Wednesday, 2 November 2016

Marygold

Hari ini panas terik. Berminggu sebelum itu hujan, berangin dan sesekali ribut melanda tempat saya. Tahun ini memang banyak sekali hujan turun. Saya tercari-cari bunga apa nak diceritakan minggu ini. Pilih-pilih saya mahu bunga ini ...Marygold atau sangat dikenali dengan nama Tahi Ayam untuk panggilan setempat.

Ini adalah satu-satunya Marygold terbesar  yang pernah saya tanam. Mungkin kerana faktor hujan lebat telah menghanyutkan butir-butir baja sayur  kepangkal pokok tersebut lalu ia jadi subur begini.  

Bila meriah berbunga semua orang tengok suka walaupun hakikatnya baunya tidak disukai dan jarang menjadi pilihan. Jenis ini sangat lasak dan benihnya mudah dicambah. 

Dua bulan lepas saya beli benih online dari rakan fb. African Marygold. Ini bunga sulung. Sangat puas hati dapat jenis ini. Besar dan cantik. Warnanya pun sangat  pekat memikat.


Tapi saya terpaksa letakkan di kebun saja. Sayang tak boleh nak ceriakan dilaman depan takut Che Kam makan.

Untungnya dalam satu peket saya dapat tiga jenis bentuk kelopaknya. Semua bunganya bersaiz besar.

Sejenis lagi...

Ramai tidak tahu sebenarnya bunga Marygold ini eluk di tanam di kebun sebagai 'companion plant'. Bunga ini dapat menghindari beberapa jenis serengga atau parasit tertentu didalam tanah yang bertugas merosakkan akar dan keseluruhan pokok terutamanya pokok-pokok sayuran. 

Selain itu bunga ini juga mempunyai nilai herbanya sendiri.  Dikatakan dapat menyembuh beberapa jenis penyakit yang mungkin kita tidak pernah tahu dan menduga. Sila rujuk khasiatnya di blog ini.

Sekarang saya tengah teruja nak mengumpul kembali jenis-jenis marygold ini. Beberapa tahun dulu saya juga ada menaman dari jenis dwarf . Malangnya seperti biasa saya alpa maka pupus terus pokok-pokok tersebut. 

Yang dah pupus termasuklah dari jenis French Marygold ini. Saya beli benihnya di pasaraya saja..murah harganya masa tu. 

Marygold jenis dwarf ini lebih mudah ditanam dengan keratan batang tapi  saya kurang tahu waktu itu. Manakala benihnya tidak lansung mahu bercambah.

Sebahagian lagi...pupus.

Yang paling saya sayang. Marygold White Kilimanjaro. Besar bunganya. Siput makan habis.

Banyak sudah saya beli benih, ruginya saya kadang-kadang tidak pernah berlajar dari kesilapan. Patut ada sedikit info sebelum mahu menanamnya jadi sekurang-kurangnya kita tahu dan sempat  membiaknya sebelum pokok itu mati atau pupus. Marygold yang besar gedabak pokoknya tu dah tumbang dan melayu masa ribut baru-baru ini. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!






32 comments:

  1. Segar mata bila pagi-pagi dapat memandang pokok hijau dan bunga pelbagai warna begini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul NM..mata akan segar kalau memandang kehijauan

      Delete
  2. cntiknya bunga.. Unni suka bunga tapi malas nk tanam..hihihi

    ReplyDelete
  3. Banyak betul species Marigold Mala! I ada yang warna kuning terang je. Same as you, banyak pokok I dah pupus.... ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sekarang tengah membeli benih marygold untuk ditanam semula Malar

      Delete
  4. Sayangnya yang putih tu rebah.. saya pun peminat marigold juga.. belum ada tempat lagi untuk pasunya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pasu & tanah cukup menjadi masalah Mar, tambah2 ditempat kak ni serba serbi mahal...makan modal juga la...

      Delete
  5. Dekat sekolah anak kakak depan dewan tempat berkumpul kanak dan belakang dia penuh dgn bunga ini warna-warni. Minggu lepas masa sampai tu tengah gerimis geramnya tengok. Masa tu kakak boleh cakap dgn anak kakak kawan blog mama (Kak Mala siapa lagi). Pandai tanam macam ini. Sekali hari ini kakak terbaca betul memang Kak Mala ada pokoknya.

    Cantik kalau diselang-selikan pokoknya ikut warna - dah macam kat Cameron Highland..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tengok kabus kat bukit tu memang rasa mcm duk kat tanah tinggi pun...tapi kalau pandang kat tanah dibawah ni..mcm duk dalam bendang pula Zakie...kebun kak memanjang banjir...pokok2 tahi ayam yang besar2 banyak dah tumbang. Kiranya hujan kat sini non stop..habis kuat tak hujan sehari saja pastu mula balik...dah berbulan begitu...

      Delete
  6. Cantik nya bunga marigold tu mkaknoor ada tanam jugak tpi tklah secantik Mala punya ni
    Lagipun bukn jenis yg kembang tersusun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ada jenis kelopak sikit dan kecil Kak Noor. Dulu2 masa kecil arwah mak saya pernah tanam tahi ayam ni jenis kelopak samprit warna kuning air...sekarang ni susah nak jumpa macam tu dah...agaknya bunga2 jenis lama ni makin pupus sebab bunga2 luar negeri pun dah boleh sesuai hidup disini



      Delete
  7. This is so wonderful! I planted the seeds before but they failed to germinate. Hey, Normala, good luck with the gloxinia seeds. I hope they all will turn out ok. Have a great weekend!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya...I'm so exited with my gloxinia....watching them growing everyday...

      Delete
  8. teringat zaman kecik2 dulu
    saya suka cium bunga ni..lps tu menonong pening kepala hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe...lama tak dengar ayat menonong ni...Walau orang kata busuk tapi kak suka juga cium bau dia...

      Delete
  9. banyak betul marygold kakak. cantik2 kembangnya tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih banyak jenis lagi marygold yang kak tidak ada. Duk tengah mencari ni

      Delete
    2. oo ada macam2 jenis je MG ni kak mala? cant wait to know more

      Delete
  10. Assalamualaikum kak, semoga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Arwah emak banyak tanam pokok bunga tahi ayam ni dulu. Tanam dalam pasu tin cat. Tapi dulu la...Tapi kenapa panggil bunga tahi ayam? Tak ada pun gaya tahi ayam bunga tu...bau pun tak ada bau tahi ayam..? hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu, memang bunga tahi ayam ni bunga orang dulu-dulu. Kak celik mata pun dah ada dah bunga ni..tapi sekarang dah banyak tahi ayam hybrid yang dibawa masuk. Bau dia bagi kebanyakkan orang busuk tapi bagi kak tiada masalah.

      Delete
  11. Walaupun berbau kurang menyenangkan namun ia tetap cantik dan sesuai dijadikan lanskap.InsyaAllah saya akan cuba pula menanam marygold...dan kemudian bolehlah menghiasi blog saya.Terima kasih atas perkongsian ilmu ini...

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. Salam Raihanah. terima kasih sudi melawat.

      Delete
  13. Yang marigold african bunga besar, biasanya Diana suka letak di celah pokok-pokok lain.
    Sebab kalau musim hujan ada pokok jiran bantu support.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini musim hujan dah mula mengurang. Kak sibuk duk merumput untuk tanam sayuran, musim hujan aritu almost 6 bulan turun tanpa gagal.Habis pokok2 yang batang beair jadi lecur dan kena fungus

      Delete
  14. ky dulu pun pernah tanam..tulah bila tiba musim hujan akar mereput dn mati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu KY..kalau angin kuat cepat tumbang pokok ni

      Delete
  15. Wah meriahnya bunga marigold tu.
    Berwarna warni lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pokok tahi ayam ni bagus jadi companion plants kat kebun.

      Delete