Wednesday 15 June 2016

Bunga- Bunga Ramadhan 2016

Bunga-bunga saya banyak yang berkembang sepanjang Ramadhan ini tapi kadang-kadang terlepas pandang sebab hujan yang berterusan turun membataskan aktiviti meronda saya. Dari sebelum puasa hinggalah ke semalam  pokok-pokok tanaman terus bermandi hujan. Terlampau banyak air pun boleh merosakkan dan memudaratkan sesetengah pokok.

Kemboja Bali kuning pemberian Diana semasa datang ke Langkawi..2013, pertama kali berbunga. Cantik tapi tak dapat nak cium baunya sebab dah meninggi.

Kemboja pinkish kuning ni kembang di laman sebelah ( homestay ) Terpaksa tempatkan dia di situ untuk pancaran matahari penuh. Ruang rumah saya sudah dipenuhi. Walaupun sedikit jauh tapi saya tetap happy untuknya. Kesian..banyak bunga kembangnya berjauhan dari saya. 

Macam Lily Amarylis merah ini kembang tanpa sedar. Tau2 dah tersenyum dalam kebun R&R. Kalau boleh saya mau bawa semua bunga-bunga ini ke laman depan rumah. Saya nak mereka kembang beramai di situ tapi apakan daya... ruang terhad, cahaya tak mencukupi dan Che Kam pula saban waktu menghampiri.

Senasib, Lily Cameron merah putih ini juga kembang jauh. Kembang dalam kebun R&R.

Amaryllis saya ada 6 jenis variety dan warna tapi cuma dua jenis ini saja rajin berbunga. Yang empat lagi masih bertapa dari musim panas sampailah ke musim hujan. 

Portulaca pun tiada tempat di laman depan. Bila berjauhan kurang perhatian. Begitulah jadinya. Koleksi lebih dari 20 jenis warna sudah mengurang lebih dari separuh. Serangan kulapuk/fungus  dan lebihan air telah merosakkan, mereput  dan seterusnya mati tanpa sempat di replant.

Tahun ini pula kupurama kembali berpesta dan membiak sebebasnya. Boleh kata seluruh sayuran dan pokok bunga saya jadi perumah anak kupurama. Saya tidak pernah meracun. Tak larat jugalah  nak mengutip  buang ulat.

Memandangkan sekarang  bulan puasa,  jadi saya  abaikan kegemaran  merakam aksi gembira mereka sebab tak larat nak mengejar nanti kering kerongkong. Cuma snap apa yang ada depan mata saja..si Blue Pansy paling banyak mendominasi kawasan rumah.

Seperti portulaca, vinca juga banyak yang mati  sebab terlebih air. Untuk galakkan dia berbunga saya terpaksa tempatkan  mereka diluar walau terpaksa mengambil risiko di makan Che Kam. Di dalam pula cahaya tidak mencukupi.

Morning glory yang masih bersisa. Saya hilang hampir 10 jenis warna yang lain...frust juga tapi fitrah alam tidak dapat kita halang...

Gambar dulu-dulu. Trellisnya pun dah arwah. Seronok kalau dapat tanam semula secara terbuka begini..terhidang cantik depan rumah...namun sekarang adalah zaman kegemilangan Che Kam jadi hajat terpaksa dipendamkan. Saya plan untuk dirikan  pagar kayu luar rumah  tapi mungkin budget tahun hadapan.

Sebenarnya lama sudah berhajat  nak upgrade laman tapi masalah baru pula timbul. Berebut tempat pula dengan Cik hubby. Dia dengan burung-burungnya banyak merampas ruang terhad saya untuk membunga.  Terpaksa mengalah walau tak puas hati....sebab dulu dah janji ruang depan tu semuanya untuk bunga saya....

Tapi lelaki kan suka nak menang...jadi menanglah dia dan saya terpaksa berkongsi ruang...Ohhh...saya memang tak suka bila tahi burungnya banyak jatuh atas daun..bertapuk..siap dengan baunnya lagi....

Alah..kongsi tempat ja...itulah ayat dia...tapi saya selalu cakap abang tu pendatang..mana aci. Awal minggu bulan puasa saya beli lagi rose baru bila terserempak di market. 

Biasalah saya, hati mudah cair...bila hubby pun senyum saja tak rungut2...saya ambilah dua pokok..

Tapi yang ini dah hampir sepuluh hari tak mahu kembang kudupnya..rasa ralat lah juga

Jadi saya buka kelopaknya cara paksa...setakat ni saja kembangnya..mmmh!

Bunga baru juga..beli sebelum puasa. Puas la nak mengatur pasu.  Alih sana alih sini. Serba tak kena. Laluan tak boleh padat nanti tuan burung tersepak pasu sebab mata dia melangut ke atas saja...

Gambar lama. Dalam hati sentiasa rindu nak biarkan pokok-pokok saya open air macam dulu. Berkembang meriah setempat. Tiada gangguan Che Kam segala. Bebas nak gantung dan letak pokok kat mana pun. Sampai tinggal lorong kecil pun tiada siapa nak komen...atau tersepak pasu..Mmmm..lambatnya nak tunggu setahun lagi...biarlah saya berangan dulu....

OK kawan-kawan, selamat berpuasa. Take care..hapyy blogging & happy gardening!

22 comments:

  1. You have such beautiful flowers in your garden! I love the frangipane, seen these plants with various colours all over in Bali! My favourite are the yellow ones!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks,yes this kemboja bali such a beautiful & fragrant flower.

      Delete
  2. Harap2 semua tanaman pn menjadi.
    Memang geram kalau segala usaha penat lelah kita dimusnahkan oleh cik kam atau abang bu.
    rasa nak sembelih aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abu..dah lah bulan posa, mulut ni tak sempat nak beringat, asyik nak marah kat dia ja...kadang2 tu nak hilang marah..sebut2 la ayat baik mudah2an tuan ni diberikan kesedaran walau dalam hati tu panas saja....pokok pelam, geti, bendi dah jadi habuan dia pun...

      Delete
  3. Beautiful and sweet :) Hope all is good for you and your family during this Ramadhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Steph, hope this Ramadhan I'm doing well & being blessed

      Delete
  4. cantik betul bunga-bunga koleksi Normala! Most of pokok tu I pernah tanam kat kampung dulu waktu zaman sekolah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Malar, memang banyak dari jenis bunga ini sudah ada dari zaman kita kecil lagi...kadang2 kita lupa tapi bila tengok orang lain tanam..ha, mula ingat kenangan lama..

      Delete
  5. Subhanallah...cantik2 nya...tak terkata...rasa mcm kat cameron highland pun ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amboi Ana....hujung kuku pun belum setara dgn CH...pokok-pokok ni berselerak..tapi bila kita kolekkan dia dlam satu entry nampak cantik lah...diluar tak nampak kecantikkannay sebab satu disana satu disini...

      Delete
  6. Senyum tak berhenti baca entri akak kali ni.. esp bab tiada halangan utk tambah koleksi bunga ros tu... bunga2 akak sangat mengujakan... cik kam memang tak reti bahasa .. suka benar dia dengan pokok kesayangan kita..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 3 tahun lebih kak berperang dgn Che Kam. Setakat ni dia lah yang menang. Semoga tuan dia diberi hidayah. berbakul sudah makian diberikan percuma oleh penduduk setempat ni. Tak tahulah mcmana tuannya berhalal cara menjualnya kat orang.

      Delete
  7. kemboja pink KY pun dah besar..rajin berbunga...
    KY pun suka konsep tanam bebas atas tanah mcm taman rumah lama Mala..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya masih berharap dapat tanam open air mcm dulu..balik kerja, dari jauh tengok bunga sambut kita. Syok dan kembang sangat hati waktu tu...tapi sekarang bertutup saja dari pagi sampai ke malam.

      Delete
  8. Syukur Alhamdulillah kembang juga di taman Kak Mala.
    Tersenyum sendiri bila teringat nak sumbat seludup dalam beg.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe..kak pun ingat lagi masa tu kak dapat gastrik teruk.Tak dapat jumpa Diana. Kawan yang pi jumpa...

      Delete
  9. Assalamualaikum kak mala, semoga dipermudahkan beribadah di ramadhan ini.
    Ceria sungguh di sini. Sejuk mata melihat bunga-bunga yang kembang mekar. Tengok vinca tu, teringat zaman budak-budak di kampung dulu. Buat belon menggunakan getahnya..tapi sekarang sebatang pokok dah tak ada, pupus dihambat 'kemodenan'..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu.
      kak tak pernah tau pun boleh buat belon dari getah bunga ni...mungkin zaman kak bunga ni tak termasuk dalam permainan bebudak kut..hehehe...

      Delete
  10. Kakak rasa kalau kakak dpt ke rumah Kak Mala tak payah masuk rumah pun tak apa.
    Nak duduk kat laman menikmati bunga yg cantik-cantik pun boleh kenyang:)
    Puas menanam kalau ini hasilnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zakie...malu kak Zakie cakap mcm tu...kat rumah tak cantik mana pun. Dalam posting ni nampak cantik sebab kak fokus kat bunga je...kat luar tu selerak-selerak. Satu sana satu sini...itu yang duk berangan kalau boleh letak setempat...

      Delete