Monday, 2 November 2015

Senduduk/Keduduk - Melastoma Malabathricum

Pertama kali tengok keduduk blue velvet ini pada sekitar tahun  2005. Pokok ini dijadikan tanaman lanskap di apartment  kami bermalam semasa cuti bersama keluarga. Arwah emak masih ada waktu itu. Pertama kali tengok hati terus saja jatuh cinta...cantiknya...keduduk biru keungguan ....

Selepas itu saya mula tercari-cari pokok ini. Malangnya,   saya tidak pernah berjumpa keduduk hiasan ini  dijual di nursery setempat.

Tapi kalau keduduk hutan ini selalulah  ditemui di mana-mana. Terutamanya dalam semak atau dipinggiran hutan dan bukit. Saya rasa semua orang kenal dan pernah tengok pokok ini. Walaupun kelihatan terpinggir namun pokok ini bermanafaat dan mempunyai khasiat perubatan.

Keseluruhan pokoknya  bermula dari pucuk, batang, buah hinggalah ke akarnya semuanya berfungsi sebagai ejen penyembuhan. Daun, akar, batangnya  boleh dijadikan mandian  untuk wanita lepas bersalin dan juga diminum untuk memulihkan sistem dalaman peranakan dan juga buasir. Pucuknya yang muda boleh dijadikan ulam  untuk. cirit birit, Manakala daunnya yang kering boleh merawat keputihan jika direbus bersama dengan halia, bonglai  dan sedikit gula. Untuk menghilangkan kesan parut terutamanya cacar /campak giling akarnya bersama daun dan tampal dibahagian bermasalah. 

Ini buahnya yang matang. Masa mengambil gambar ini saya tercari-cari buah masak tetapi tidak berjumpa. Teringin nak makan semula. Sudah berpuluh tahun saya tidak menikmati rasa buah ini. Di katakan air perahan buahnya yang masak mampu melegakan luka yang berdarah. 

Kenangan terindah. Tersenyum bila dikenang. Makan buah masaknya masa zaman kecil dulu.  Inilah antara buah liar hutan yang menjadi makanan budak kampung sezaman saya. Berebut bila jumpa. Bukannya sedap sangat pun. Habis biru hitam gigi dan lidah.  Sebab warna tersebutlah keduduk mendapat nama botaninya iaitu melastoma yang bermaksud mulut hitam dalam bahasa Greek. Airnya yang bersifat kelat dan agak masam ini juga boleh dijadikan sebagai bahan pewarna.

Selain ungu dan biru, keduduk putih adalah satu-satunya bunga keduduk yang menjadi  buruan dan bernilai dipasaran satu masa dulu. Di buru bukan saja pada  nilai perubatannya, malahan pada aura dan mistiknya yang tersendiri. Banyak  terdengar mitos dan cerita misteri  mengenainya. Antara yang terkenal adalah pencarian untuk mendapatkan batu geliganya. Ramai orang percaya mereka akan mendapat harta karun jika tiba-tiba terjumpa pokok keduduk putih dalam hutan. 

Namun kini  keduduk putih sudah berlambak dipasaran. Sebenarnya tauke nurserilah yang kaya pun....hehee.. Begitu juga dengan keduduk blue velvet ini, Akhirnya tahun ini  bertemu dan  terbeli juga sepokok.

 Saya ingin bertanya, sebelum ini pernah ke tidak kawan-kawan memenafaatkan pokok ini untuk kesihatan. Secara jujur, saya tidak pernah....Seperti biasa fokus saya semata-mata pada kecantikkan. Adakah kita akan memilih alternatif ini bila terdesak cuma...Hurmmm...

Happy Gardening & Happy Weekend to all dear friends!






24 comments:

  1. daun senduduk pun salah satu ramuan untuk buat telor pindang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh terima kasih Yon, satu lagi tentang kegunaannya.

      Delete
  2. Dulu kat kampung kak Zai pun makan buah tu hitam gigi dibuatnya. Tak tahu pun boleh buat ubat segala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zai, kalau anak-anak kita sekarang jangankan nak makan..kenal pun tidak.

      Delete
  3. Assalamualaikum kak..
    dulu arwah nenek saya pernah cakap.. daunnya dilumatkan dan gosok pada kesan parut untuk menghilangkan kesan parut... saya belum pernah cuba memandangkan sekarang banyak farmasi yg jual penghilang kesan parut... tapi,bila difikirkan semula... cara ini lebih jimat dan mudah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam. Ya betul tu, itu yang kak lupa nak masukkan diatas. Kak pun ada terbaca info boleh menghilangkan parut.

      Delete
  4. 1. Kakak ingatkan yg dark maroon tu yg baisa. Tapi Kak Mala tunjuk lagi satu baru kakak tahu yg atas very rare dan cantik sangat.
    2. Yg liar light purple dan putih rumah kampung kakak memang banyak. Yelah siap kena buang sebab kacau pokok sayur yg kita tanam
    3. Tapi kakak masa kecik dulu arwah mak ada gunakan. Kalau luka terkena pisau (budak nakal biasalah hihi...) nanti mak kunyah tepek kat luka. Cepat baik tau. Dah tu masa kakak period (zaman remajalah). Nanti arwah mak cabut pokok yg putih. Cuci akar dan rebus. Masa dulu kita ni bila mak dah suakan minum ajelah. Tak tanya pun utk apa. Mak dah tak ada tak ada siapa yg ikut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie..bagusnya, bermakna Zakie dah lama guna 'produk' senduduk ni dari kecil lagi...Sekarang masih minum tak lagi air akar senduduk tu masa period. Kak rasa mak Zakie bijak jaga kesihatan dalaman badan.

      Delete
  5. ungu tu memang selalu ada, cuma yang putih tu agak rare kak mala .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang putih tu sekarang dah ada jual dinursery. Tapi kak tak rasa nak beli lagi..

      Delete
  6. Saya masa kecil2 dulu tinggal di Sabah....pastu ikut kawan2 masuk hutan....kami makan biji dia kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh..makan juga ya..hehhee..kak ingat bebudak zamanFida dah tak makan buah ni lagi...

      Delete
  7. Ermmmm selalu tumbuh nun jauh di sudut belakang tu tanpa dipedulikan.
    Bila Kak Mala cerita pasal khasiatnya nak kenalah simpan nanti terus extinct kan.
    Bila dah sakit barulah kita menggagau nak cari huhuhu....
    Memang mudah tumbuh merata.

    ReplyDelete
  8. Bagus cerita nie...saya suka makan buah senduduk yg masak..rasanya manis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dekat Kambatik Park mesti banyak kan Mud..

      Delete
  9. Tak tau pula senduduk ada buah dan boleh dimakan pula .. bunganya jadi mangsa main masak2.. saya pernah tengok chef dari perancis jadikan daunnya sebagai ramuan masakan.. daunnya direbus dahulu.. lupa pula nama chef tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramuan masakkan apa tu Mar..ni satu cerita baru juga..
      Mar mesti cuba makan buahnya...

      Delete
  10. Daun senduduk ini juga boleh digunakan utk hilangkan rasa pahit pada pucuk betik yang kita rebus utk buat ulam. Kakak memang tahu ini sebab org kampung katakan. Dari kecik dah selalu terdedah dgn pokok senduduk hutan. Yg cantik tu tak adalah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus..satu lagi info menarik untuk dikongsikan bersama. Thanks for sharing ya Zakie...

      Delete
  11. Memang cantek betul keduduk blue velvet tu...silap2 pandang dah macam bunga orkid pulak...

    Sebelum ni pernah tengok yang purple tu je...atas bukit depan rumah bunda dulu sda pokok senduduk ni...sejak dah ditebas bushes kat bukit oleh pekerja badaran, habis dah semuanya..

    Sebelum ni pun memang tahu senduduk putih lebih kepada perubatan....tapi tak pernah ambil tahu pun... mana tahu kalau suatu hari boleh dikormercialkan senduduk putih ni pasti ramai yang akan cari dan tanam kann...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulan KN..kita selalu anggap bushes kan..dalam hal ini nampaknya kawan kita Zakie yang paling maju kedepan...Dia dah guna sedari kecil...Ketinggalan sungguh rasanya!

      Delete
  12. So Normala, is it Tibouchina or Melastoma?

    ReplyDelete
  13. Hi Elsie,
    The kampung senduduk & the Tibouchina ( the dark blue + purple petal ) came from one family - Melastomaceae.
    Thanks for the info of Tibouchina.

    ReplyDelete