Sunday, 24 January 2016

Jom Makan Jambu : Pink Guava

Pokok yang punyai nilai sentimental buat saya. Saya membesar bersama pokok ini.  Banyak sangat kenangan zaman kecil. Saban hari saya dan adik beradik panjat pokok jambu dan makan buahnya di atas pokok. Kami juga menjual buah ini kepada rakan disekolah. Buah besar ( macam jambu sekilo ) sebiji sepuluh sen.  Ramai juga orang yang datang beli dirumah. Seronok tak terkata..Ketika  itu rumah saya ( kampung lama )  di kelilingi oleh berbagai jenis variety jambu batu. Ada yang unik warna, bentuk dan rasanya. Rare orang cakap. Pokok-pokoknya pun cukup tinggi dan besar. Jenuh mengait dengan buluh. Kebanyakannya tidak saya jumpa lagi sekarang ini. 

Kerana rindu nak makan jambu petik sendiri, jadi saya membeli secara  on line sepokok jambu tut merah. Tanam dalam pasu saja.  Tapi waktu beli tidak adalah buah bergantungan  begini.. Ini gambar selepas.

 Pokok saya berbunga selepas 5 bulan beli.  Masih nak mengenang pada pokok arwah bapa tanam. Puluhan tahun sudah putus kasih.  Mungkin saya akan ziarah kampung lama  untuk mencarinya. Tapi masih adakah benih jambu itu tersisa disana sekarang? Saya sendiri pun sudah hampir 35 tahun tidak pernah jejak kaki ke tapak rumah  saya  dilahirkan itu.

Kalau nak dibandingkan keadaanya masa mula sampai kat rumah dulu, tak sangka pokok ini akan hidup. Buka kotak, tengok2 pokok dah habis patah riuk. Kerana sayang nak kerat, saya ikatkan ranting yang patah. Ambil gambar dan hantar aduan kat penjualnya...

Berkat kesabaran, inilah hasilnya..ranting yang patah pun pulih dan berbuah pula..
Dalam berbelas biji berputik cuma 7 biji saja mara ke final. Syukur...

Tapi pada pertengahan berputik, buah tiba-tiba jadi terbantut, sebulan tidak mahu membesar. Risau hati. Kemarau pula melanda. Saya cuba menyiram sekerap mungkin.

Sebulan kemudian..buah beransur berisi. lalu saya balutkan dengan kertas. Dah agak terlewat berbuat demikian pun. Mungkin itu salah satu faktor buah saya terbantut. 

Berhasil membesar walau ambil masa yang agak panjang. Ada yang sudah menguning...

Rasmi buah pertama. Paling ranum, manis dan sedikit juicy. Seronok dapat makan buah fresh dari pokok. Kongsi tokak ( gigit ) dengan anak menantu dan cucu sampai last minute baru ingat nak ambil gambar..
..
Sebiji lagi . Anak saya terus ambil dan ngap. Buah belum cukup merah tapi manis juga.

Buah ke enam saya petik.  Tak rugi membeli dan berbaloi di tanam. 

Manis.. memang sangat berpuas hati. Ini yang bersemangat nak menambah koleksi lagi.
 Esuk lusa nak balik kampung dan bercuti bersama adik-adik. Walau rasa seronok tapi dalam hati, seperti biasa dah berserabut memikir pasal pokok-pokok yang akan ditinggalkan. Dalam musim kemarau pula tu. Walaupun si suami ada tapi hati masih tak yakin  dia dapat menyiram, menjaga pokok dan kucing saya dengan baik. 

Ok kawan-kawan jumpa lagi di bulan hadapan. Happy blogging & gardening!








33 comments:

  1. Replies
    1. Ya for me, its so sweet & tasty because I love Guava very much..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,
    Saya ada nostalgia panjat pokok jambu sambil makan buahnya. Pokok yangbesar dan tinggi, berayun-ayun ditiup angin. Sekarang ini semuanya sudah tiada, ditebang tidak bersisa kerana dinaikkan projek perumahan. Hmm, nostalgia sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abu, nostalgia weiii...balik sekolah ke..balik mengaji quran ke mesti panjat pokok cari buah jambu...Keadaan sama juga seperti saya, pokok-pokok jambu yang berpuluh mengelingi rumah saya ditebang sebaik saja kami berpindah dari situ. Arwah bapa pun tak teringat nak mengumpul anak pokok..Entah masih tersisa atau tidak sekarang ini...

      Delete
  3. buah yg meninggalkan nostalgia kak mala..semasa kecik saya suka panjat dan makan diatas pokok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang kampung dulu2 Kam, zaman mak bapa kita mesti tanam pokok jambu walau sepokok..sekarang ni, kampung pun dah moden, jambu pokok besar ni org dah tak mau tanam. Selalunya kalau ada pun peninggalan mak bapa atau tok wan tok nek...

      Delete
  4. Dekat kebun banyak anak-anak pokok jambu naik bila musim hujan. Rezeki kembali dari burung yang memakannya.
    Setahu pengalaman Diana pokok jambu batu ini lasak, kalau patah-patah rantingnya juga akan tumbuh balik dan makin rimbun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diana..ada tak pokok jambu merah yang jenis masak hijau tu...buah bulat2. boleh buat tut untuk kak takk.. Nak beli sepokok lah..

      Delete
  5. Jambu ni sangat sedap. Biasanya beli dekat RnR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ada singgah kat R&R tapi belum berkesempatan jumpa lagi Hami Asraff.

      Delete
  6. Kak Zai baru aje beli dekat R&R. Me mang sedap makan pulak dengan kuah rojak.

    ReplyDelete
  7. Kak Zai baru aje beli dekat R&R. Me mang sedap makan pulak dengan kuah rojak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya singgah kat R&R Gurun waktu balik cuti tapi tak perasan ada buah ni..

      Delete
  8. Kak Mala, Happy holiday! Jambu merah ni memang manis & juicy, tapi buahnya usually small. Got a few pokok pink guava (bought from different places )kat kg but semuanya small in size

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you Olive..dah balik cuti pun..
      buah jambu merah kak ni OK juga saiznya. Sedang2 tak ada kecil sangat..

      Delete
  9. Kak Mala, bunda masih ingat masa kecik2 dulu duduk kat kampung rumah opah, ada jugak sebatang pokok jambu batu...tinggi gak pokok nya, bukan macam sekarang ni banyak yang rendah2, dah di tut dan dikawenkan...tak asli lagi dah... tapi yang kampung punya buah dia hijau keras ...bila dah masak isi warna merah..

    Bunda tak lah pernah panjat pokok tu ...penakut...cuma sepupu lelaki jer panjat dan ambil campakkan buah nya untuk kami adik beradik kat bawah pokok..

    Buah yang masih muda opah ajar sagatkan kat pasu ambil gosokkan kat muka buat macam scrub lah istilah zaman laa ni.. gosok2 kat badan masa mandi pun elok... licin jer muka dan badan pastu...
    he he..memang nostalgia betul kalau ingatkan kisah pokok dan buah jambu batu ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat kampung lama kak dulu, ingat2 ada 4 jenis jambu merah..buah besar kulit hijau, buah besar kulit kuning, buah kecil kulit hijau dan buah kecil kulit kuning.

      Delete
  10. haah kak Mala, masa kecil2 dulu pokok jambu batu sangat sinonim dengan kehidupan, balik mengaji saja singgah petik buah jambu batu dan terus ngap, satu lagi yang ana lihat semakin pupus buah jambu mawar.. lama dah tak menikmatinya .

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Ana, jambu mawar tu susah nak cari tapi kat taman kak ni ada sorang jiran tu dia tanam jambu mawar ni. Dapat makan sebiji buat hilang rindu. Dalam hati rasa macam nak pi tut pokok tu..

      Delete
  11. Replies
    1. Dah habis Mud..sebelum cuti saya make sure saya makan habis buah tu...hahhaa...

      Delete
  12. Assalamualaikum kak Mala,
    Bestnya baca nostalgia kak Mala tentang pokok2 jambu tu, mmg seronok tinggal di kampung, kawasan luas, mcm2 boleh tanam, akak beli kat mana jambu tu? Julie pun berminat nak belilah hehe...dlu pernah nak beli sepokok anak pokok buah dr nursery online yg fame d fb, tp dia x layan plak bila kita inform nak beli sepokok je hehe...yg ni kakak beli dr siapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak beli dari Nor Sham. Cuba contact fb dia.

      Delete
  13. KY pun ada nostalgia bersama pokok jambu.kekadang buah tak sempat membesar,masih muda pun di petik makan cicah garam beralaskan daun pisang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kami adik beradik pula main pilih2 mana pokok yang feveret...siap tan ( tanda) pula buah itu hak aku dan hak hang punya..hehheee..maklumlah berbelas pokok ada..

      Delete
  14. Teringat zaman kecil kakcik waktu di kamoung dulu...makan jambu yang dipetik terua dari pokoknya...

    Tak silap kakcik, baru2 ini kakcik ada terbaca tentang jus pink guava ini sebagai ubat demam denggi, Allahhuaklam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak sulung saya kena denggi bulan lepas. Perumahan saya dah diserang denggi. Saya cuma bagi sup ketam, jus daun betik, jus delima & jus tembikai..Tak tahu pula jus jambu boleh guna juga. Jus ni wajib kat rumah sebenarnya...

      Delete
  15. I planted a jambu sapling from Sungai Buloh about a year ago. The picture says that it is seedless,sweet with the fruit weighing about 1kg. Now its carrying two jambu fruits as big as the ones in the first photo. My friend said that if I do not wrap them up with papers, soon I will get 1kg of worms.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Luckily my first harvest are not bitten by the fruits flies...
      Please up date the progress of your jambu kilo later...exited to know how big the fruits can grew up.

      Delete
  16. Hi, where can I get this plant. ?

    ReplyDelete
  17. Salam..blh tanya, mne nak dpt kan pokok atau buah jambu ni? Dah lama cari..sampai ngah pregnant skng ni tp masih blom dpt rasa..

    ReplyDelete