Tuesday 19 July 2016

Daun Sup & Daun Bawang - Chinese Celery & Spring Onion

Hujan berterusan lagi minggu ini. Semalam angin kuat melanda Langkawi. Trip perjalanan feri pun terpaksa di hentikan. Dalam berita hari ini pun dah keluar amaran hujan lebat & angin ribut. Saya di rumah cuma sesekali mundar mandir memeriksa kebun R&R yang digenangi air. Hasrat nak merumput minggu ini terpaksa dibatalkan. Mata & hati dah berbulu tengok rumput di kebun. Maklumlah sebulan puasa biar rumput makan dan tumbuh percuma.

Fikir nak posting pasal bunga tapi tak jadi pula. Cerita dulu pasal pokok yang paling susah nak tumbuh ni...Pokok yang saya rasa berbelas kali tanam tapi tak pernah pun menjadi. Baik tanam batang atau biji benih. Akhirnya setelah sekian lama mencuba, tuah memihak juga. Tumbuh eluk dan menjadi  daun sup ini...

Memang cepat kalau beli di kedai tapi lebih bagus kalau dapat tanam sendiri. Time-time malas, hujan lagi, tak tau nak makan apa petang-petang, selongkar almari jumpa maggi..boleh juga dibuat murtabak. Masuk daun sup dan daun bawang banyak-banyak..

Kannn.....makan panas-panas dengan cik abang sambil tengok TV. Kuih raya pun dah jemu...

Kisahnya, tahun lepas saya mulai menyemai. Tak sangka tumbuh meremut. Pertama kali menjadi ni...happy bukan main. Tapi untuk tumbesaran selanjutnya perit juga. Lambat sungguh dia membesar. Setelah beberapa bulan berlalu daun sup yang berjaya hidup cuma empat pokok sahaja. Ralat bila tengok kembali rupa anak benih ni..patut boleh buka ladang pun...

Tapi tak apa lah. Yang penting hidup. Berbanding temannya,  daun bawang adalah sangat-sangat mudah ditanam dan cepat membesar.  Tidah berbaja pun subur juga. Semua tanaman saya di campur tananhnya dengan kompos buatan sendiri. Begitu juga dengan baja dan booster adalah organik buatan sendiri juga.

Kompos yang dihasilkan dari sisa bahan dapur dan daun-daun kering. Semasa dalam proses, saya menutup sampah-sampah ni dengan plastik kemas-kemas sebab Che Kam suka merodok mencari  sisa  makan. Bukan saja pokok tanaman,  nak buat kompos pun terpaksa berbalah dengan dia juga. Siksa...

Ada dua jenis pokok ni adalah memudahkan kerja. Nak guna sikit-sikit cuma pergi kerat sedahan dua saja. Anak bongsu saya suka makan sup ayam style 'kakak' dia. Iaitu sup blended orang dalam pantang. Semua bahan..bawang putih & merah, halia, daun bawang, daun sup juga sedikit lada hitam di putar halus. Rebus dengan ayam kampung / ikan segar dan beberapa butir  halba. Tambah perisa. memang sedap & harum sangat. Tapi sup kat atas tu terlupa pi tumis. Berminyak sakan lah...

Time nak buat cucur ikan bilis ke..cucur udang ke..daun dah tersedia belakang rumah..potong dan masak.

Hampir setahun sudah, kini daun sup saya cuma tinggal dua pasu saja. Dua lagi tewas sebab hari-hari anak kucing suka masuk berehat dan tidur didalamnya. Pokok bawang pun harus direplant sentiasa sebab limpahan air hujan yang banyak membusukkan umbisinya. 


OK kawan-kawan, take care. Happy blogging & happy gardning!


26 comments:

  1. cantik kompos tu.. hitam pekat.. sy x sabr lah nak tunggu kompos matang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul..kak pun jemu juga duk tunggu nak matang. Mana duk kalut dgn Che Kam yang asyik duk selak plastik hari2. Kadang2 fade up tau..

      Delete
  2. Assalamualaikum kak,
    Setiap kali berkunjung ke sini saya sentiasa dimotivasikan untuk turut sama bercucuk tanam. Tetapi buat masa ini keadaan belum mengizinkan. Insya-Allah saya menyimpan hasrat tersebut.
    #terliur pula tengok murtabak maggi tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Abu,
      Baguslah kalau ada keinginan...tambah2 kalau ada laman & tanah yang luas. Kak tak boleh nak stop dari menegur dlm hati kalau jumpa rumah org yang luas tapi kosong. mesti kata..Ishh..awatlah depa tak tanam pokok...jahatkan..Mcm tu lah perasaan org yg kemaruk tanah...hehehe..

      Delete
  3. Wa sedap! And the compost, I really like it that you sieved it. I hope the miniature roses you bought during raya are still blooming well given the cool weather. Enjoy the fruits of your labour, tasty soup and wonderful dishes. Hey I can see you can cool really well too, wow!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Steph, the miniature roses are still blooming..
      Hey...I'm not a good Chef at all.. hehehe...only cook for my family and always got much complaint from my husband because he can cook well then me..

      Delete
  4. Cantik nampak daun sup dan daun bawang tu.
    Senang kan kalau ada sendiri. Nak guna aje potong sedahan dua.
    Tak payah pegi pasar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..almost setahun juga kak tak beli daun sup & daun bawang..Jiran pun sikit2 nak guna mai petik aja kat rumah kak...

      Delete
  5. daun bawang tu dok dalam bekas kat dapur pun hidup hehe..cepat ja membiak
    kalau daun sup..tak pernah nak hidup kalau saya tanam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang nampak mudah nak tanam daun sup dari batang dia...tapi malangnya tak bertahan lama..dalam eluk2 boleh kiok. berbeza dengan tanam biji benih bertahun juga la dia tahan..lagi beranak pinak pula kut tepi..boleh pindah pasu lepas ni..

      Delete
  6. Wow! finally jadi jugak daun sup! Saya pun sama...dah banyak kali try daun sup but still tak menjadi! hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..hahaha...serupa kita dulu..selalu cuba tapi tak berjaya. Memang nampak mudah nak tanam batang yang beli kat kedai tu..tapi sukar nak hidup..

      Delete
  7. KM Bunda nak tanya...antara daun sup dengan daun parsley tu sama ke berbeza? yang mana satu sesuai untuk masakan pasta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mujur KN taynya..saya dah nak kena ubah tajuk tu..yang saya tanam bukan parsley tapi chinese celery. Yang buh dalam pasta tu selalunya parsley yang daunnya tebal dan kerinting2 tu kan...

      Delete
  8. Wow... complete herbs Kak Mala. Segarnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya mau mencuba english herbs pula Endah. Belum ada kesempatan lagi. Kalau untuk malay herbs rasanya hampir mencukupi..

      Delete
  9. Nampak subur aje kak Zai pun dah cuba tanam tapi tak mau hidup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah ramai org dah cuba..tapi susah mau hidup lama..

      Delete
  10. Bila pokok sudah ada selangkah-dua dari dapur rumah hasil tanam sendiri nak masak utk kegunaan yg tak seberapa memang berbaloi teramat. Bukan sebab susah/senang membeli tapi kepuasan hasil tanam sendiri ada aura tersendiri. Kita yg tanam aje yg tahu kan kak Mala:)

    Semua hidangan org kita pulak rata-rata kalau ada aroma daun bawang/parsley dia punya sedapnya - memang licinlah:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak ni mesti kena rajin lagi sekarang sebab dah henti kerja. Tapi itulah faktor Che Kam amat2 melunturkan semangat nak menanam..namalah apa saja pokok semua dia makan...kalau tak boleh makan pun dia gigit dan tarik..khianat kan kambing orang Burma ni...

      Delete
  11. Assalam.. selamat hari raya.. pokok ni kadang tak tahu sebab tiba2 dia kiok..alhamdulillah puas menuai hasilnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Mar..Selamat Hari Raya!
      betul kan Mar pokok ni kalau kita tanam batang boleh hidup juga..tapi selalu yg terjadi tiba2 dlm duk segar dia boleh layu dan mati...mungkin akar dia tak banyak tumbuh kut...

      Delete
  12. Seksa juga ya bila buat kompos kena berbalah dengan che Kam boleh bayangkan tu.
    Teringat pula macam mana masa zaman remaja dulu Diana tak minat berkebun, tapi suka makan daun sup ni.
    Jadi keratan batang akarnya Diana cucuk je dalam pasu mak, menjadi-jadi pula.
    Bila teringat rasa kelakar pula, masa kecik tak fikir complicated sangat menjadi pula sekadar dicucuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak pernah berjaya sekali saja tanam daun sup dari batang tu pun untuk beberapa bulan saja..lepas tu mati juga...

      Delete
  13. Assalamualaikum kak Mala, geram jg tengok herbs daun sup kakak tu! Mmg sangat susah nak tumbuh daun sup ni, Julie x pernah berjaya semai benih daun sup ni kak, nak mintak ilmu skit cara tanam nya kak hihi...rajin nya kakak buat baja organic sendiri, mmg berbaloi jg sebab tgk, tanaman kakak semuanya subur2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie..mana ada ilmu apa2 Julie. Kak pun masih berlajar juga ...

      Delete