Tuesday, 8 December 2015

Galak Kucing - Doa dan Penyembuhan Yang berjaya

Buat kawan-kawan,  ini sambungan dari posting kisah pokok galak kucing pada 1 Desember baru-baru ini. Boleh dikatkan ini adalah testimoni sebenar dan berlaku tanpa di duga. Testimoni yang mengukuhkan lagi bahawa pokok ini memang mujarab sebagai ubat kucing diwaktu kecemasan. 
Kejadian 2hb December. Saya terjumpa seekor anak kucing stray cat terbaring dibelakang rumah . Mula-mula ingat dia saja berbaring tapi sampai matahari sudah terik dia masih disitu, lalu saya menghampiri. Tengok-tengok sudah nazar benar. Mata sudah blur dan terbuka luas.

Saya cepat-cepat bawa dia ketempat teduh. Beberapa kali dia menarik nyawa sampai terpusing kaki dan kepala. Suara keluar perlahan macam suara kena cekik. Kesian ada takut pun ada bila tengok. Mulutnya berbau busuk amat. Beberapa ekor lalat langau sudah meronda ditepi. Dalam kelam kabut itulah saya teringat sisa daun galak kucing yang saya ambil kelmarin. Masih ada diluar. Saya ramas-ramas daun dan pokok tu kemudian tabur seluruh tubuh kejang dia. Cuba saja, mana tahu berhasil



Saya cuba titis air  kemulutnya yang terkatup rapat.  Dia kejang lagi. Ya Allah..kesiannya. Berkali-kali saya cuba nak videokan tapi tak jadi pula nak teruskan. Rasa kejam.  Saya tutup phone



Dalam hati berdoa, Ya Tuhan....selamatkan lah anak kucing ni. Saya angkat dia masukkan dalam bakul bersama sisa daun dan bawa masuk kedapur rumah. Saya selimutkan dia dan Biarlah dia mati dengan aman disitu. Tak mahu tengok dah...biarlah. Saya dah tolong setakat termampu...


Tapi kuasa Tuhan....tidak dapat menduga. Senja, balik dari beli barang, saya terus kedapur. Tengok2..ya Rabbi, KEAJAIBAN....dia dah sedar. Sudah bangun duduk pun. Saya jadi gabra lagi. Menjerit-jerit. Cari phone ambil gambar. Bateri pula kong..Tak dapat juga...


 Pukul 7.45pm. Sudah sedar, kelihatan sihat dan mata nampak bercahaya. Alhamdulillah. Malam saya tak sabar cek balik hanphone. Agak frust...Kalaulah saya tahu dia akan hidup, tentu saya sudah videokan secara terperinci. Ini video saya semuanya terbantut. Gambar dia tarik kejang kaki dan badan pun tak lekat. Tapi tak apa, syukur kepada Tuhan dia selamat. Doa saya dikabulkan. Berkesan juga daun ini rupanya.

Esuk pagi, saya buat keputusan nak lepaskan dia diluar semula. Buka pintu dapur saya nampak seekor ibu kucing merenung saya. Saya ambil anak kucing tersebut dan cuba letak ditepinya. Ohh...rupa2nya ibu sikecil..Tengok dia terus hisap susu. Mmm..sesiapa yang bela banyak kucing, eluklah cari pokok ni tanam sepokok dua, untuk waktu kecemasan begini.



33 comments:

  1. SubhanAllah, ajaibnya kuasa Allah SWT.

    Syukurlah anak kucing itu kembali pulih dan dapat bertemu ibunya. Besar jasa Normala terhadapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Kakcik Nur, disekeliling kita banyak ubat dan penawar tapi kita tidak pernah ambil pusing dan ambil berat mcm orang dulu-dulu. Ya lah hospital kan adaa..selalu lupa pepatah lama: tiada rotan akar pun berguna...

      Delete
  2. Wow! SO touching & feel micracle! My bulu roma berdiri reading this Kak Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Olive...saya terpikir, tak adakah orang dari universiti mana2 nak buat kajian tentang pokok ini...

      Delete
  3. Subhanallah Kak Mala, ana baru sahaja kebumikan anak kucing beberapa hari lepas, macam ni lah situasinya. meronta-meraung seolah kesakitan dan ana hanya mampu meletakkannya dalam sangkar dan teduhkan, supaya dia pergi dengan tenang, anak-anak menangis masing-masing . ALLLAHU AKBAR, dengan izinNya ye kak, kembali sembuh, di mana agaknya ana nak dapatkan benih pokok ni di sini.. nak cuba menanamnya mana tahu dengan izinNya boleh bermanfaat buat anak-anak kucing yang sering singgah makan. Ana selitkan sebuah entri khas buat Kak Mala di sini anajingga.com ( entri schedule esok 9/12 jam 10.00 pagi kisah bunga keembung )

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ana tolong promote.
      Nanti kak cari benihnya. Sekarang disini dah masuk musim kering. Nak kena simpan biji benih pokok ni..takut pupus pula.

      Delete
  4. Subhanallah... alhamdulillah... harap anak kucing tu terus sehat lepas ni yer kak mala... nasib baik kak mala yang nampak dan cepat bertindak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN...sayakan dari dulu selalu tertanya..kenapalah aku yang selalu terjumpa dgn benda2 mcm ni..saya tak mau sebenarnya terjumpa atau hadapi benda2 sakit yang begini..sakit jiwa tengok tambahan kalau kita tak dapat menolong, kesannya mendalam. Asyik teringat. Tapi pikir2 balik..redha saja.Setiap yang terjadi ada sebab dan musababnya..

      Delete
  5. Apa yg pasti malaikat Allah dah melihat setiap gerak dan perlakuan yg Kak Mala dah buat bagi memberi kesembuhan pada anak kucing itu. Usaha yg diberkati membuahkan satu hasil yg kita rasa miracle tapi hakikatnya itulah..

    Kakak memang nak cuba carilah pokok ini bila balik kg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni selalu tumbuh dalam kampung atau tepi2 jalan saja..cuba tanya orang kampung tengok..dia ni ada biji benih.

      Delete
  6. Salam Kak Mala,

    Ya Allah.. nak menangis saya baca post akak kali ni dah lah saya ni jenis lembut hati dengan kucing. Alahmdulillah dia dapat hidup lagi. Saya kena cari lah pokok ni. Tak mau lagi kehilangan kucing kesayangan. Sekarang Ben pun tengah selesema dah dua minggu. Dua minggu lepas dah bawa ke klinik and ubat klinik pun dah habis. Sekarang ni saya kurung dia di rumah saja. Tak nak bagi keluar sebab takut lebih teruk sebab takut ada kucing lain yang selesema. Lagipun sekarang musim hujan jadi biar dia duduk dalam rumah at least panas sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat sini pun kak tengok banyak stray cats yang dapat selsema. Baru-baru ni Kastih selsema tapi dah sembuh. Sekarang Kaspin pula batuk2. Tak pernah tengok dia batuk pun. Mungkin jangkit dari Kastih kut. Tapi itulah Kaspin tak suka lansung dgn pokok galak kucing. itu yang kak heran...

      Delete
    2. Oh ada juga kucing yg immune dengan penggalak kucing ni.

      Delete
    3. Dia sekor je Diana, kucing lain semua suka...

      Delete
  7. SubhanAllah...keajaiban dengan usaha mala ianya sembuh. Kalau pergi nursery kak Zai nak cari pokok ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu kat nursery pokok misai kucing ada jual. Galak kucing ni kategori rumpai jadi tak pasti pula orang nak jual

      Delete
  8. Hope the cats are running about now, Normala. The Acalypha indica plant, what a wonderful plant to have :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph, sometime we forget about the healing weed. Just around the corner.

      Delete
  9. ya allah kak, kuasa allah swt ajaibnyaaaa
    sebak saya membacanya
    saya sampai skrg tak tau pokok tu macamana,a da jual ke kak kat nesery?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasanya tak ada kut, sebab dia ni jenis rumpai. Cuba masuk kampung tanya orang, mesti dapat.

      Delete
  10. Banyak pahala Kak Mala dapat bantu anak kucing tu.
    Rumah tengah riuh tiap malam ni lebih 5 ekor jantan nakkan kucing dara panther Tukang Kebun.
    Nasib tak de sangat galak kucing ni nanti makin galak pula kihkihkih....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok ni kita kena cabut bagi kat diaorang. Kalau tak memang kucing2 ni tak mencari pun..
      Eluklah tu Diana, kalau tidak jenuh nak kepung si Panther tu..

      Delete
  11. Subhanaallah..begitulah bila Allah berkehendakan ianya terjadi.setiap tumbuhan Allah jadikan utk menafaat makhloknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yon, setiap sesuatu yang dijadikan olehNya ada manafaatnya yang tersendiri.

      Delete
  12. Kalau cerita kat bapak ni mau dia gi bertanya kat peniaga pekan minggu ysng menjual anak2 pokok tu agaknyer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. KN pokok ni sejenis rumpai..tumbuh sendiri...rasanya susah org nak jual.

      Delete
    2. Kak Mala, comey kucing kesayangan bapak kini sedang sugul, dah kurus dah. Bapak cakap sakit kot, dah bape hari dah tak nak makan... bapak bagi nasi n ikan rebus macam biasa tak nak makan...termenung jer, tak aktif macam selalu..

      Kesian bapak, nsmpak sangat susah hatinyer mengenangkan si comey... tiba2 bunda teringat kan entri k.maka tentang herba galak kucing ni... bunda suruh bapak tanya kat peniaga pokok yang bapak selalu beli tu... bapak macsm pelik jer..dia tak pernah tau dan dengar pun pokok ni.. bunda ada lah cerita sikit tentang khasiatnyer utk kucing...

      Pastu bapak tanya "mana kamu tahu?" .. "orang ada baca kat internet", "kot takder orang jual jer" "bapak cuba lah cari n bertanya kat peniaga tu, kot dia tau"... tengoklah macam ne nanti... esok bunda dah nak balik KL..

      Delete
    3. Kak Mala, comey kucing kesayangan bapak kini sedang sugul, dah kurus dah. Bapak cakap sakit kot, dah bape hari dah tak nak makan... bapak bagi nasi n ikan rebus macam biasa tak nak makan...termenung jer, tak aktif macam selalu..

      Kesian bapak, nsmpak sangat susah hatinyer mengenangkan si comey... tiba2 bunda teringat kan entri k.maka tentang herba galak kucing ni... bunda suruh bapak tanya kat peniaga pokok yang bapak selalu beli tu... bapak macsm pelik jer..dia tak pernah tau dan dengar pun pokok ni.. bunda ada lah cerita sikit tentang khasiatnyer utk kucing...

      Pastu bapak tanya "mana kamu tahu?" .. "orang ada baca kat internet", "kot takder orang jual jer" "bapak cuba lah cari n bertanya kat peniaga tu, kot dia tau"... tengoklah macam ne nanti... esok bunda dah nak balik KL..

      Delete
    4. selalunya orang tak jual pokok ni..kategori rumpai ja...cuba try minum air kelapa tengok..

      Delete
  13. Alhamdulillah syukur.. dan pasti ibu kucing tu juga mendoakan untuk kak Mala.. Moga anak kucing tersebut kembali cergas dan sihat hendakNYA.

    ReplyDelete
  14. Nor..nekcik haritu bli kt pets shop..jenis rumput..bli biji..semai lalang tu tumbuhnya tapi kucing xmo pon....pokok galak iucing ni mmg tumbuh liar gitu ye..ada gambar besr tsk

    ReplyDelete
  15. Nor..nekcik haritu bli kt pets shop..jenis rumput..bli biji..semai lalang tu tumbuhnya tapi kucing xmo pon....pokok galak iucing ni mmg tumbuh liar gitu ye..ada gambar besr tsk

    ReplyDelete