Sunday, 6 September 2015

Berkelah Di Dusun

Minggu ini tiada cerita bunga. Sebagai selingan saya mahu berkongsi perasaan suka berkelah di dusun buah-buahan milik nenek kawan baik saya, Si Mimi. Sebenarnya acara ini merupakan acara tahunan pada setiap kali musim buah bermula. 

Ini Mimi dengan neneknya yang mesra dengan panggilan Tok. Anak-anaknya juga memiliki  dusun di tempat yang sama. Mereka bukan sahaja baik hati, ramah malah sentiasa merai kami saban tahun dengan acara makan buah  dan berkelah ini. Beruntung sangat kami ...

Bertempat di kawasan perbukitan, dusun ini mempunyai lanskap yang cantik dimana aliran air terjun yang jernih dan dingin mengalir merentasi tanah  ini. Pada satu masa dulu dusun ini adalah tanah sawah.  Disini juga terdapat ikan kelah tetapi kali ini tidak ada acara memancing kerana yang datang pun lebih perempuan dari lelaki.

 Setelah sebulan lebih tertangguh, cuma akhir bulan lepas baru saya dan kawan-kawan dapat kesini. Seperti biasa beberapa pokok disimpan buahnya semata-mata untuk kami. Itupun buah rambutan sudah mulai meluruh kerana terlebih masak. Manakala buah-buahan lain sudah habis musimnya.

Inilah satu-satunya pondok yang ada untuk berehat. Saya amat suka persekitaran dan suasana perkampungan di sini. Hening, teduh dan paling sentimental, saya bagaikan  berlari ke zaman kanak-kanak kembali.  
                   
Cucu saya, si Kasih. Happy dapat main air. Seronok melihat anak-anak mandi di sungai. Malangnya saya tidak  membawa kamera, gambar yang ada ini semuanya gambar ehsan. Jadi banyak moment-moment indah  berkelah  hari itu yang tidak terakam. Especially gambar budak mandi rama-ramai disungai.     
                  
Semasa bebudak bermandi manda, geng yang tua membakar ikan. 

Manakala anak cucu Tok   sibuk mengutip pucuk-pucuk kayu yang boleh di makan dan di buat ulam. Sambil itu mereka juga menebang buluh untuk di pasangkan bendera sempena kemerdekaan yang lalu.

Geng yang muda pula ambil kesempatan panjat pokok dan  makan buah. Tiada limit. Boleh bawa balik lagi sebanyak mana yang mampu. Peluang datang setahun sekali...

Kasih teruja kutip rambutan buat pertama kali....

Ini pula  untuk bahagian peraih..

Acara makan..nasi, ikan bakar dan ulaman....

Lepas makan mandi lagi...Kasih dengan Tok Wan. Habis hati  dua beranak ni berendam dalam air ....
                                                                             


Alhamdulillah, jika buah menjadi, adalah acara begini untuk saya dan rakan-rakan. Namun suasana meriah tidak setanding lima tahun lepas. . Hampir semua keluarga di lorong kami datang berkelah. Meriah sangat-sangat. Bila masa berlalu, suasana berubah, semangat bersama sudah luntur. Nilai persahabatan sudah jauh di belakang....Saya cuma dapat merindu sahaja tapi yang pasti tuan dusun tidak pernah berubah hati..itulah nilai mulia yang sukar kita cari sekarang ini. Harap tahun mendatang ada rezeki kami akan bersatu seperti dahulu kembali.
Selamat Berhari Minggu dan Happy Gardening!


32 comments:

  1. Subhanallah..seronoknya Kak Mala..haha baru nampak wajah Kak Mala..lawa lah..dan Kasih punya lah comel main air .. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ana...tu bukan KakMala..hahahaa...tu Mimi cucu tuan dusun...

      Delete
  2. Seronok tak terhingga kalau dapat masuk ke dusun.
    Bulan lepas kak zai masuk dusun dapat kumpulkan rambutan sampai 3 guni bawa balik ke KL.

    Comel cucu mala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang seronok ya Zai..tambah2 tengok buah duk tergentong-gentong...

      Delete
  3. Murah rezeki tuan punya dusun... tumpang seronok tengok foto-foto yg akak kongsikan.. berkelah dan mandi sungai .. terasa kesejukannya.. jamuan ikan bakar dan ulam fresh.. memang bertaut rapat ukhwah ni.. tahun ni meriah rambutan di rumah Bonda saya juga.. buahnya melesa ke tanah.. rambutan kuning dan merah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Satu lagi seronok ....pokok hoya punyalah banyak kat pokok-pokok cempedak

      Delete
  4. Wah.. seronoknya... geram tengok buah2 rambutan tu... merah2 semuanya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah farah. Itupun masa kak pergi rambutan dah nak habis pun..dah luruh-luruh...

      Delete
  5. Cantiknya buah rambutan? seronok petik buah bersama keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mesti seronok Carlz..ramai-ramai pula tu...

      Delete
  6. Seronok rama-ramai turun ke dusun kan.
    Pokok rambutan memang bahagia dengan cuaca tahun ini Kak Mala.
    Kami punya belum sempat luruh semua buah yang terlampau masak dah berbunga balik.
    Banyak pula pokok berbunga sekarang.
    Yang best tengah tunggu pulasan pula harap ada menjadi buahnya. Dah keluar kecik-kecik buahnya.
    Tahun lepas pulasa tak happy tak berbuah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah..dua kali berbuah tu..baguslah Diana. Tak putus dengan buah. Disini boleh kata dah habis musimnya. Kalau ada dijual pun rambutan dari luar...

      Delete
    2. Pokok rambutan banyak tumbuh sendiri.
      Yang terkejutnya cepat pula pokoknya membesar sekelip mata.
      Penat juga projek tahun ini banyak pruning rambutan, nak kasi lebih cerah kawasan baru boleh banyak menanam.

      Delete
  7. wah makan buah rambutan..bagus ni makab buah2an tempatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bagus Etuza...rambutan ni memang feveret kakak pun...

      Delete
  8. Masa kecik2 dulu masa arwah opah masih ada merasalah tiap tahun cuti sekolah balik kampong kedusun durian opah...

    Saudara lelaki merasa tuggu durian gugur malam2 didangau...siang hari orang perempuan massk pulut dan kuah durian makan ramai2...berkelah kat dangau...moment yang sangat menggamit nostagia lalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunda..saya ni berangan dah lama nak sebidang tanah nak buat dusun, nak tanam segala mala buah..ni dah sampai separuh abad belum tertunai lagi hajatnya...bilalah nak dapat ya...

      Delete
  9. Seronoknya ada dusun buah-buahan tepi sungai....macam di Kg Jahang Perak sahaja suasananya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suasana dusun kat kampung, selalunya sama ja kan Fida..

      Delete
  10. wah seronoknye! Dah lama saya tak meras asuasana macam nie! Memang beruntung Normala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang untung sangat Malar, dapat kekawan yang baik hati..boleh tumpang bersuka dekat dusun diaorang..

      Delete
  11. Masya-Allah bestnyaaa!
    Siapa tak suka kalau inilah suasananya
    Kasih juga beruntung kecik-kecik dah dpt melihat pokok buah-buah depan mata
    Masa kakak dulu kecik pokok baru di tanam. Bila dah besar sikit baru ada peluang ke dusun
    Seronok memang kalau dpt makan buah di bawah pokok. Lain nikmatnya tak sama makan di rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Zakie..itulah yang sebenarnya. Nikmat makan dan petik buah sendiri di dusun tak sama dengan yang kita beli atau makan kat rumah...

      Delete
  12. salams kak, ya allah seronoknyaaa berkelah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Miza...Kampung Miza kat belah sana mesti banyak dusun kann....

      Delete
  13. Subhanallah...
    kak mala yang paling mahal, sungai tu...mengalir tgh kebun...heaven!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut anak bongsu Tok, dulu2 semasa tanah tersebut masih sawah, lagilah cantik pemandangannya...

      Delete
  14. Senangnya hidup di desa, semua ada dan udara masih segar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Endah, kami yang tidak punya ini, cuma mampu menumpang kasih je...

      Delete
  15. aduhhh bestnya suasana...cakap kat nenek kita nk jadi cucu angkat boleh...?ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..InsyaAllah. Sebenarnya anak cucu Tok ni suka sangat merai tetamu. Kak pun dah rasa mcm sebahagian dari saudara mereka juga...

      Delete
  16. My favourite fruit - rambutan :P I want some. Enjoy the juicy sweet flesh. Yummy yummy!

    ReplyDelete