Thursday 19 November 2015

Kitchen Garden: Roselle

Merupakan pokok buah yang mudah ditanam dan menjanjikan hasil walaupun tumbuh tanpa sebarang penjagaan. Tahan dalam sebarang cuaca. Nama botaninya ialah Hibiscus Sabdariffa L. 
Semasa kecil saya mengenali buah ini sebagai asam paya. Buah dan daunnya lebih kecil. Manakala kelopak kaliksnya kontot tidak panjang. Walaupun membesar di kampung tetapi saya tidak pernah lihat orang memanafaat pokok ini dari segi apa pun. Malah tumbuhan ini selalu ditafsir sebagai tumbuhan liar dan buahnya  tidak disukai mungkin kerana rasa masamnya. Di bawah ialah gambar asam paya kampung. 

Masuk tahun 80an, roselle telah diperkenalkan di kampung saya namun kami memanggilnya buah ribena. Pokoknya gaban besar. Nama roselle masa itu belum muncul. Ketika itu barulah tahu asam paya kampung  bersaudara dengan roselle. Pertama kali saya minum jus roselle  ialah pada umur 16 tahun. Pada waktu tersebut juga baru merasa asam pedas pucuk ribena dengan ikan puyu. Arwah mak masak.

Semenjak itu roselle di majukan oleh kementerian asas tani dan produknya di komersilkan dalam bidang pengindustrian   berasaskan  minuman, makanan sehinggalah ke produk kecantikkan, kesihatan, farmaseutikal juga industri ternakan, gentian dan kertas. Roselle juga terdiri dari beberapa variety dan bentuk. Gambar di atas menunujukan 3 siri bentuk buah roselle yang pernah saya tanam.   

Info baru bagi saya..roselle putih. Kawan post dalam fb. Ada juga roselle berbintik. Menariknya roselle putih dikatakan dapat mengurangkan obesiti ( Harian Kosmo ) Walaupun bermanafaat untuk penyembuhan pelbagai penyakit namun tanaman ini lebih popular dengan isian jusnya yang kaya dengan vitamin C, A dan zat  mineral.

Di rumah, roselle adalah tanaman tetap  kitchen garden. Sumber vitamin C yang paling murah dan segar. Lebih C dari citrus, anggur dan blackcurrent. Mmm...saya tidak boleh terlebih asam. Perut sensitif...tapi ada cara lain untuk menikmati rasa dan menghirup khasiatnya.

Saya buat kek roselle, buahnya tengah meranum. Terus terang cakap, saya  tidak mahir bab2 kek & pastri ni. Resepi pun adaptasi dari kek oren.

Bila siap, kek saya berubah warna. Coklat sebam kebiruan. Warna terbentuk  dari campuran kuning adunan tepung dan merah pati roselle. Hurmm...tak apalah, bukan nak masuk TV, masuk perut. 

Sesekali ambil pucuknya buat asam pedas dengan ikan. Boleh juga campurkan dalam tomyam, lemak cili padi atau sayur serai. Bagi yang rajin & kreatif boleh mencuba resepi baru. 

Beberapa hari lepas saya buat jem. Buah yang saya tanam kali ini jenis besar dan bersari. Kawan cakap roselle Morocco. 

Sedap makan panas-panas dengan lempeng..

Lebih simpan dalam botol. Boleh di makan dengan roti. Pokok ini juga sesuai ditanam dalam pasu. Dalam 3-5 bulan sudah boleh menuai buah. Sangat berbaloi untuk kesihatan sebab itu di beri jolokkan - pokok sekuntum bunga sejuta khasiat. Ayuh, mari memetik vitamin C dihujung jari.
Happy Gardening!




39 comments:

  1. sedapnyer..dah lama x makan ni..

    dulu masa kecik2 mak panggil buah tu buah "jem"..sbb x tau nama dia...heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. jem roselle ni makan dengan roti 4 segi @ cream crackers tu sedap...

      Delete
  2. seronok kak Mala bila dia mula berbuah, dulu ana ada benihnya selalu buat jus dan jem jugak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya bila buah banyak dan besar, pokok akan melentur cepat tumbang. Roselle sekarang dah lalui proses ubahsuai ..pokoknya lebih kecil dari pokok roselle yang mula2 arwah mak kak tanam dulu.

      Delete
  3. Dikampung kak Zai ada orang tanam cara meluas mungkin untuk dikomersialkan agaknya.
    Dulu orang tak tahu khasiatnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Terengganu banyak orang buka ladang roselle ni. Pernah tengok rencana kisah pokok ni, renek je..3 bulan dah berbuah

      Delete
  4. Assalamualaikum,
    Kalau masa kecik-kecik dulu di kampung, kami panggil buah ribena. Adalah seorang pakcik yang menanamnya, selalunya kami petik dan kunyah kelopaknya yang masam-masam tu. kadang-kadang pakcik tu rebus dengan air dan dimasukkan sedikit gula, lalu dihidangkan kepada kami, budak-budak yang bermain di halaman rumahnya. Masa tu tak tahu pun khasiatnya....
    ##entahlah pakcik masih ada atau tidak sekarang ni. semoga Allah merahmatinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kan Abu, dulu2 kat kampung kita panggil buah ribena...

      Delete
  5. Betullah Kak Mala masuk perut aje pun. Tapi mata kakak tengok tetap menggoda juga.Tak pernah pun terfikir nak buat kek roselle macam ini. Kreatiflah KakMala ni. Cara nak captured gambar itu yg kakak salute - cantik susunannya.

    Lama kakak tak buat jem roselle sebab yg banyak kat rumah bapak. Pokok kat rumah kakak dah tumbang terus tak ada lagi dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok roselle ni memang mudah tumbang, sebab batang kecil buah besar dari pangkal sampai kepucuk...
      Zakie..cerita sebenar pasal gambar, terpaksa kreatif sikit sebab lens camera ada masalah. Gambar pun tak sharp... bab ni kak sakit jiwa sikit. Gambar pun jadi tak clear...tepaksa crop gambar untuk sembunyikan kecacatan...

      Delete
  6. tk tau pulak roselle ni boleh buat kek biasa nya org buat minum ja kan Mala ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kek tu saya try aja Nooriah. Sebab saya suka roselle ni tapi tak boleh minum banyak perut saya sensitif asam. Roselle sekarang dah mcm2 produknya..

      Delete
  7. Ada kawan kat tempat lama dulu , tanam pokok roselle ni, membiak2...kawasan dahlah kecik...hingga tak termakan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KN. Saya ada 3 pokok pun dah tak termakan. Sedekah kat kawan2 juga.

      Delete
  8. Sedapnya lempeng cicah dengan jem roselle.....terasa-rasa di lidah dah ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena makan panas2. Sejuk tak sedap. Nak sedap lagi cair butter sikit. Wahh..

      Delete
  9. Roselle putih itu baru buat saya . Saya biasa minum roselle syrup dan tea. Kawan pernah share resep jam, tp belum pernah coba. Your pancakes looks so yummy!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Endah, roselle putih pun baru buat saya. Terbaca bila kawan posting dalam grup fb. Saya pun teringin nak cari benihnya.

      Delete
  10. Assalamualaikum kak Mala,
    nampak yummylah pankek yg kakak buat tu, resepi jem roselle ada tak? Benih roselle morocco tu nak skit boleh? Hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Julie. Nanti tolong pm alamat baru Julie ya..kak kirimkan

      Delete
  11. Salam..


    selalu beli je then baru rebus buat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Aziam. Thanks sudi melawat dan komen. Kak pun biasa makan yang beli punya.Sedap juga.

      Delete
  12. saya cuma pernah minum jus rossele ja...:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang bukan setakat makanan..dalam produk kesihatan dan kecantikkan pun dah guna roselle...nanti duk tunggu esen roselle pula..

      Delete
  13. Amboi kak.. mari memetik vit c dihujung jari ya... berminat juga dgn spesis morocco tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh Mar, nanti kak pos. PM alamat baru ya..

      Delete
  14. Anak-anak lebih gemar roselle jenis asam paya dari yang Syria/morocco punya sebab yg lebih kerinting tu lebih masam rasa berbanding asam paya bila buat air.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Diana..kak ni dah berpuluh tahun tengok asam paya kampung ni tapi tak pernah cuba makan pun...kat tempat kak masyarakat melayu Burma sangat suka tanam pokok ni.

      Delete
  15. Kakak sesaja dtg menjenguk
    Moga baik-baik semua adanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasik atas ingatan. Saya sihat2. Harap Zakie sekeluarga pun begitu juga. Selamat.

      Delete
  16. Those chubby fruits are tempting me to grab some from you haha... Btw your pancakes look like those from the restaurants. Very well made and I am sure your jam taste delicious as well :-)

    ReplyDelete
  17. Salam kak mala.nak Benin rosells sikit boleh?rosel Morocco

    ReplyDelete
  18. Says nur,nak benih rosel sikit boleh

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum. Saya dah tanam n dapat buat minuman, sedap.
    Tapi baru2 ni, 5 pokok daun jadi kering dan mati. Apa sebab nya dan apa ubat nya.
    Kamil Sani kamilsani@yahoo.com

    ReplyDelete