembut jer colornya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang yang peach tu cantik sangat. Color dia lembut dan ayu gitu...

      Delete
  9. kalau saya pun tak tertahan dgn godaan si dahlia ni...cantik sangat..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum Kak Mala,
    Cantik2nya la dahlia kat CH ni, semoga dahlia yg kakak beli tu tumbuh subur & berbunga lebat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Julie...perkembangan terkini..dah pun tumbuh tunas..tapi banyak juga ubinya yang jadi busuk...

      Delete
  11. Cantiknya, seperti di kampung halaman saya.

    ReplyDelete
  12. cantiknya Mala. macam di ukir2 segar ..teringat bunga strow yg kita buat dulu2..

    ReplyDelete