Sunday 24 May 2015

Kemboja Kuning Bali

Bulan ini menyaksikan pelbagai bunga baru dan lama mekar silih berganti di halaman kecil saya. Ini termasuklah sicomel dibawah ini. Namun bulan ini saya dilanda kesibukan dan tidak cukup masa untuk kerap menulis dan posting seperti dulu-dulu. Taman saya dan laman homestay sudah menjadi hutan kecil. Semak dimata semak lagi dihati saya...

Ini adalah keratan kedua yang berbunga dari beberapa keratan batang kemboja yang saya beli dari Diana sekitar akhir 2013 yang lalu.

Batang pertama kembang pada awal  2014. Lama juga jaraknya  batang kedua ini mengambil masa untuk berbunga. 

Selain sikuning yang wangi ini, terdapat beberapa warna lagi kemboja yang saya tanam. Namun tahun ini kemboja yang  lain seakan merajuk dan menyepi.

Seronok setiap hari dapat mencium harum baunya..

Alangkah indahnya  kalau yang lain berbunga serentak.




Walaupun tidak berbunga lebat seperti yang pertama dulu, saya tetap berpuas hati, dari tiada lebih baik ada, sedikit pun tidak mengapa, asal hati tetap gembira.








16 comments:

  1. bunga kemboja ni harum mewangi kan kak mala. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya memang harum sangat. Kebanyakannya mewangi..

      Delete
  2. Ganding dengan akar dani lagi semerbak kebun kak mala ya. Ada juga kalau pokok yang d ah besar jadi tempat akar dani memanjat di sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Diana seronok.., kedua-dua bunga ini memang wangi...tak sangka bau akar dani rupanya agak kuat..

      Delete
  3. Jiran kakak yg lecturer rumah dia dipenuhi bunga kemboja inilah Kak Mala. Suka kakak tengok sebab bunga dia tahan lama. Apa lagi dia tanam berderet dgn warna pink cantik sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mala memang suka tengok orang tanam pokok ni. teruja sangat bila tengok pokok2nya besar dipenuhi bunga. Agak malang ruang laman dirumah sangat terhad. Kalau ikut hati nak order online lagi batang pokok ni...geram tengok bunga2nya yang perlbagai bentuk dan color...

      Delete
  4. Sweet sangat.

    Dulu kak zai ada tanam kembaja tapi semuanya dah mati. Tengok mala punya teringin pulak nak tanam semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang duk suruh adik tanam kat kampung..kalau hidup eluk 3tahun lagi pasti jadi merendang...

      Delete
  5. So pretty! Do you wear it on your hair? Look and smell great wink wink ;-)

    ReplyDelete
  6. hahaha...I'm just imagine that..selit bunga ditelinga..smile, a litle bit shy...wah..seems like perempuan melayu terakhir nih...No la I'm not that kind of mood, but my late mother love to insert the fragrant flowers as such melur, ylang ylang & roses in her hair bun. Also put under the pillow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow so traditional - your mom :-)

      Delete
    2. Yes Step..something special with my mom, that I never forget.Even she's was orang kampung but always perfomed well in dressing. When she's in the middle age ( late 80's ) she always wearing kebaya labuh with kain batik panjang from Indonesia. Sanggul & selendang tebuk kain kasarobia from Kelantan or Terengganu...I'm still teenager on that time, always laughing and usik2...mak don't forget your gelang & rantai mas....

      Delete
  7. So beautiful, it I have not seen before.
    Good new week to you.

    ReplyDelete
  8. What a beautiful bloom Normala !

    ReplyDelete