Friday 24 June 2016

Kebun Bulan Puasa

Sepanjang bulan puasa ini cukup membahagiakan  saya kerana berbuka dengan sayur dari kebun sendiri. Sendiri tanam, sendiri petik, sendiri masak & se famili makan. Tanaman yang di semai dan sedia ada bagaikan berjanji, betul-betul dapat dituai dalam bulan yang mulia ini. 

Walaupun hasilnya kecilan tapi cukup buat saya dan anak menantu merasai nikmatnya.

Timun betik sulung  saya masak pada puasa ke sepuluh  tanpa disedari. Tau2 sudah tertanggal dari tangkai dan sudah merekah. Baunya harum semerbak.

Saya simpan semalaman untuk dapat hasil yang lebih baik. Terover masak sudah...isinya cukup gebu dan lembut. Saya potong kecil-kecil dan masukkan dalam santan yang dimasak bersama gula dan sedikit garam. Simpan dalam freezer untuk sejuk yang maksima.

Mmmm...rasanya memang enak dan menyegarkan..Ceritanya dulu-dulu saya tak boleh bau lansung buah ni. Meloya. Busuk. Termasuklah honey dew. Hairan macamana orang lain boleh suka dan makan. Tapi sekarang dah feveret....

Dah nak jadi tanaman tetap  dalam kalendar  kebun saya...menjadi juga walau benih campak-campak.

Lagi hasil dari benih campak-campak. Buah tembikai...

Timun mini dan terung kali ini agak menjadi juga walaupun tidak meriah berbuah serentak.

Timun saya jenis keluar satu satu. Saya teringin nak macam orang lain tanam berjuntaian  sekali keluar. Tapi tak mengapa juga, buahnya sentiasa ada dipokok.

Comel dan manis rasanya.

Terung putih. Yang besar simpan buat benih.

 Kali pertama saya tanam terung..semuanya naik sebiji sepokok.  Kali kedua ni kira Ok jugalah. Terung Bangladeshi 4 biji sekali keluar.

Sambal Bangladeshi dengan udang . 

Terung jenis panjang purple ...baru sebiji..

Walau pun hujan masih berlarutan siang malam, cili saya tidak memburuk. Sihat dan cantik pula.

Dah tinggi dari saya pun....Lebat buahnya. Saya kutip buat jeruk sebab kawan-kawan pun jarang datang memungut di bulan puasa ini. 

Ini pula kacang panjang renek pemberian Julie M, kawan blogger kita. Tak sampai dua bulan dah boleh makan...Sekarang saya tengah duk prepare batch yang kedua dari benih sulung.

Kutipan pertama. Saya teringin nak buat kerabu pelam style orang Langkawi. Di campur kacang panjang bersama  kelapa goreng, udang kering, cili padi, bawang, serai, kacang tanah,garam, sos ikan, asam limau dan perasa.

Lebih kurang beginilah kejadiannya...

Peria...sepokok saja tapi sampai tak termakan buahnya... berjasa juga dia ni sebab dapat disedekahkan pada jiran. 

Petola panjang. Hanya sebiji ini saja lekat. Pokok subur bukan main. Bila masak pahit pula rasanya. Terus saya buang pokoknya kerana terlalu merimbun tapi malas berbuah.

Tomato ceri...dak rasa muak nak tanam sebab kedekut buah...tak tahu nak buat macamana nak bagi lebat sikit. Tak mahu menjadi betul...Ada lah lima biji sepokok. Baru masak tiga biji tapi alhamdulillah dapat juga buat air asam makan dengan ikan bakar untuk berbuka..

Sawi kerinting. Menjadi rezeki belalang dan ulat. Walaupun banyak yang saya tanam tapi cuma dapat makan beberapa pokok saja....Tak apa lah..sedekah bulan puasa...

Sebagai ganti...rezeki dari jiran. Nasi Ulam..Ulamnya di pungut segar dari kebun saya pagi tadi. Lain orang lain resepinya. Kalau arwah mak buat..ulam/awasnya lebih banyak lagi. Menghijau nasinya. Apapun sedap rasa nasi ulam ni. Pandai jiran saya buat. Secukup rasa. Kalaulah ada sayur keladi.... 


OK kawan-kawan, selamat berpuasa. Take care. Happy blogging & happy gardening!

























































Wednesday 15 June 2016

Bunga- Bunga Ramadhan 2016

Bunga-bunga saya banyak yang berkembang sepanjang Ramadhan ini tapi kadang-kadang terlepas pandang sebab hujan yang berterusan turun membataskan aktiviti meronda saya. Dari sebelum puasa hinggalah ke semalam  pokok-pokok tanaman terus bermandi hujan. Terlampau banyak air pun boleh merosakkan dan memudaratkan sesetengah pokok.

Kemboja Bali kuning pemberian Diana semasa datang ke Langkawi..2013, pertama kali berbunga. Cantik tapi tak dapat nak cium baunya sebab dah meninggi.

Kemboja pinkish kuning ni kembang di laman sebelah ( homestay ) Terpaksa tempatkan dia di situ untuk pancaran matahari penuh. Ruang rumah saya sudah dipenuhi. Walaupun sedikit jauh tapi saya tetap happy untuknya. Kesian..banyak bunga kembangnya berjauhan dari saya. 

Macam Lily Amarylis merah ini kembang tanpa sedar. Tau2 dah tersenyum dalam kebun R&R. Kalau boleh saya mau bawa semua bunga-bunga ini ke laman depan rumah. Saya nak mereka kembang beramai di situ tapi apakan daya... ruang terhad, cahaya tak mencukupi dan Che Kam pula saban waktu menghampiri.

Senasib, Lily Cameron merah putih ini juga kembang jauh. Kembang dalam kebun R&R.

Amaryllis saya ada 6 jenis variety dan warna tapi cuma dua jenis ini saja rajin berbunga. Yang empat lagi masih bertapa dari musim panas sampailah ke musim hujan. 

Portulaca pun tiada tempat di laman depan. Bila berjauhan kurang perhatian. Begitulah jadinya. Koleksi lebih dari 20 jenis warna sudah mengurang lebih dari separuh. Serangan kulapuk/fungus  dan lebihan air telah merosakkan, mereput  dan seterusnya mati tanpa sempat di replant.

Tahun ini pula kupurama kembali berpesta dan membiak sebebasnya. Boleh kata seluruh sayuran dan pokok bunga saya jadi perumah anak kupurama. Saya tidak pernah meracun. Tak larat jugalah  nak mengutip  buang ulat.

Memandangkan sekarang  bulan puasa,  jadi saya  abaikan kegemaran  merakam aksi gembira mereka sebab tak larat nak mengejar nanti kering kerongkong. Cuma snap apa yang ada depan mata saja..si Blue Pansy paling banyak mendominasi kawasan rumah.

Seperti portulaca, vinca juga banyak yang mati  sebab terlebih air. Untuk galakkan dia berbunga saya terpaksa tempatkan  mereka diluar walau terpaksa mengambil risiko di makan Che Kam. Di dalam pula cahaya tidak mencukupi.

Morning glory yang masih bersisa. Saya hilang hampir 10 jenis warna yang lain...frust juga tapi fitrah alam tidak dapat kita halang...

Gambar dulu-dulu. Trellisnya pun dah arwah. Seronok kalau dapat tanam semula secara terbuka begini..terhidang cantik depan rumah...namun sekarang adalah zaman kegemilangan Che Kam jadi hajat terpaksa dipendamkan. Saya plan untuk dirikan  pagar kayu luar rumah  tapi mungkin budget tahun hadapan.

Sebenarnya lama sudah berhajat  nak upgrade laman tapi masalah baru pula timbul. Berebut tempat pula dengan Cik hubby. Dia dengan burung-burungnya banyak merampas ruang terhad saya untuk membunga.  Terpaksa mengalah walau tak puas hati....sebab dulu dah janji ruang depan tu semuanya untuk bunga saya....

Tapi lelaki kan suka nak menang...jadi menanglah dia dan saya terpaksa berkongsi ruang...Ohhh...saya memang tak suka bila tahi burungnya banyak jatuh atas daun..bertapuk..siap dengan baunnya lagi....

Alah..kongsi tempat ja...itulah ayat dia...tapi saya selalu cakap abang tu pendatang..mana aci. Awal minggu bulan puasa saya beli lagi rose baru bila terserempak di market. 

Biasalah saya, hati mudah cair...bila hubby pun senyum saja tak rungut2...saya ambilah dua pokok..

Tapi yang ini dah hampir sepuluh hari tak mahu kembang kudupnya..rasa ralat lah juga

Jadi saya buka kelopaknya cara paksa...setakat ni saja kembangnya..mmmh!

Bunga baru juga..beli sebelum puasa. Puas la nak mengatur pasu.  Alih sana alih sini. Serba tak kena. Laluan tak boleh padat nanti tuan burung tersepak pasu sebab mata dia melangut ke atas saja...

Gambar lama. Dalam hati sentiasa rindu nak biarkan pokok-pokok saya open air macam dulu. Berkembang meriah setempat. Tiada gangguan Che Kam segala. Bebas nak gantung dan letak pokok kat mana pun. Sampai tinggal lorong kecil pun tiada siapa nak komen...atau tersepak pasu..Mmmm..lambatnya nak tunggu setahun lagi...biarlah saya berangan dulu....

OK kawan-kawan, selamat berpuasa. Take care..hapyy blogging & happy gardening!