Monday 21 September 2015

Pray For Kaspin


Kaspin saya sedang sakit ...saya tahu dan saya dapat rasa. Menatang bagai anak sendiri, saya peka pada  perubahan yang berlaku pada dirinya. Memang sudah terasa kelainan sebulan ini namun saya tidak sangka rupanya ia membawa kepada petanda yang tidak di duga.

Oleh kerana  dia juga adalah sebahagian dari suka duka   di My Green Eyes ini maka saya harus paparkan keadaanya di sini. Tidak lalu makan, kurang aktif dan susut berat badan. Itulah yang saya nampak selama hampir sebulan. Memang hati tertanya-tanya tapi saya ingat biasa-biasa sahaja kerana dia masih kelihatan sihat, manja dan setiap malam tidur bersama.

Sehinggalah beberapa hari lepas saya perasan dia cuba beberapa kali kencing tapi tidak boleh. Tidak sedap hati tanpa berlengah terus bawa dia ke ke kelinik haiwan.  Malangnya kaunter ditutup 12.30 tengahari. Jumaat & Sabtu cuti pula. Kena tunggu Ahad. Down rasanya. Semalaman saya rasa resah. 

Balik rumah saya ikhtiar sendiri. Rebus daun pecah beling. Guna shrink masukkan air rebusan ke mulutnya. Kemudian adik di kampung maklumkan ada info guna air lobak putih. Malam-malam terpaksa beli di pasaraya. Lobak pun dah tidak segar..beli juga. Kelam kabut cari info di internet...berderet info keluar...separuh nyawa rasa sudah hilang...

Hari ini Ahad, saya bawa sekali lagi ke pejabat haiwan. Sah, batu karang. Ya Allah...sedihnya saya...tapi malang lagi, ubat habis..pegawai pula MC. Saya di syorkan oleh pembantu di situ beli di farmasi... cystone - ubat pecah batu karang...untuk manusia sebenarnya...

Masih tidak sedap hati lalu saya bawa ke veterina swasta pula. Tawakal saja kerana sudah tahu bayaran yang dikenakan adalah tinggi. RM500..ke ribu..jika sudah teruk, kata pembantu di situ. Setelah mendaftar, pemeriksaan pun dilakukan oleh doktor. Cek segala. Positif juga..Saya dibenarkan melihat sample air kecingnya di bawah mikroskop ..berselerak hablur kecil batu karang peringkat permulaan. Ini ubat yang di beri disamping satu suntikkan untuk meredakan bengkak pundi kencing.

Bilnya..syukur tidak mahal sangat. Makanan yang disyorkan..4 kilo RM100..namun saya memilih memberi ikan rebus dan nasi. Makanan kering lain tidak dibenarkan.

Petang ini Kaspin ikut saya ke tapak R&R. Masih letih, Baring-baring saja tepi abahnya..

Abah dan Kasih bawa Kaspin jalan-jalan dan rehat di padang..

Walaupun baru 2 tahun tapi Kasih cukup memahami Kaspin sakit...

Selesai sesi berjalan, makan rumput untuk muntahkan sisa kotoran didalam tubuh. Satu cara penyembuhan alami..

Malam...tersadai keletihan lagi ditempat kegemaraanya... tepi kerusi abah.

 Setiap kesempatan saya berdoa agar Tuhan sembuhkan penyakitnya. Mahu lihat dia sihat dan happy macam dulu...Dah lama tak tengok dia gurau-gurau macam ni dengan Kastih. 


Kawan-kawan tolong doakan untuk Kaspin kerana saya sangat sangat sangat sayangkannya. Tidak sanggup kehilangnannya. Walaupun dia kucing tapi dia tetap anak di mata dan di hati saya. 
       Anak  yang hadir untuk mengembirakan dan menceriakan kehidupan kami sekelurga. 
                                             Kasih Kaspin sepanjang hayat... 







22 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Mala,
    Kesiannya si Kaspin, teringat2 Julie kucing Julie namanya Opong, color pun sama,. Julie pernah dgr yg salah satu punca kenapa kucing kena batu karang adalah, bila kucing tu kerap diberi makan dry food, sebab dry food cat memang x bagus utk kucing kak, boleh buat kucing kena penyakit batu karang, mungkin jugalah Kaspin kena sebab faktor yg lain kot, sebab penyakit batu karang ni pun mmg common juga terjadi pada kucing2, kesian kan.. harap2 kakak bersabar & semoga Kaspin cepat sembuh..Amin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. As salam Julie..
      memang betul bukan saja info kat internet betul doktor pun ckap tak boleh makan friekies dan seumpamanya bila dah kena batu karang ni...Amin.

      Delete
  2. Bila sudah menjadi sebahagian ahli dlm keluarga sakit dia akan terasa kepada semua penghuni rumah. Kakak tengok masih gebu juga lain. Tapi Kak Mala tuannya mestilah dpt tangkap dan sah bila doktor dah inform. Kucing pun boleh kena baru karang juga kesiannya..

    Harap-harap usaha tuannya membuahkan hasil dan Kastih akan sihat dan ceria semula.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Zakie..sebab dia selalu gebu dan bersihlah yang buat kak endah tak endah pasal penyakitnya tu..sampai doktor pun heran mcmana kak boleh track dia sakit sebab luaran nampak mcm OK..bila periksa perut dia baru doktor tahu pundi kencing dia bengkak dan dia memang sakit...Kaspin ni pembersih. Gebu sepanjang masa sebab tu dia jadi kesukaan dikejiranan kak..

      Delete
  3. Hmm terasa sangat kasih sayang keluarga akak pada Kaspin.. semoga dia ceria semula

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Terima kasih Mar..memang buah hati keluarga ni...sepuluh hari kena makan ubat..pas tu kena follow up lagi.

      Delete
  4. sedihnya...kesian kaspin...dgn rawatan dan kasih sayang kak mala sekeluarga, kaspin akan cepat sembuh. In Shaa Allah. Aamiin

    ReplyDelete
  5. Hopefully kucing you sembuh cepat Normala! Get well soon Kaspin!

    ReplyDelete
  6. kak Zai baca nangis sebab teringat EP tintin. Walau kucing sayang macam manusia.
    Semoga kaspin cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
  7. kak Zai baca nangis sebab teringat EP tintin. Walau kucing sayang macam manusia.
    Semoga kaspin cepat sembuh dan sihat seperti sediakala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin.
      Sapa2 yang sayang kucing mcm anak memang tahulah bagaimana rasa didalam...
      Kak sampai sekarang baca kisah sedih binatang pun boleh ngalir airmata...

      Delete
  8. Salam Kak Mala,

    Ya Allah bergenang air mata saya baca post kakak kali ni. I feel you kakak.. Nanti bawa vet lagi tau.. pegi swasta tak apa bayar lebih sikit. So far tak pernah kena sampai 500. Paling banyak pun 200.. Semoga dia cepat sembut ya kak? In Shaa Allah... Nanti please update tentang Kaspin lagi ya. Ada perubahan atau tidak..

    Dear Kaspin, semoga awak cepat sembuh ya? Semoga terus memberi keriangan pada keluarga ini. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Thanks Honey..
      InsyaAllah kak akan update pasal kesihatan dia. Setakat hari ini Kaspin masih nampak letih cuma malam tadi dia nampak mcm happy sikit..masuk dalam kotak main2...

      Delete
  9. betul tu kak Mala..bila kita membela kucing..rasa kasih yg tertumpah bagaikan anak sendiri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la Kam..kadang2 duk terpikir juga kenapalah aku sayang dia ni macam anak sendiri. Padahal kucing pun...Sampai boleh buat kita ni murung seharian..hebatkan perasaan yang Allah Taala berikan...

      Delete
  10. Alahai kak mala...kesiannya dengar kisah si kaspin ni... macam mana rasanya kesakitannya untuk menahan sakit masa nak kencing tu yerkkk...tak dapat nak bayangkan...

    Bukan manusia jer yang mengidap batu karang....rupanya haiwan pun ada yerk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aidil Adha Bunda...
      Memang kucing boleh dapat semua jenispenyakit kronik yang dihidapi oleh manusia...obesiti la..jantung..buah pinggang..mcm2 lagi...sama dengan kita...

      Delete
  11. Salam AidilAdha.

    Maaf Zahir Batin.

    Selalunya kucing jantan memang lebih mudah dapat batu karang.
    Kucing-kucing kat rumah dulu kalau ada masalah kencing biasanya diorang nak tunjuk tuan dia tak sihat, selalu kencing dalam sinki.
    Jadi boleh nampak kencingnya tak sihat kekadang berdarah.
    Kena banyak bagi minum air, jika makan instant cat food.
    Salah satu penyebab mudah diorang batu karang, masin sangat.
    Pucuk muda pokok katak puru kasi lawas kencing.

    ReplyDelete
  12. Selamat menyambut Aidil Adha Diana..
    Terima kasih dengan petua..memang betul aritu Kaspin berbelas kali kencing tak keluar. Kesian...

    ReplyDelete