Tuesday, 1 December 2015

Pokok Kucing Galak - Acalypha Indica

Terlebih dulu mari kita tengok ragam-ragam kucing yang di beri pokok ini oleh saya pagi ini. 

Secara otomatik semuanya terangsang dan terhidu-hidu tempat dimana pokok ini di campak.  Lucu melihat gelagat stray cats ni.  Ada yang menggeselkan badan ke tanah. Memeluk pokok tersebut sambil berbaring,  berguling-guling dan menggigit akar dan daunnya. 

Malangnya hari ini kucing betina yang nampak sangat tergoda. Manakala beberapa ekor kucing jantan memerhati dari jauh sahaja. Mungkin kerana abang long kawasan ada disitu.

 Gelagat Kastih pagi ini. Bila-bila masa dia yang terlebih galak. Saya cuba ramas daun dan cium baunya. Sebiji bau daun cekur manis/asin-asin. Akarnya pula tiada aroma yang memikat. Deria manusia mungkin berbeza. Apa yang membuat kucing-kucing sangat suka kepada pokok ini...apakah keistimewaannya ? 

Ini dia pokok galak kucing. Nama lain Ceka/Cika Mas, Lis-Lis, Anting-Anting. Selalunya tumbuh  liar di kawasan tepian rumah atau tepi longkang. Berasal dari India pokok ini sememangnya sangat sinonim sebagai 'ubat' atau 'salad' untuk merawat kucing.

Secara alami akar dan daun pokok ini dapat menyembuhkan penyakit dan menyihatkan sistem dalaman badan mereka. Paling menarik sudah tentunya ia dikatakan dapat meransang tenaga dan meningkatkan stamina mereka semasa 'berjuang.' macam dalam gambar - Kastih dan kucing jantan yang lain tengah beradu nasib merebut si Hitam. 

Ini bahagian akarnya. Selain daun akarnya juga mujarab untuk dijadikan penawar. Dikatakan seluruh bahagian pokok ini mempunyai khasiat bukan sahaja untuk kucing tapi juga manusia...Sebenarnya dinegara sebelah Afrika dan India, pokok ini termasuk juga dalam senarai herba dan digunakan secara tradisi untuk tujuan memuntahkan, merawat  mata, ulser, penyakit kulit, athma, lawas kencing, buah pnggang, bronkitis, cacing dan sakit perut. 

Di Malaysia, saya tidak tahu sejauh mana keterlibatan masyarakat terhadap penggunaan pokok ini walaupun ada kalangan orang-orang tua yang mengamal meminum air pokok ini bagi tujuan rawatan tertentu. Saya sendiri pun cuma tahu pokok ini hanya untuk kucing sahaja.

Sebelum ini ada juga terpikir, kalau manusia boleh makan, tidakkah nanti dia juga bertenaga dan galak  seperti kucing? Rupa-rupanya ada info yang menyokong pendapat ini, walaupun tidak disahkan secara saintifik, dikatakan ia juga dapat meransang tenaga batin bagi  si pengamalnya. Namun pokok ini juga dikatakan mengandungi bahan beracun. Pengambilan yang tidak terkawal akan memudaratkan.

Agak menarik, sudah ada kopi galak kucing segera di pasaran. Banyak di jual di sebelah Kelantan & Terengganu. Siapa pernah mencuba? Boleh tak kongsi bagaimana kesannya...( gambar ehsan google )

Tengok kapsul kucing galak pun ada juga...keluaran oleh syarikat Zarina Zainuddin. Artis pun pakai ni...siapa ada makan...? Galak tak?

Saya, tak terasa pun nak mencuba kapsul dan kopi di atas. Tak berani lah pula nak buat eksperimen untuk diri sendiri...Takut abang lari malam pula.... 

Biarlah kucing saya saja yang menikmati nya. Kastih dalam mood gila betina. Serabai dan kotor. Kalau ditanya, mungkin jawab Kastih  ..' biarlah rahsia...'

Hurmmm...orang kita sangat obses dengan hal-hal batin ni. Saya ingat masyarakat kita tak tahu rupa-rupanya saya yang ketinggalan.  Sudah ada produk pun....siapa antara kita yang pernah melihat atau mencubanya? 
Kawan-kawan please share...






32 comments:

  1. haha lucu pulak Kak Mala tengok aksi2 menggoda kucing2 comel ni... macam pernah ana lihat tapi tak pasti betul ke tidak..pertama kali tahu fakta menarik ni, terima kasih Kak Mala berkongsi ilmu disini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau tengok gelagat depa kat luar lagi lucu..terlupa pula nak videokan..

      Delete
  2. Hihi... Kak Mala ni buat kakak senyum sendiri tau baca perihal pokok ini. Sebenarnya kakak masih terfikir-fikir macam pernah nampak tapi bila tengok bunga dia macam tak pernah jumpa. Kalau ada nak juga bagi kat kucing-kucing belaan anak dara kakak tu..

    Kastih ni memang comellah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie...ni nak cerita. Tengahari tadi jumpa anak kucing terlentang duk tarik nafas dah nazak belakang rumah. Mata pun dah blur. Tak tau pasai apa..kak ambil letak tepi, tak tau nak buat apa. Sedih ada takut ada tengok dia duk tarik nafas sampai terpusing pusing badan dan kepala. Dalam tak tentu arah tu kak ambil sisa pokok galak kucing yg semalam, ramas2 daun dia letak tepi hidung dan badan dia. Sampai kepetang dia duk tarik nafas, mulut dia busuk mcm kucing nak mati. Bagi dia 2,3 titik air masak. Kak rasa memang 100% dia mati. Pukul 7.45 balik dari beli barang, tengok2 dia dah bangun duduk mata dah ada sinar. Subhanallah...kuasa tuhan, agaknya betul lah pokok ni mujarab untuk kucing. Sayang dah lepas posting baru situasi ni berlaku..

      Delete
    2. betul Diana, kak betul2 tak pikir anak kucing tu nak hidup. Sebab mata dia terbuntang tak bercahaya lansung. Ambil gambar pun dgn hdphone saja. Blur..sempat video sikit dia duk tarik nyawa pastu tak sampai hati terus tutup..

      Delete
    3. Kalau kakak balik kampung kakak nak cuba tunjuk bapak kakaklah mana tahu ada kat kebun bapak boleh ambil tanam kat kawasan rumah. Bagus tu Kak Mala. Yelah kita kena usaha - ada idea pulak Kak Mala on the spot bagi kat kucing nazak tu. Memang nak panjang umur kucing itu kan.

      Delete
  3. hahaha.. lucu tengok kucing2 tu semua.. comel sangat... saya pernah tengok pokok ni.. tepi2 jalan je selalunya... tapi tak tahu pulak menjadikan si comel seperti di atas... hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau bela kucing eluk ada pokok ni kat rumah Farah..

      Delete
  4. Good one! baru tahu ada kopi & produk ubat from this herb!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, Olive saya pun tidak tahu sebenarnya. Waktu nak posting cerita ni, google2 info. itu yang terjumpa dengan produk ni...

      Delete
  5. hahahaha..lain macam pulak entry mala kali ni. ky pun nak gelak tengok gelagat kucing2 tu. masyarakat kita memang obses tentang batin2 ni. rumahtangga boleh runtuh di sebabkan perkara2 mcmni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa..Yon..memanglah. Kak pun rasa lain macam juga. Eh, betul kah ayat aku ni...Tapi itulah semuanya secara spontan dan berkait rapat. Kak kalau boleh mesti nak cuba dulu herba2 ni sebelum posting. Tapi fikir2...tak berani lah pula nak rebus air dia minum macam info di google...buat overdose ke apa..nayakan...lagipun tak jumpa pun testimoni orang yang amalkan air ni berterusan...cuma sebaran maklumat je...

      Delete
  6. salam kenal..

    hebat kot ubat tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Azian. Salam kenal & ukhwah dari kakak juga.
      Tak tahu lah hebat ke tidak. Tak pernah jumpa pun testimoninya. Kalau hebatpun tak ada apa nak buat tua2 ni Yan..hehhee...

      Delete
  7. Assalam Kak .. entri yang buat saya terkikih kikih gelak... tak berapa cam pokok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu tumbuh merata Mar. Celah2 simen pun dia tumbuh. Mungkin kawasan Mar pokok ni tak ada kut...

      Delete
  8. Salam Bahagia Kak Mala.

    Diana pun tak berani nak experiment kat diri sendiri hehehe...

    ReplyDelete
  9. Senyum kambing kak Zai dibuatnya agaknya sesuai tak bagi yang dah hampir senja hihi...

    Pernah juga tengok tapi tak tahu ada khasiat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Zai...dah terserempak dengan produk ni yg kebetulan berkaitan dgn entry kali ni, posting saja...tak ada hari nak mencubanya...

      Delete
  10. Assalamualaikum,
    o macam ni rupa pokok kucing galak. Biasa dengar namanya api tak pernah tengok. Sangat sesuai dengan namanya sebab tu kucing jadi galak, agaknya la.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam.
      Ya la..org dulu2 yang bg nama ni..

      Delete
  11. Salam Kak Mala,

    Haritu kastih yang sakit kan? Sihat dah dia..alhamdulillah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sihat Honey tapi dah jadi anak teruna ni, mana melekat kat rumah. Asyik menggila je kerjanya. Balik rumah pun nak makan je..

      Delete
  12. slmt malam Mala
    kaknoor ada kucing di rumah kalau dpt pokok ni best jugak mana tau trjadi sesuatu mcm anak kucing yg Mala cerita tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Nooriah, kadang2 kalau jadi waktu cuti, vet tutup ke, kalau ada pokok ni boleh juga ikhtiarkan..

      Delete
  13. Namanya pun galak kucing...kalau kucing makan boleh jadi galak staminanya....macam mana lah kalau manusia yang memakannya yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena cari volunteer sapa mau makan, baru kita boleh tau kesannya kat manusia ni..hehee...

      Delete
  14. Mungkin pernah nampak pokok ni tapi tak perasan, ntahlah.. tapi tengok pada kucing2 tu kemain galak nengoknya.. ;)
    Bab dah rasa ke belum produk tu memang tak pernah sebab tak berani nak cuba sebab tak tahu side effect akan datang pada diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu...kak pun tak berani nak cuba produk2 begini...takut effect dia...

      Delete
  15. Salam kenal Mala...suka baca ntri Mala ni..lagi lagilah bab kucing ni..nekcik pun penternak kucing jugak..dulu ada 13 sekarang ada 4 plus 3 newborn..kucing nekcik ni mudah sangat selsema..pergi klinik doc inject terus mati so ana anak tak kasi bawak jump doc..klau sakit tu nekcik bagi vitamins ngan ubat caving jer kat depa..tu yg nak sngat pokok galak kucing ni

    ReplyDelete