Sunday 25 October 2015

Kitchen Garden - Semuanya Ada...

Saya pernah terbaca komen dalam fb bertanya - berbaloikah jika kita menanam sendiri sayuran dan ulam dari membelinya di pasar atau kedai. Hurmmm...apa nak jawab...? Sudah tentu ada jawapan yang pro & contra bergantung kepada orang yang menjawabnya samada dia  suka berkebun atau tidak. Bagi saya pula,  sudah tentulah berbaloi tapi mesti kena tahu pokok apa  yang harus ditanam...
Cili saya dalam kenangan, baru mati setelah 4 tahun berbakti.

Tanaman seperti serai, lengkuas, pandan, kunyit, daun kari, cili padi, kesum dan limau purut perlu dan wajib ada di kebun dapur. Ini kerana tanaman ini  selalunya menjadi rencah/bumbu asas dalam masakan kita. Begitu juga dengan  ulaman seperti daun kaduk, ulam raja, cekur, selom semuanya boleh di tanam  dalam pasu sahaja.  Sekarang ini banyak nuseri menjual pokok herba, sayuran selain dari bunga dan buah. Jadi kalau malas menyemai boleh beli pokok segera. Malas ke nurseri boleh beli on line. Order hujung jari saja. Mudah. 

Dalam banyak-banyak sayuran, kucai adalah sayur yang paling berbaloi ditanam. Tidak cerewet, sangat lasak dan tahan lama. Kerat hari ini, esuk tumbuh balik. Sekali tanam seumur hidup boleh makan hasilnya.  Ini kucai saya sudah sebelas tahun, masih dalam bekas lama pun..Oh ya, seperkara lagi kitchen garden bukanlah harus seperti ladang tanaman. Serba sikit ada disekeliling sudah memadai. Kadang-kadang kita nak guna sehelai pandan untuk masak bubur tapi  tak bolehkan beli sehelai daunnya di kedai...

Selain sedap disayurkan, kucai selalu digunakan sebagai penyeri rasa dalam cucur & gorengan. Bihun goreng Singapore dengan kucai dan cili padi. Di petik dengan kuantiti yang bersesuai untuk makan bertiga. Sebenarnya saya ada banyak lagi tanaman sampingan. Semuanya ditanam dalam pasu. Akan saya paparkan nanti  mengikut kesesuaian.

Selain kucai, daun bawang dari bawang yang tumbuh adalah paling senang dan cepat untuk di tuai hasilnya. Tak berbaja pun dia tumbuh..Pada saya kebun dapur dapat menyelamatkan ringgit untuk jangka masa panjang dan yang penting rasa puas makan hasil air tangan sendiri. Untung sangat orang yang mempunyai ruang laman yang luas. Boleh taman apa saja yang mahu.

Sedikit kegunaan daun bawang untuk bubur nasi ..

Setelah tanaman wajib sudah berjaya di usahakan, barulah saya  menyelit sayuran lain yang mudah ditanam. Timun. Abaikan bentuknya yang kemetot. Tidak mencapai standard piawaian. Namun rasanya tetap ada disitu. Malahan lebih manis sebab di petik segar dari kebun..

Hasil kedua. Hasil pertama simpan buat benih.

Sebagai ulam dalam nasi lemak untuk sarapan pagi...saja saya hiaskan dengan sedikit gaya konon, sebagai penghargaan dan  terima kasih kerana berjaya memberikan  hasil. 

..rampai dalam gulai ikan untuk makan tengahari..

Saya juga tanam pokok kacang panjang. 

..hasil yang terpaksa dibahagi dua dengan Che Kam..

..buat kerabu campur dengan kacang parang pemberian jiran belakang rumah..

hirisan  bersama daun bawang

Saya campurkan dalam nasi goreng untuk makan malam.

 ..di sisipkan dengan timun sebagai ulam..


Walaupun  tak sempurna bentuk, Alhamdulillah  hasil tanaman kebun dapur saya sentiasa memberi rezeki bila diperlukan. Oleh itu kawan-kawan, mari kita mulakan dengan satu hari satu sayur. Ikut contoh kawan-kawan kita yang tinggal di flat berbelas tingkat. Salute pada mereka ini. Atas kayangan pun masih boleh menyemai dan menuai hasil. Ruang, tanah & masa bukanlah alasan lagi. 
Happy gardening & happy weekend. 





















42 comments:

  1. Your proposal of the dishes are so colorful and definitely tasty !!
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for your nice comments.I just cheer up my plants even the harvest are not perform well...

      Delete
  2. Assalam Sis..

    tanam sendiri mmg berbaloi2..contoh kalo masak untuk 2 orang... kalau nak buat tomyam, kene beli daun limau purut rm0.50 dah cam banyak sangat,,gunanya sekali jer...last2 yg lebih tu kering..so berbaloi2 kalo tanam sendiri..petik sendiri... jimat pun jimat..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul sangat tu Juls...nak guna sehelai dua ja tapi kat kedai mana boleh nak beli banyak tu. Simpan baki dlm peti ais lama2 buruk buang ja. Kalau tanam petik banyak mana nak..senang.

      Delete
  3. Betul kata mala tak rugi kita tanam sayur2an yang boleh digunakan selalu.

    kak Zai suka tengok cara mala membungkus nasi lemak kreatif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun pisang tu pun guna daun pisang kecil yang pokok pisang jantung bercolor tu...pokok pisang besar tak ada kat rumah. Saja nak berhias..hehhee..

      Delete
  4. Baca entri akak ni naik semangat pula nak menyemai sayur-sayuran semula... happy gardening kak.. suka timun tu menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Timun pun ketot Mar..sebiji je jadi cantik. Tak tahu silap kat mana, baja ke..air kurang ke tak tahu pula..tapi menjadi juga banyak biji..

      Delete
  5. alhamdulillah..merasa hasil tangan sendiri..
    betul tu kak mala..antara rajin dan tidak ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang Kam, kalau tak rajin..tak kan menjadi. Kak sekarang sampai dah lebam2 muka sebab duk ulang alik tengah panas duk pi tengok tapak R&R tepi rumah...

      Delete
  6. suka tengok tanaman akak...macam2 ada...
    nak masak tinggal petik je..jimat pun jimat kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang jimat kalau tanam ni Zie....nak guna anytime boleh petik..tambah2 waktu kecemasan..lagi berbaloi. Capai apa ada tepi rumah saja...

      Delete
  7. Assalamualaikum kak...
    betul tu kak... kat rumah saya,kesum,serai,pandan,kunyit dan cili wajib ada...suka tengok pokok timun tu... tak pernah cuba tanam pokok timun.. tapi,bila tengok timun akak tu... rasa nak mencuba juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Farah.
      Kak pun 1st time tanam timun. beli benih satu peket 0.80 sen je satu...beli kat kedai borong. Kalau kedai biasa atau pasaraya selalunya jual RM1.50 - 2.00

      Delete
  8. Suburnya... Semua yang dari kebun sendiri pastilah fresh dan sehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah tentu fresh sangat sayuran tanam sendiri ini Endah. Tak pernah diracun pun...

      Delete
  9. Assalamualaikum kak Mala,
    Wah bestnya ada pokok2 herba ni kan, jimat belanja skit bila nak memasak, Julie paling suka tanam bawang tu sebab paling mudah...cantik sungguh pic masakan kakak tu kreatif!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Julie.
      Daun bawang adalah satu2nya tanaman yang amat mudah ditanam walau tanpa tanah. Sekarang tengok ada orang tanam bawang letak dalam sarang telur saja...mudahkan...

      Delete
  10. Betul pada kakak setakat serai, kunyit, limau purut, kari yg tak perlu jaga kalau ada senang kita nak masak. Kakak tengok daun kucai Kak Mala terasa nak tanam jugalah. Dulu kakak pernah tanam tapi lama dah tak buat lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Daun kucai kak tu dah masuk sebelas tahun Zakie..bawa pindah dari rumah lama. Pasu dia pula ex boss yang bagi..pasu lagilah lama..zaman anak bongsu pun tak ada lagi. Pasu plastik keras tak pecah2. Anak bongsu pun dah 20 tahun.

      Delete
  11. Betul tu kak Mala...tanaman dapur ni perlu dan sangat berbaloi.....
    Sekurang2nyer ada pandan, serai, kunyit, cili dan daun kari...

    ReplyDelete
  12. Betul tu kak Mala...tanaman dapur ni perlu dan sangat berbaloi.....
    Sekurang2nyer ada pandan, serai, kunyit, cili dan daun kari...

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. memang berbalai ada sayur hasil kebun. selain jimat , pesticide free! ;) By the way, kucai tu tanam dari cuttings or benih?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tanam kucai dari pokok matang yang diberi oleh kawan. Setakat ini tak pernah jumpa benih kucai dijual dipasaraya tapi ada sebab tengok rakan fb semai kucai dari benih mungkin saya yang tak pernah jumpa. Kawan bagi seperdu kecil tapi lama kelamaan dia membiak banyak melalui bebawang kecilnya..

      Delete
  15. baru kaknoor nk tnya kucai ni tanam dgn apa
    tingin la nk tanam Mala

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nooriah, kak biasa tengok bunga kuchai yang dipunyai oleh jiran. Ada benih color hitam disitu tapi pokok kak walau dah belasan tahun umurnya belum pernah berbunga. Tak tahu kenapa. Pokok subur saja...agaknya kena pokok jantan kut..hehee...

      Delete
  16. Wonderful harvest and very pretty plate arrangements, Normala! I want to eat some of those nasi goreng. Yum, yum!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Plate arangements..heheehee...just give them a little make up...appreciate for harvesting.

      Delete
  17. yang ky perasan kan Mala..kucai ini tak membiak. ky tanam sepohon..bila potong dia tumbuh daun di tempat yg sama.ky tunggu dia beranak/biak..tapi tak juga.camne nak biakkan dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yon, Mungkin tanah terlalu liat, keras atau lama. kak selalu gembur dan tukar tanah bila dah lama. Selalu siram dengan air beras dan ikan. Cuba korek basuh ubi dia, pecahkan kepada beberapa bahagian dan tanam balik. Kalau tak makan pun daun kucai tu jangan biarkan ia lama didalam pasu, potong selalu dia makin subur. Kalau nak tanam semula mesti kerat daun sampai kepangkal. Jangan tanam sekali daun.

      Delete
    2. terimakasih Mala..
      akak memang tk gemborkan tanah sbb nmpk cam elok tanah dia peroi. baru lepas potong daun bolehlah akk pecahkan n try biakkan..

      Delete
  18. Bagus ayat akak tu....tidak capai saiz piawai tetapi rasanya ada di situ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyalah Fida, walaupun ketot tapi tetap sama rasanya mcm yang beli kat kedai..cuma tak syoklah sikit tengok rupa dia...hehee...

      Delete
  19. Rasa hasil dari kebun sendiri yang segar lebih baik dari kedai yang dah lama disimpan apatah lagi perjalanan nak bawanya ke situ.
    Hari tu singgah makan tengahari di warung dengan anak-anak sebab tak sempat nak masak, terdengar pula perbualan manager gerai ngan supplier ulam-ulamannya.
    Manager gerai tanya macam mana nampak kak punya sayur cantik-cantik je.
    Oh kena sembur racun gak sekali-kala (nak capai saiz piawai dan contest ratu cantik kut).
    Takut dengar 'ulam-ulaman kampung' yang nak cicah dengan sambal atau tempoyak pun kena spray.
    Tanam sendiri lebih selamat.
    Kalau nak beli sayur organik di kedai harga pun dah berlipat ganda.
    Berkebun adalah satu activity yang berbaloi, walaupun kekadang bila rasa hasil pun tak dapat, sebenarnya in terms of physical health exercise dah ada di situ.
    Cuma yang malas atau afraid to fail sahaja akan kata berkebun tak berbaloi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Diana, kalau ingat ke racun yang di sembur tu rasa macam tak mau nak beli sayur pun..tambah2 buah2an import. Untung sangat Diana rajin berkebun, bukan saja boleh makan sendiri sampai dah boleh buat pendapatan sendiri lagi..

      Delete
  20. Salam Kak Mala,

    Okay, saya lapar tgk semua kat atas tu!

    ReplyDelete
  21. Assalam.

    Bersemangat pulak nak tanam kat belakang rumah.. Thank you memberi inspirasi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Othman. Selamat berkebun. Sori lambat reply. Terlepas pandang

      Delete