Friday, 18 December 2015

Allamanda Di Penghujung Tahun

Kebelakangan ini saya kurang posting kisah bunga kerana masa lebih banyak dihabiskan  berkebun sayur. Musim kering sudah terasa menghampiri. Bahang panasnya  membara disiang hari dan malamnya pula sudah terasa tiupan angin timur yang sejuk. Hujan pun makin mengurang. Saya sudah mulai membuat persiapan memindahkan pokok sedikit demi sedikit ketempat yang lebih redup. 

Tapi bunga Allamanda tidak mempunyai sebarang masalah dengan cuaca yang panas terik kerana untuk berbunga lebat ia perlukan sinaran matahari penuh. Di kenali juga dengan bunga terompet atau loceng. Ini jenis Allamanda Blancetti - Cherry Jubilee

Allamanda mini jenis bunga kecil. Warna kuning pun ada juga dari jenis ini. 

Biasanya Allamanda ditanam dengan batang tapi mungkin tak ramai yang tahu pokok ini juga berbuah dan boleh disemai melalui benihnya yang cantik ini. Saya pernah ceritakan  kisahnya disini dulu. 

Setakat ini saya cuma mempunyai empat jenis warna sahaja. Ini warna kuning peach kecoklatan - Allamanda Chocolate.

Jaluran warna coklat jelas kelihatan dari belakang kelopak bunga.

Warna lembut ini pula  hasil dari cross pollination warna marroon di atas. Terhasil dari pokok yang sama. Pokok dari kampung saya yang ditanam oleh adik. Saya ambil batang dan tanam dirumah. Masih keluar warna yang pudar juga - Allamanda Cream

Warna yang biasa kita lihat dimana-mana dan selalunya menjadi pilihan landskap. Allamanda kuning  ini membesar semula dari sisa tunggul di homestay. Berkat penyewa baru yang mesra bunga, pokok ini kembali subur. Namun Alamanda kuning jenis Cathartica  mempunyai cerita yang cukup popular dan viral  sedikit masa lalu di negara kita. Dikatakan dapat menyembuh pelbagai penyakit kronik. Ceritanya disini

Allamanda  sangat berbaloi ditanam kerana tidak payah dimanja dan dibaja setelah membesar. Ini gambar dua bulan lepas. Berbunga pertama kali selepas prunning

Terkini, sekejab saja meninggi semula. Saya memang suka sangat dengan Allamada ini sebab bunganya besar dan cukup menyerikan taman. Namun ada lagi warna-warna yang saya belum miliki..

Warna putih ( Allamanda Alba ) dan merah. Cantikkan...dimana ada jual?

Juga yang jenis dari double petal. Setakat ini saya cuma pernah lihat gambar warna kuning - Allamnda Williamsii dan putih sahaja. Warna lain yang double petal belum lagi saya temui. Kalau terjumpa ni harus beli...

Ok kawan-kawan happy gardening!




33 comments:

  1. Kakak memang kagumlah dgn Kak Mala ni. Dari tunggul pun boleh subur jadinya. Rasa kakak tak lama lagi semua warna ni akan ada di laman Kak Mala. Kakak yg biasa nampak warna kuning aje. Tengok yg merah, pink dan putih ni menarik sangatlah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 dapatlah semua color yang dihajati...InsyaAllah.

      Delete
  2. kak Zai suka tengok gambar yang paling atas tu bunganya cantik Dan lebat. Nanti nak kena cari pokok bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini antara pokok yang tahan panas, meriah berbunga dan low maintenance.

      Delete
  3. Hi Normala, your Allamandas are lovely and healthy. I have all the colours too and I love them as they flower non-stop.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Elsie, The flower are none stop and so cheerful!

      Delete
  4. Alamanda ni memang lebih ceria berbunga jika banyak ciuman dari matahari.
    Memang cepat sungguh merimbun pokoknya apabila diberikan hard-pruning.
    Kat tempat kami ni hujan banyak Kak Mala, malam-malam tak lena tidur takut banjir kilat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini dah perit panasnya Diana. Kak pun dah stop tanam & beli bunga kejab...

      Delete
  5. Subhanallah, sungguh indah warna warni alamanda ini. saya sangat ingin menanamnya. Smoga suatu saat bisa terwujud.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Endah, harap satu hari bisa terjumpa dan menanamnya.

      Delete
  6. Assalamualaikum,
    Naif betul saya dengan pepokok bunga..Bunga Alamanda baru la ni dengar. yang warna kuning tu biasa sangat tengok, tapi tak tahu apa namanya. Rpa-rupanya alamanda. Terima kasih info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang warna kuning tu dari dulu kala dah biasa tengok kan Abu..banyak ada tanam dalam kampung dan kat landskape.

      Delete
  7. semenjak pokok rose ky habis mati..tengah tercari2 pokok bunga apa yg sesuai tanpa penjagaan rapi..nmpk gaya alamanda salah satu pilihan akak..catik bunganya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eluk tu Yon. Tanam pokok rose tambah2 yang luar punya cukup2 menguji kesabaran. Tanam Allamanda ni senang..tak payah duk baja2 pun sangat. Sekali dah berbunga ha..tengoklah nanti. Janji ada panas dan cukup air dah..

      Delete
    2. Mala..kalau ada benihnya jual ke ky lah..

      Delete
  8. Kalau tak salah arwah mak bunda dulu ada tanam pokok alamanda ni... tak salah pokok nyer tinggi dan bunganya lebih besar dari bunga terompet kuning yang biasa tu kan...

    Memang cantik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KN Allamanda jenis ni memang besar bunganya..

      Delete
  9. Assalamualaikum...allamanda sekarang dah bermacam warna.....dahulu warna kuning sahaja menghias jalan2....kini yang jumpa pun dah terbiar tidak terbela kebanyakkannya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam..Fida,
      Pokok apa pun kalau dah banyak memang kita selalu biarkan. Tapi bila dah pupus baru kelam kabut nak cari..kak selalulah terjadi macam tu...

      Delete
  10. teringat zaman kecik2 dulu... ambik putik bunga yg belum kembang..koyakkan bahagian depannya..sarung kat jari... pastu kejar sepupu2.... main hantu2 konon... hahaha.. tapi dulu yg wrna kuning je senang nak jumpa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Farah,
      Dulu2 kita tengok warna kuning saja...

      Delete
  11. Cantik alamanda yang Normala ada! Alamanda manghasilkan benih? Ingatkan tanam batang je.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tanam benih. Benih dia pun dalam satu pod berbelas - berpuluh biji ada. Boleh kata semua hidup bila kita semai. Tapi sepanjang tanam Alamanda ni pokok saya baru berbuah sebiji saja...

      Delete
  12. Pokok alamanda ni klu kita pangkas x mati ke.. Pasal sy Kira nak pangkas sebab pokoknya tinggi sang at..

    ReplyDelete
  13. Pokok alamanda ni klu kita pangkas x mati ke.. Pasal sy Kira nak pangkas sebab pokoknya tinggi sang at..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf mis looking pula..apapun thanks sudi lawat disini.
      Kak pernah tebang sampai rapat kebawah, tunggul dia tumbuh pucuk dan membesar kembali. Apa pun better pangkas sekerat pokok saja. nanti dia rinbum balik. Pokok ni susah nak mati..tapi kalau nak pangkas eluk pada musim hujan atau kena raun siram la kalau di musim kering ni..

      Delete
  14. Singgah sekejap terus xmo balik..terpikstvterus ngan bung dan kucing..nnti nekcik singgah selalu ye

    ReplyDelete
  15. Singgah sekejap terus xmo balik..terpikstvterus ngan bung dan kucing..nnti nekcik singgah selalu ye

    ReplyDelete
  16. salam,
    Cantiknya allamanda puan. Boleh jual keratan pada saya? Saya berkenan warna pink, cream dan coklat tu.

    ReplyDelete
  17. Salam.. puan boleh sy beli keratan batang pokok bunga alamanda kuning.? Ni no. Sy 0134215763. Coz teringin sgt nak ada bunga alamnda kuning.

    ReplyDelete
  18. salam sis...boleh x nk mintak sikit jer keratan alamanda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Tinggalkan alamat dan no talipon. Nanti kak boleh wassup. Bulan Dec ni kak nak potong sampai kepangkal sebab nak buat pagar baru.

      Delete