Wednesday, 10 February 2016

Bukit Bendera - Penang Hill

....sambungan cuti ...

Pertama kali naik Bukit Bendera.  Kami sampai ketika awal pagi. Cuaca agak mendung. Kabus pagi pun masih melitupi laut dan bukit. Saya ambil gambar dari jauh. Takut nak hampiri ketepi pagar..gayatt...

Mujur semasa naik train saya rasa tidak apa-apa. Harganya  RM10 seorang. Bersih, selesa dan laju. Saya sempat  ambil gambar  dari dalam keretapi yang bergerak laju. Ini pemandangan  bersebelahan  tapak rel.

Sampai di atas. Cantik sangat, nyaman, bersih dan penuh dengan bunga-bunga. Macam mini Cameron Highland pula. Terasa sedikit dinginnya bila angin meniup Morning glory biru melaut disepanjang tembok menuju kepuncak dimana terletaknya masjid dan kuil hindu. Tengok bunga ni teringat kat Cameron...

Seronoknya tengok bunga...ada beratus tumbuhan berdaun dan berbunga melatari landskap disini. Biasalah saya kalau jumpa bunga. Rasa kagum sentiasa membara walau seribu kali tengok pun...

Bunga raya pastel color..

Sebenarnya pada zaman remaja saya suka Penang. Ada sesuatu yang istimewa tentang  mereka yang membuat saya terpikat. Saya suka melihat gaya hidup orang-orang Tanjung. Social life mereka sangat pelbagai. Sekitar 80an saya pernah menetap disana seketika tapi saya tak pernah pijak kaki pun ke tempat ini. Rasa menyesal pula....

Dan ini pula condo yang kami pilih untuk menginap. Eden Seaview, Batu Ferringhi.   Kepunyaan  persendirian.Tak sangka adik pilih aras 17. Kecut perut saya lagi. Sudahlah jalan ke sini pun bengkang bengkok. Berbalik zaman muda dulu, saya pernah  menetap bersama kawan baik di Jelutong. Malam-malam kalau lapang kami suka ke padang Kota Lama. Makan pasembur atau rehat-rehat ambil angin malam...

 Namun setelah masa berlalu saya telah lupakan Penang dan orang-orangnya...hampir-hampir 32 tahun lamanya baru saya kembali semula ketempat ini.  Makan pasembur juga....rasanya ya..mungkin agak  sama. Ramai orang tapi saya rasa hambar. Rasa  macam ada sesuatu yang hilang.  Hilang dimata hilang dihati...Saya tak dapat menjiwai suasana masa lalu lagi....
....

Barang yang lepas janganlah di kenang....Mmm...emo pula. Banyak kenangan masam manis saya di Pulau Mutiara ini. Simpan je dalam poket...Macam gerabak lama  ni tak apalah, ada nilai sejarah untuk di kongsikan....Menurut driver@ guide  buggy yang kami naiki, ini adalah gerabak lama yang mula-mula digunakan di Bukit bendera. 

Alat penyukat hujan tertua dan tong pos zaman kolonial yang masih wujud. Cuma ada 2 biji seumpama ini di Malaysia. Satu lagi  ada di Melaka. 

Lagi bunga...Cosmos double petal  dan Corn flower.

Kasih tersenyum bergambar di depan deretan  pasu  yang dipenuhi bunga-bunga comel..Sebenarnya kat atas ni bermacam daya tarikkan ada menunggu untuk di teroka tapi kami tidak dapat menikmatinya kerana mengejar masa untuk check out dan shopping. Agenda anak & adik-adik.

Kedengaran menarik jadi kami memilih untuk naik buggy untuk melawat bungalow-bungalow mewah peninggalan British yang  kini dimiliki oleh hartawan dan taikun Malaysia. Gayat menuruni lereng-lereng bukit di situ. Mujur driver berbangsa Cina tu ramah dan pandai bergurau. Bungalow pun cuma nampak sipi2 saja sebab lokasinya  di atas dan terlindung dengan pohon-pohon besar. Jadi dengar dia bercerita sejarah  sajalah....

Selesai melawat bungalow kami berehat di Cliff Cafe atau Astaka. Cafe tiga tingkat  yang terletak di lereng bukit. Tingkat bawah ada musuem burung hantu. Tidak sanggup tengok kebawah untuk ketingkat ke tiga. Jadi saya di tingkat kedua saja. Ada gerai minuman & makanan ringan dan kedai sovenir disitu. 

Kerana ralit duk tengok bunga saya terlupa nak panjat ke atas untuk melawat masjid di mana terdapat juga sebuah kuil hindu di situ.  Juga ada David Brown Cafe berlokasi di teres teh zaman British. Saya cuma lihat-lihat dari bawah saja. Menyesal tidak naik ke atas.

Lagipun masalah besar saya ialah takut tempat tinggi dan gayat. Sudahlah jalan ke condo di Batu Ferringhi pun melalui lereng bukit, naik parking aras 17 pula sempit...Ni naik pula Bukit Bendera...adoi..nyeri, ngilu satu badan..nak kejang pun ada...

Kerana masalah gayat saya terlepas peluang  untuk mengambil gambar-gambar cantik di lokasi yang menarik. Seperti dek menara tinjau. Gambaran penuh panorama dan view sekitar pulau tidak dapat saya rakamkan. Ada anak tangga untuk jejak kebawah tapi saya takut nak menapak. Ada ubat tak untuk penyakit gayat ni..? Kawan-kawan please...

Lain kali cuti  rasanya eluk duduk 2 malam satu-satu  tempat baru puas nak menikmati keindahan sekitarnya. Tak payah nak rushing...

Di Penang...rindu saya hilang lenyap begitu saja. Asing dan berubah. Sibuk dan sesak. Mujur Bukit Bendera cantik. At least ada sesuatu yang segar untuk di kenang. Mmh! Walau apapun si kecil kami happy sangat. Tahun ketiga bercuti bersamanya barulah boleh dengar dia komen.."Kashih syonok tokk..Kashih heppi.."

Ok kawan-kawan happy blogging & happy gardening!



17 comments:

  1. Kakak yg suka camera Kak Mala ambik gambar cantik. Train laju pun gambar ditangkap still sharp. Bunga-bunganya cantik pulak.

    Kasih dah pandai menikmati percutian bila dah boleh kata macam tu. Cute kan:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie..kesian sangat kat camera tua ni...setia berkhidmat untuk kakak walau sakit...nak baiki tak padan org kata, better beli yang baru tapi tulah tak berkesempatan lagi...

      Delete
  2. Assalamualaikum kak, selamat bercuti.
    Setiap kali saya berkunjung ke sini, mata saya sentiasa dihidangkan dengan sesuatu yang menyegarkan. Terima kasih atas foto-foto yang cantik dan menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah Abu..kak ni kan suka hijau2...

      Delete
  3. I wanna be there! I can see you had a great time. Beautiful scenery, flowers and of course your sweet family. Love the food in Penang also. Happy blogging!

    ReplyDelete
    Replies
    1. I wish to comeback here again because I love the ambience..so calm & relaxing...perhaps to see the sunset

      Delete
  4. Padang Kota tak macam dulu mala harga makanan pun tersangatlah mahal.
    Sekarang dah ada beberapa shopping mall baru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun tak macam dulu..banyak berubah. Zaman saya disana dulu tak banyak orang luar datang..yang rehat & makan2 kat semua kebanyakkan orang Tanjung juga..Makanan memang mahal..biasalah tempat tumpuankan.
      Shopping kat Paragon.. tu agenda anak & adik2 je, saya tukang mengasuh cucu..

      Delete
  5. Terima kasih kongsi gambar di Bukit Bendera.
    Diana kali terakhir dan pertama kali pergi ke Bukit Bendera zaman 80an.
    Tapi belum sekolah lagi ketika itu jadi memory tak berapa kuat.
    Tapi memang ingatan samar-samar memang cantik.
    Entah kenapa kalau Diana terbayang Bukit Bendera ketika itu rasanya banyak tanam landskap bunga canna kut.
    Moga suatu hari dapat jugalah kami bawa anak-anak ke situ juga.

    Comelnya Kasih, penghibur hati Tok Wan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia Diana..kecik lagi lah waktu tu..
      Bukit Bendera tu seronoklah bagi org yang mcm kak....suka tempat banyak bunga, cuaca sejuk, nyaman..relax.Pi pula bukan time cuti sekolah jadi semuanya tenang2 ja..ada bahagian atas bumbung depa buat love lock..untuk org2 muda bercinta je kut...tengok dari jauh saja...

      Delete
    2. Oh ada buat love lock macam dekat Jepun pula dah ni.

      Delete
  6. comei nyerrr kasih....
    lama sungguh tk turun berblog...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Ana...rindunya...lamanya tak dengar kabar berita, thanks sudi singgah dan masih ingat. Dah lama benar tak baca celoteh Ana..

      Delete
  7. Cantiknya bunga - bunga kat atas tu .... wa pergi bukit bendera ni 18 tahun yang lepas tu pun ikut rombongan sekolah hihihi..comelnya Kasih..:)Gambar awan tu pun lawaaa sangat...salam kenal n follow sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Wa sudi singgah...18 tahun dulu mcmanalah situasinya ya..sebab masa kak pi ni...guide buggy tu cakap banyak yg telah di upgrade sebab tu la ni nampak bersih dan cantik..

      Delete
  8. alaaa..rindunya kampung halaman aya..memang berserabut kak penang lani..especially time cuti sekolah...mau sakit jiwa..anyway..im glad kak mala and family enjoy bukit bendera..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak memang suka kat Bukit Bendera hari tu..tapi sayang duk tak lama sebab rushing nak check out. Bila2 boleh pi lagi..

      Delete