Wednesday 12 October 2016

My Never Ending Story....

Tidak tahu bagaimana mahu mentafsir rasa hati bila masalah yang sama ini bagai tiada kesudahan atau penamatnya...Berbuih mulut bercakap dan kadang-kadang menghamun sesedap rasa tapi keadaan tetap tidak berubah malah makin menjadi dan membiak tanpa jalan penyelesaian yang memihak kepada orang yang seperti saya. Pekebun tegar kecil yang terpaksa bergelut dengan penternak suka hati. So..this is my never ending story ...

Beberapa hari lepas saya sibuk mengambil gambar sayuran & bunga2an di kebun. Maklumlah hujan semedang jadi inilah kerja yang boleh di buat pun. Kelihatan bunga terlebih banyak dari sayur pula.

Cosmos, Angelonia & marygold berlumba-lumba kembang sekebun..

Matahari campak-campak...sepokok saja hidup tapi meriah berbunga...tengok ni hati saya pun ikut kembang sekebun...

Tapi orang kata kebahgiaan tu tak lama..mmm biar saya bermelankolik sikit....Lihat apa yang saya jumpa di pagi Rabu yang dingin ini...dalam simbahan cahaya bening pagi sepasang mata menatap saya dengan penuh kesayuannn.....Zupppp!!! jantung saya seakan berhenti berdegup. Benarkah apa yang kulihat ini. Abannggggg.......

Disasterrrrr!!! Ada se ekor kerbau dengan tali hidungnya  yang masih tersangkut dipukat pagar kebun saya. Dari semalamlah begitu rasanya.   Terpaksalah hubby keluar kelam kabut untuk mengunting tali yang terbelit. Berdepus-depus bunyi kerbau manakala saya dengan hati yang luluh memandang saja dari jauh sambil suruh hubby berjaga-jaga. Takut di sondolnya pula perut.  Sat gi habis set2 baju tidur...pengsan pula kerbau tengok..jenuh!

Manalah tak luluh hati...Tengoklah keadaan pagar kebun saya yang patah riuk ini. Tanah yang lunyai dengan tahi yang bertompok-tompok.

Pokok-pokok bunga sepanjang pagar ini habis terbungkas dan ranap di lanyak. Tu mujur se ekor...

Kalau datang sekawan macam ni...dengan jiwa-jiwa saya habis punah...

Rasanya baru semalam  saja duk tengok thunbergia biru ni berlajar menjuntai...

Angelonia pun...semuanya tinggal kenangan. Bersusah payah saya membangun semula pagar yang roboh secara ala kadar sementara menunggu suami balik kerja dan baik pulih kembali.  Kudrat perempuan tak terdaya nak memasak kayu ke tanah yang keras.

Inilah cabaran terbesar saya bila berkebun. Kalau jiwa & semangat tak kental memang lama dah saya gantung cangkul.

Pemandangan  biasa padang tepi rumah. Puak Che Kam sedang menjamu selera..

Puak Che Mbu...tuan dia yang duk ronda tengok atas motor tu...relax saja lepas lembu masuk kawasan..

Tali dia terbelit di batang pokok nyior jadi  habis pokok daun pandan saya di kendurikan. Orang semua duk dalam rumah. Bila keluar tengok..dah licin pun...sapa nak jawab. Kaspin yang ada tepi tu pun tak boleh buat apa..pandang2 saja...

Pernah beberapa kali   di angkut oleh penguatkuasa majlis tempatan tapi kemudian lepas kembali. Orang kata ada campur tangan politik....begitulah kalau tidak ada intergriti ya...

Habis tu mana tuan dia tak naik lemak. Dia nak heran apa...meronda sakan lagi la Che Kam..

Memang kalau ikut hati yang sakit macam saya nak ketuk hidup-hidup tapi saat melepaskan mereka sayalah pula cepat-cepat ingatkan suami..'tolong jangan pukul bang..depa tu binatang..bukan tau apa...'  Walau nilai kemusnahan yang di alami agak  besar namun pada saya bukan rugi dari segi  wang ringgit yang saya kirakan. Tapi kemusnahan  dari dalam diri saya sendiri. Itu yang lebih parah.

Apabila melihat pokok yang kita belai siang malam musnah sekelip mata. Daun koyak rabak. Batang patah riuk...sakitnya jiwa tuhan saja yang tahu.. Dalam kenangan. Berbelas tahun saya cari rose ni. Sanggup beli dengan harga yang mahal lagi pula bunga feveret arwah ibu tapi sekarang saya sudah kehilangannya setelah berkali-kali direntap oleh Che Kam walaupun berpagar. Sampai saya rasa Che Kam ni adik beradik hantu sebab sentiasa dapat meloloskan diri. 

Walau binatang ini tiada akal tapi kadang-kadang kemulian mereka lebih jelas kelihatan dari tuannya. Kerbau yang dilepaskan tadi beberapa kali berhenti dan menoleh kearah suami dan saya. Mungkin nak ucapkan terima kasih kut sebelum pergi.

 Tak apa, pergilah kerbau saya maafkan & dan halalkan kamu. Memang saya redha dalam sedih dan sakit. Untuk meneruskan hari yang mendatang dengan tenang saya sentiasa cuba bersikap positif dan memaafkan. Cara begitu akan buat saya mudah lupa dan ceria kembali dengan tanaman lain yang masih ada. Hidup akan mudah jika di permudahkan! InsyaAllah.


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!




























24 comments:

  1. Lovely place ! I can see that animals have done great damage !
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Ella,
      Those livestocks are my big challenge when gardening. The farmers are not resposible for the plants damages. So heart ache and somtime make my spirit going down..

      Delete
  2. AllahhuAkbar... luluhnya jiwa melihat usaha yang akhirnya jadi sia-sia...

    Tiada berperasaankah 'mereka'? :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak berperasaan langsung Kak Cik Nur. Sebab social life orang2 ni cukup berbeza dengan kita. Depa ni orang Burma. Penduduk tetap yang diiktiraf. Semua orang cakap kerajaan sangat jaga orang2 ni sebab menambahkan undi...tapi mereka tidak tahu yang menerima padah ialah orang2 tempatan. Walau usaha baik dilakukan untuk membudayakan mereka menjadi Melayu Malysia kembali tapi tata cara hidup yang sebati mereka bawakan dari negara asal susah untuk dipisahkan.

      Delete
  3. Allahurobbi.. kalau budak kecik dan menangis hentak-hentak kaki Kak Mala. Kakak yg sekadar melihat gambar pun rasa alahai geramnya dgn tuan empunya ternakan. Betul kata kak Mala binatang tu tak salah tapi tuan dia kenalah alert mana perginya ternakan dia.

    Macam tak tahu dosa pulak.. ehh kakak ikut geram sama tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan saya seorang saja yang kena dengan puak ni Zakie..seluruh warga Langkawi kalau berjiran dengan depa ni siap la menerima cara hidup depa yang tak beraturan tu...

      Delete
  4. Sedihnya... kebun depan rumah kami pun porak poranda oleh ayam.
    Thunbergia-nya sangat cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau jiwa tak kental dan kalau tidak kerana minat mendalam terhadap tumbuhan memang apa pun saya tak nak tanam disini Endah. Amat menyakitkan dan buat dosa kering sebab selalu menghamun binatang2 tu dan tuannya sekali.

      Delete
  5. Inilah cabaran orang bertani.
    Kadang2 sampai melunturkan semangat.
    Apa2 pun kita kena kuat
    Jangan sampai stress
    Fikirkan yang positif.

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah.. selama empat tahun sudah binatang2 ini berkeliaran disini..kak cuba ubah diri kak sendiri untuk berlajar meredha ..nak ubah tuan & ternakkan depa memang tak haraplah kan...Cuma tu la..mulut ni belum lagi boleh ditutup..asyik nak marah saja..

      Delete
  6. You have the most admirable garden! Oh those cows, I miss them. Used to see them in my kampung when I was very young. And your sunflowers, wow! Amazing job, Normala!! Heart your flowers!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Raining all the time. I cannot do much & my kebun almost flooded. Those animals keep moving in out at the bush nearest my housing area. I'm not lucky when the group stopping by and damaging my plants.

      Delete
  7. Ya Allah, sedihnya.....betui kak mala lembu mmg tk blh fikir tapi tuan punya yg berakal tu kena la urus ternakan dia...ish ish ish...habis kebun porak peranda...

    ReplyDelete
  8. I think the animal owners don't bother about the damage that they will do to your farm.....! sakit hati betul! buat pagar besi Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak boleh buat pagar kekal Malar sebab tanah tu tanah tumpang sementara saja...

      Delete
  9. suka tengok tempat ni, anak2 saya pun suka la tu ada lembu dan kambing. tenang pun ya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka tengok..tapi bila dia makan pokok kita aduhhh....

      Delete
  10. Memang sedih dibuatnya kalau jadi macam ni. Macam kakak saya punya tanaman di kampung. Habis kambing orang masuk kawasan rumah dan jahanamkan pokok yang kakak tanam. Dah berpagar molek dah kawasan rumah tu tapi tu la, lepas jugak kambing tu masuk.

    Memang kena kuatkan semangat. Bertabah la ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Cik Azz. Memang betul2 kena kuatkan semangat.

      Delete
  11. Beautiful kampung! Oh I miss seeing cows walking on the road now :( Btw Normala, have you seen a yellow cuphea yet? I saw it at the nursery the other day.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yellow cuphea...1st time heard this. Also not yet mention by any fb group members...

      Delete
  12. Memang dugaan Kak Mala.
    Kami ini pun dugaan banyak beberapa minggu lepas...jadi mood pergi ke laut nak buka blog.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Patut duk heran kenapa lama Diana tak posting kat blog...apapun kena kuat semangat..

      Delete