Friday 9 September 2016

Bunga-Bunga di Kebun

Sudah lama tak bercerita pasal bunga. Gambar yang di ambil pun dah bertapuk dalam folder. Semuanya sebab tertumpu pada berkebun sayur. Lagipun sekarang musim hujan. Bermingu-minggu sudah hujan turun siang malam...banyak jugalah pokok yang mati dan melecur sebab air yang berlebihan.  Tak dapat nak buat apa-apa untuk selamatkan...
Kali ini nak melihat bunga-bunga di kebun saja sebab bunga di laman banyak yang cedera dimakan Che Kam. Hish, memang tak boleh ingat pokok-pokok rose yang dirembatnya...geram betul..

Ini bunga matahari hasil benih campak-campak. Sepokok saja hidup tapi serinya menghidupkan pagi yang mendung.

Walau dalam cuaca mendung si kenaf ini tetap menawan dan memikat hati dengan warnanya. 

Pokok ini membesar eluk dimusim hujan.

Thunbergia antara pokok paling berusia.  Sebelum in tak berpeluang berbunga dilaman rumah. Asyik kena potong sebab tak cukup ruang. kini hidup subur di kebun.

Berbanding Thunbergia, pendatang baru ini lebih menyerlah birunya. Pokok pungut di Cameron Highland semasa percutian tahun lepas. 

Bunga daun sekentut. Waktu  kembang berumpun  cantik dan manis sangat dia ni..

Penyeri kebun..separuh koleksi ros jepun saya mati diserang kulat.

Butter Daisy yang sentiasa  ceria..

Tiga Bulan yang berbulan-bulan setia menemani pokok timun.

Satu-satunya morning glory yang bertahan kembang sampai kepetang. Sudah hampir dua tahun pupus dari koleksi. Ini terjumpa dirumah adik. Bawa balik kerumah semula masa raya puasa lepas. 

Kebanyakkan bunga di kebun bercambah sendiri secara semula jadi. Saya biarkan tumbuh merata ceruk. Biar bersaing bersama sayuran yang ditanam. 

Ikut selera dia orang sendiri mana nak tumbuh mana nak panjat....

Cypress Vine. Dulu kehilangan warna merah. Sekarang saya tercari pula warna pink. Manakala yang putih sedang membesar. Begitulah bunga-bunga saya, terleka sikit hilanglah dari pandangan...

Ruellia. Salah satu bunga yang sangat lasak juga mudah bercambah.

Ruellia pink

......dan putih.

Cosmos kuning yang suka bermesra dengan siapa saja...cosmos oren pula belum nuncul-muncul bunganya. Harap saya tak kehilangan. 

Kupurama ini menayang kepak kusamnya didepan saya. Sikit dia tak peduli dengan camera di depannya. 

Tetap menarik dan subur walau mengendeng di tepi  pagar.

                                                Torenia pula selesa begini...menumpang teduh

Tidak kira ceruk mana mesti berjumpa pokoknya. 

Pokok ini memang penakluk hebat. Seluruh kebun dia bertempat.

Penutup tirai bunga kebun, si Angelonia yang berbau harum ( bagi saya ). Pokok ini sangat menjadi feveret . Di tanam sepanjang kebun untuk dijadikan pokok pagar. Sebenarnya bunga-bunga di kebun ini bukan setakat menjadi hiasan semata-mata. Mereka juga bertindak sebagai peneman dan pencegah serangga semula jadi bagi pokok-pokok sayuran yang di tanam.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!







14 comments:

  1. Puas tengok bunga pepagi sebelum mula kerja:)
    Kakak kalau tengok tak cukup sekali klik balik atas bawah atas bawah baru komen hihi...
    Tu ha...kakak baru tahu sekentut ada bunga cantik macam tu. Ikutlah kakak ni org kampung dan selalu jumpa daunnya tapi tak pernah nampak bunganya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga daun sekentut ni memang comel sangat. Sebelum ni tanam kat belakang rumah anak, punyalah subur sampai berimba. Bunga dia keluar berjuntaian..sweet sangat. Tapi terpaksa tebang lagi pun beluncas suka makan pokok dia

      Delete
  2. Ya Allah, best nya rumah akak..
    rasa nk pergi, duduk je kat laman tu.. sy kalau tension2 pun selalu mengadap blog akak tgok bunga..haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alah..PB tak ada eluk mana..bunga pula bukan duk setempat..sana sikit sini sikit...dalam gambar memang nampak cantik pun...

      Delete
  3. mala..akak nak tahu, daun bunga sekentut boleh di makan ke?akak memang tercari2 pokok sekentut..di katakan boleh buang angin dalam badan. daun dia memeng busuk bau kentutkan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bunga tu tak tahulah dimakan ke tidak.Pucuk dia tu ya memang boleh dibuat ulam. Kawan2 saya suka berulam dengan pokok sekentut ni. Depa cakap lemak rasanya.Kalau nasi ulam pun masuk daun ni juga. Baunya tu..masyaAllah..memang kentut sebiji la..hehehe..

      Delete
  4. Alhamdulillah.
    Indahnya ciptaan tuhan.
    Terapi mata yang mengasyikkan.

    ReplyDelete
  5. Subhanallah. Lama sungguh tak melawat kebun kak mala...mmg puaslah setiap kali singgah sini terasa sgt segar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi tak syok sikit sebab kebun bukan depan rumah..

      Delete
  6. Baru lepas jalan2 kebun akak... memang sangat disukai kesemuanya.. untung betul sikupurama posing depan kamera akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang tak terkejar sikupurama dah..camera problema..susah nak klik

      Delete
  7. Cantik jugak bunga sekentut tu yer... walaupun namanya tak seindah rupa... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel2 bunga dia..kalau naik berjambak sangat cantik..

      Delete