Sunday 30 August 2015

Bunga Homestay Dalam Kenangan

Tanah homestay tempat saya bercucuk tanam telah disewakan kerana tuan rumah tidak cukup masa untuk menguruskan penginapan seperti sebelumnya. Perkara pertama terlintas di fikiran..macamana pokok-pokok aku disitu...Saya dikenalkan kepada penyewa pertama sambil tuan rumah  memberitahu semua pokok-pokok bunga yang ada adalah milik saya. Jadi sebelum menebas rumput mereka patut bertanya saya dulu pokok mana yang boleh di buang.

Saya mengambil keputusan mengeluarkan semua pasu bunga yang ada dan ditempatkan di R&R Sementara pokok besar  yang pasunya  terlekat akar ketanah saya tinggalkan. Rasanya tidak menggangu pun. Begitu juga dengan pokok tepi pagar seperti ros, alamanda, telang, cotton ros, avocado dan lain-lain. Lagipun mereka cuma duduk beberapa bulan sahaja. Namun apa yang terjadi cukup mengejutkan, tanpa pengetauhan saya mereka menarik keluar pasu dan menebang semua pokok-pokok hiasan yang ada. Sampai hati...


Yang tinggal cuma pokok cili, costus,anona dan pokok delima . Delima dan anona terselamat kerana makcik belakang rumah menegur agar tidak menebangnya. Kawan-kawan di kejiranan masing-masing tertanya siapa tu..kenapa buat begitu...tak kenal pokok bunga ke....kenapa saya tak menegah...Mmmh, tak apalah saya pasrah saja...bukan tanah saya kannn....Diam-diam esuk paginya waktu mereka belum bangun tidur saya angkutlah pokok-pokok yang di cabut dan letak kat tapak R&R.  Kesian kannn...

Ini antara pokok yang tidak sempat saya ambil cuttingnya. Puas saya menyelak timbunan rumput mencari kalau-kalau ada tetapi tidak jumpa. Lagipun hujan berterusan turun dan saya terpaksa pulang ke kampung maka putus kasihlah saya dengan elephant creepe.

Waktu menunggu adik di hospital, hati saya terkenang-kenang saat indah pokok-pokok saya ditanah homestay. Seronok waktu itu..ini antara bunga yang pernah hadir..

Puas hati boleh tanam banyak pokok..maklumlah ruang rumah saya sangat terhad..

Tidak boleh lupa waktu cosmos meriah berbunga..kuning oren seluruh kawasan..

Juga waktu matahari galak berkembang...semuanya kelihatan sangat indah..

Paling seronok dapat berkebun bermacam-macam jenis sayuran...

Tidak sampai 2 minggu tuan rumah talipon saya maklumkan dia menyuruh penyewa pertama keluar kerana ada masalah. Ketika itu saya masih dikampung...Pulang saja, saya terus meneras dan aturkan semula  sedikit pasu di ruang homestay. Suami membebel..tidak serik-serik.. Lima hari lepas, penyewa baru pula masuk. Tebas lagi rumput......saya pula usung pasu keluar lagi....

Ini pokok Angelonia..masih subur didepan homestay. Terselamat kerana penyewa pertama tidak menebangnya. Tiga hari lepas penyewa baru  membersih dan mengatur semula bata sekeliling pokok. Katanya dia suka juga tanam pokok. 

Walau  hujan berterusan sudah sebulan lebih,  jerebu tetap kelihatan melanda seluruh persekitaran. Saya berkerja keras memulihkan semula mana-mana pokok yang dibuang oleh penyewa pertama. Kutip sisa benih  yang baru tumbuh ditanah homestay dan replant semula di tapak  R&R. Betu-betul menguji kesabaran kerana hujan yang berselang seli dengan ribut membataskan waktu dan masa. 
  
Jadi sepanjang bulan Ogos yang bersejarah ini, saya agak penat mental dan fizikal. Saya berharap agar pokok-pokok saya kembali sembuh dan berhasil...dan berharap juga  agar kupurama akan sudi melawat lagi seperti dahulu,  walaupun tanah homestay sudah gersang..tapi tapak R&R akan jadi penggantinya.
Disini saya ingin mengucapkan selamat meyambut Hari Kemerdekaan buat semua rakyat Malaysia, istimewa buat kawan-kawan bloggers. Happy gardening & happy weekend!



Sunday 23 August 2015

Portulaca - Bunga Milang Musim Baru

Agak lama terperap, minggu ini saya mahu bercerita pasal bunga ros jepun/ milang yang saya beli online  4 bulan lalu dengan group fb bunga..Rasanya saya membeli lebih dari sepuluh  warna baru tetapi oleh kerana terlampau bercampuk aduk dengan bunga-bunga lama membuatkan saya tidak perasaan yang mana baru dan yang mana lama.. 

Sudah hampir sebulan hujan berterusan turun disini, dimana sebelum ini bulan puasa, raya, balik kampung jaga adik..perhatian saya tidak dapat ditumpukan 100% kepada bunga-bunga comel ini. Yang sempat mengambil gambar saja kemudian peram. Sehinggalah saya sedar ada bunga-bunga ini yang sudah hilang dipandangan..mereput atau dimakan siput dan serengga lain.

Hari ini kelam kabutlah saya menanda warna untuk di kemaskan setempat agar tidak pupus. Jika tidak, rugi saja membeli kerana ia amat senang dibiak.

Sekarang mari kita nikmati dulu kecomelan bunga-bunga ini. Sesetengah tempat dipanggil gelang pasir / pokok milang. Bunga yang amat mudah ditanam dan mudah dibiak. Lempar ketanah pun hidup...




Yang kembang begini syok tengok...




Pokok milang ini bukan saja berbunga cantik tapi keseluruhan pokoknya mempunyai nilai perubatan tertentu. Saya share maklumat ini dari blog saudara Naim. Sila baca disini



Ini warna yang saya suka sweet sangat pink dengan kuning muda...

Ini nama dia candy stripe..tapi sayang cari-cari pagi tadi  tidak jumpa..mungkin sudah pupus. Tinggal gambar kenangan saja..


Ini pula jenis RJ Jambul. Antara jenis terawal dan paling lama saya ada.


Jambul pink tengah ini pun sudah hilang. Sayang betul..Padahal 2 bulan lepas masih merayap dihomestay sebelah. Puas cari tidak ada. Harap-harap nanti muncul kembali kalau-kalau ter kahwin silang atau cross pollination.

Ini pula antara RJ jambul warna baru..

Dia orang panggil yang ini subang Mak Datin..mmm..lucu pula namanya..

Satu pokok tapi yang ini warnanya pink semua..



Ini warna terbaharu saya beli di kiosk Hari Peladang. Lembut ja warnanya..sepasu RM5.00. Pokoknya besar. Share dengan adik seorang setengah.


Yang ini pula saya beli color putih tapi sedar-sedar sampai di rumah dia keluar color cream pula..Sebab itu kita kena rajin tengok bunga kecil ini. Nanti ada saja warna baru yang keluar dari induknya. Waktu itu kena cepat-cepat patahkan ranting tersebut dan asingkan dipasu lain. Kemungkinan besar dia akan membiak kekal dengan warna baru tersebut. 
Minggu depan bertemu lagi. Sini hujan memanjang. Bagaimana cuaca di sana ya..?
Happy Gardening & weekend buat semua gardener & bloggers.

























Sunday 16 August 2015

Dianthus Sp

Hampir sebulan tidak keudara..rindu sungguh dengan kawan-kawan bloggers. Sebenarnya saya pulang kampung pada awal bulan ini kerana menjaga adik yang masuk wad jantung. Jadi selama dua minggu saya tidak ber fb dan blog. Tumpukan perhatian pada adik dan terpaksa buang jauh2 kerisauan pada pokok-pokok saya dirumah.  Namun dalam sakit dan dinasihatkan tidak memandu seketika, adik masih sempat melayan saya membeli dan melihat bunga. Apalagi terserempak dengan hari peladang peringkat negeri. Mmm..bling-bling mata dan hati jadinya...

Kali ini hati beralih arah ke Dianthus pula...geram melihat bunga-bunga yang comel berbagai warna ini. Bunga ini saya beli kali kedua dari AB Nursery, kenalan fb yang nurserynya terletak agak berdekatan kampung saya.

Kali pertama beli, adik hantar melalui bot pada puasa lepas.

Dianthus sebenarnya merupakan genus dari 300 spesies famili Caryophyllaceae. berasal dari negara Meditteranean & Eropah namun boleh menyesuaikan diri hidup dan segar berbunga dalam cuaca setempat.

 
Faktor tahan panas inilah yang menarik perhatian saya.  Bunga ini juga sekelompok dengan Carnation atau bunga Teluki yang sering menjadi bunga tema. Hadir dengan berbagai corak dengan warna yang sangat menarik membuatkan bunga ini amat sesuai dijadikan hiasan laman. Dikatakan warna-warna barunya boleh terhasil dari kahwin silang atau cross pollination.

Saya cuma berkesempatan membeli beberapa warna sahaja. Sebenarnya ada juga jenis yang berlapis kelopaknya tapi belum saya jumpa dan beli lagi. 


Dianthus juga boleh bertahan sehingga bertahun jika dijaga dengan eluk dengan baja dan air yang mencukupi.

Dianthus senang dan sentiasa berbunga. Lebih tahan lama kalau tidak sering ditimpa hujan.  

Bunganya kembang berkelompok dan berbau manis lembut.

Kebanyakkan Dianthus yang berumpun ini kepunyaan adik saya. Pokok-pokoknya begitu subur dan berbunga cantik.

Ini barulah koleksi saya. Baru nak menjadi. Buat yang berminat, kalau mahu membeli Dianthus pilihlah yang datang dari Sungai Buluh bukan Cameron Highland. Ini tips dari tauke nursery sebab yang disemai di Sungai Buluh, pokoknya boleh tolerate dengan cuaca setempat.

Bunga ini juga sangat mudah dibiakkan melalui semaian ranting atau biji benih yang boleh didapati dari bunga matang  yang telah kering. Saya rasa sangat berbaloi dibeli kerana murah dan tidak cerewet penjagaannya. 

Ok kawan-kawan. Setakat ini dulu. Happy weekend & happy gardening!