Sunday 23 August 2015

Portulaca - Bunga Milang Musim Baru

Agak lama terperap, minggu ini saya mahu bercerita pasal bunga ros jepun/ milang yang saya beli online  4 bulan lalu dengan group fb bunga..Rasanya saya membeli lebih dari sepuluh  warna baru tetapi oleh kerana terlampau bercampuk aduk dengan bunga-bunga lama membuatkan saya tidak perasaan yang mana baru dan yang mana lama.. 

Sudah hampir sebulan hujan berterusan turun disini, dimana sebelum ini bulan puasa, raya, balik kampung jaga adik..perhatian saya tidak dapat ditumpukan 100% kepada bunga-bunga comel ini. Yang sempat mengambil gambar saja kemudian peram. Sehinggalah saya sedar ada bunga-bunga ini yang sudah hilang dipandangan..mereput atau dimakan siput dan serengga lain.

Hari ini kelam kabutlah saya menanda warna untuk di kemaskan setempat agar tidak pupus. Jika tidak, rugi saja membeli kerana ia amat senang dibiak.

Sekarang mari kita nikmati dulu kecomelan bunga-bunga ini. Sesetengah tempat dipanggil gelang pasir / pokok milang. Bunga yang amat mudah ditanam dan mudah dibiak. Lempar ketanah pun hidup...




Yang kembang begini syok tengok...




Pokok milang ini bukan saja berbunga cantik tapi keseluruhan pokoknya mempunyai nilai perubatan tertentu. Saya share maklumat ini dari blog saudara Naim. Sila baca disini



Ini warna yang saya suka sweet sangat pink dengan kuning muda...

Ini nama dia candy stripe..tapi sayang cari-cari pagi tadi  tidak jumpa..mungkin sudah pupus. Tinggal gambar kenangan saja..


Ini pula jenis RJ Jambul. Antara jenis terawal dan paling lama saya ada.


Jambul pink tengah ini pun sudah hilang. Sayang betul..Padahal 2 bulan lepas masih merayap dihomestay sebelah. Puas cari tidak ada. Harap-harap nanti muncul kembali kalau-kalau ter kahwin silang atau cross pollination.

Ini pula antara RJ jambul warna baru..

Dia orang panggil yang ini subang Mak Datin..mmm..lucu pula namanya..

Satu pokok tapi yang ini warnanya pink semua..



Ini warna terbaharu saya beli di kiosk Hari Peladang. Lembut ja warnanya..sepasu RM5.00. Pokoknya besar. Share dengan adik seorang setengah.


Yang ini pula saya beli color putih tapi sedar-sedar sampai di rumah dia keluar color cream pula..Sebab itu kita kena rajin tengok bunga kecil ini. Nanti ada saja warna baru yang keluar dari induknya. Waktu itu kena cepat-cepat patahkan ranting tersebut dan asingkan dipasu lain. Kemungkinan besar dia akan membiak kekal dengan warna baru tersebut. 
Minggu depan bertemu lagi. Sini hujan memanjang. Bagaimana cuaca di sana ya..?
Happy Gardening & weekend buat semua gardener & bloggers.

























23 comments:

  1. kak mala, baru ana tahu namanya ros milang, mak ana selalu panggil bunga ros jepun je,memang cantik dan pelbagai bentuk dan warna kan..Maha Suci Allah .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..memang panggil rose jepun pun..tapi yang daun bulat ni orang dulu-dulu panggil pokok milang..

      Delete
  2. cantiknya..bermacam2 warna dan rupanya..nama pun ada yg pelik dan lucu-subang mak datin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah..ini adik yang cakap nama dia begitu..

      Delete
  3. Tengok mala punya macam2 warna cantik sangat.Kak zai pernah juga beli tapi mati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni satu je..kena rajin replant..kalau tak tengok2 dah pupus pun..

      Delete
  4. Assalamualaikum Kak Mala...
    Wah cantik2 semuanya...Julie pun banyak dah beli Rj ni, dlu dah hampir 20 jenis dkt group fb kembara ros jepun tu haha..Julie kumpul banyak2 tapi x dapat nak maintain..samalah dgn ati2 bila kita dah abaikan sure bunga2 ni akan pupus, terpaksa cari balik hihi...anyway SubhanAllah cantik2 bunga kakak tu...mai skit subang mak datin tu..Julie pnya dah pupus...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Julie..
      Betul tu Julie ..kena maintain selalu pokok2 jenis ni. Ati2 kak pun banyak yang dah pupus. DEkat 5 jenis juga mati terus sebab lambat replant...

      Delete
  5. Tak tau lah samaada bunda pernah tengok dari dekat ke yidak bunga2 ni kak mala... cantik sangat..

    Bunga dia yang banyak tu kalau ditanam campur2 pasti meriah dan berwarna warni halaman rumah kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah kisahnya Bunda...yang tau2 hilang dan mati tu bukan apa sebab kak tanam tidak setempat. Dia ni nak kena panas, jadi bila depan rumah penuh, letak kat homestay setengah dan setengah lagi simpan kat tapak semai R&R..dah berbelas jenis pun..apalagi tak tercekau dek mata la...

      Delete
  6. Pokok yg cepat membiak tapi kalau tak jaga betul akan pupus juga sebab bila dah tua dia akan malas nak berbunga. Kakak dah tak tanam lagi dah sekarang ni. Jiran kakak (Cina) dia buat bentuk-bentuk dari bebunga ini - cantik sangat masa pepagi meriah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kak lebih suka tanam bunga ni ditanah dari dalam pasu..sebab atas tanah dia lebih subur dan lebat berbunga..memang cantik kalau dia berbunga serentak pada waktu pagi..

      Delete
  7. As salam kak mala, lama nyerrrr tak jenguk kebun kak mala ni....mcm selalunya...kebun kak sentiasa berseri-seri....warna warni...cukup ceria....hehehe

    ReplyDelete
  8. pelbagai rupa..dan banyak warna bunga JR ni ye. akak nmpk bnyk warnanya dan bentuk baru di halaman rumah rakan maya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu pun ada lagi Yon yang tak termasuk dalam koleksi..tak terkejar..dan tak terbeli..

      Delete
  9. Cantik sungguh koleksi Kak Mala. Tapi Diana tak de masa nak jaga RJ ni. Sebab kalau tak rajin merumput memang boleh lemas RJ ni. Tak mau dia hidup kalau berebut dengan segala rumpui lain lebih-lebih lagi musim hujan ni tak menang tangan. Cuci mata dekat kebun Kak Mala je lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Diana, tanam pokok ni nak kena rajin..pink jambul yang pupus tu sebab tak terjagalah, lemas dalam rumput rampai homestay sebelah...sedar2 hilang dah..

      Delete
  10. cantik2 la..unik pulak namanya subang mak datin tu..heheh

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Mala. Hjh Zaharah. Saya suka sangat pokok ni berwarna warni. Saya cari pokok ni kerana ia salah satu gerba Ayurvedic yg sangat berguna. Boleh buat ulam dn salad. Cuma saya tk pasti yg bunga berwarna warni ini dah kacuk dengan pokok lain ke?Boleh makan ke tidak?

    ReplyDelete
  12. Puan Normala..geram la tgk yang jambul tu...puan mala jual tak keratannya..kalau jual saya nk beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mama Ar Rayyan...minta maaf, pokok rose jepun saya banyak yang dah mati. Lecur & berkulat daun sebab tahun ini hujan turun sepanjang tahun. Semua yang kat dalam gambar & yg jambul tu mati. Lagipun ni entry lama..2015 dulu. Mungkin tahun depan saya nak kena beli lain. Boleh contact fb Mazuri Hamzah. Dia penjual.

      Delete