Saturday, 4 February 2017

Cosmos

Beberapa bulan lepas  saya membeli banyak jenis benih cosmos untuk di semai.  Memang terpikat sangat melihat pelbagai variety dan warnanya. Sebelum ini pernah mencuba tapi tidak berjaya tumbuh eluk. Kalau berbunga pun mesti kecil dan terencat saja. 

Pada masa yang sama cosmos 'kampung' masih meriah berbunga di kebun. Tumbuh bersilih ganti dari biji benih yang gugur. Tidak payah disemai. 

Dua jenis warna iaitu oren dan kuning. Sangat lasak dan besar tinggi pokoknya. Berbunga lebat, bersaiz besar dengan warna yang terang. Berbaloi di tanam, tidak perlu pembajaan dan penjagaan rapi.

Tapi itulah..nak tanam juga yang jenis luar tempat. Ini benih beli pasaraya. 

Cosmos Gloria. Besar bunga dan pokoknya pun tinggi. 

Mudah hidup dengan keratan batang. Tapi  tidak terlalu praktikal kerana rantingnya tidak banyak untuk dikerat. 

Cosmos Alba. Walaupun beli hampir  sepuluh jenis variety tapi hanya beberapa saja yang berjaya hidup dan berbunga. Kebanyakan mati dibekas semaian atau benih tidak tumbuh lansung. 

Cosmos Dazzler Red. Sangat solid warnanya, 

 Sebahagian dari beratus biji benih yang saya dapat dari bunga yang kering. Malangnya bila disemai sepokok pun tidak tumbuh. Memang pokok ini dipatenkan begitu agaknya. Sehingga kini hampir empat kali saya semai tetap masih belum berjaya menjadi. Frust sudah. 

Mmmm...balik-balik jenis yang kampung inilah juga yang terbaik. Berbunga siang malam dan kalis penyakit setakat ini. Rasanya cukup sudah mencuba. Lepas ni no more cosmos seed..( betul ka....). 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

















34 comments:

  1. subhanallah cantiknya bunga2 comel2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dirumah sentiasa ada sepanjang tahun bunga ni.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang dia dua beradik dengan ismet ulam raja..hehehe...tapi yang bunga hiasan ni pucuk dia bau cengeh sikit. Memang sangat2 kembar seiras depa ni...

      Delete
  3. Banyaknya!! Dah macam kat taman bunga. Cantik sangat..
    Kalau producer filem hindustan ni suka shooting tempat cantik macam ini:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul Zakie...masa 3 tahun lepas dia berbunga penuh dirumah homestay. Besar tinggi pula pokok dia. Masa tu kenduri kawan sebelah rumah. Ramai yang datang masuk pi ambil gambar dalam pokok tu. Depa kata rasa macam duk Cameron Highland.

      Delete
  4. Replies
    1. Nama kampung dia ulam raja bunga atau ulam raja hiasan tapi daun dia tak sewangi daun ulam raja yang kita buat ulam tu. Orang yang kuat berulam daun ni boleh bau perbezaan dia. Kak sendiri pun kadang2 terkena juga waktu nak kutip ulam tu...kalau waktu dah ada bunga senang kenal.

      Delete
  5. saya pun baru tahu ni cosmos namanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama botani dia cosmos..tapi setiap warna dan bentuk ada tambahan nama lagi dibelakang. Contoh...cosmos double...cosmos picotee..mcm tu la..Nama kampung ulam raja hiasan..atau ada juga orang panggil ulam raja bunga

      Delete
  6. Cantik betul Cosmos kampung Mala!
    I dah penat beli benih Cosmos. Tak pernah tumbuh atau pun mati half way!
    Mala dapat benih Cosmos kampung kat mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benih tengah banyak sekarang. Tolong bagi alamat sekali lagi untuk saya pos. A;lamat dulu rasanya saya tak simpan. Sorry.

      Delete
  7. Baru nie, balik kampung penuh keliling rumah mak mertua ngan bunga ini...katanya tak semai pun, bawaaan angin agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul..bawaan angin atau air hujan.

      Delete
  8. subhanallah cantiknya. warna mearh gelap tu unik betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang cantik cosmos oversea ni tapi tu la benih ada semai tak tumbuh pula.

      Delete
  9. Cantik warna warninya! Saya cuma tanam jenis kampung. Yang warna warni saya selalu gagal semai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sebelum ini gagal juga. kemudian saya guna peatmoss untuk semai biji benih. Baru menjadi.

      Delete
  10. bunga yang cantik selalunya susah nk jaga ye Mala. yg kg pun cantik juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa pun yang kampung memang yang terbaik. Tak perlu jaga tak perlu ragu hujan ke panas ke..tapi kita ni duk suka juga orang luar..Mmmm...

      Delete
  11. I really love these beautiful flowers !!
    Greetings

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    wah, cantik sangat bunga ni, terutama yang warna merah tu.
    betulla kata akak, yang kampung juga terbaik. tahan penyakit. macam ayam la, ayam kampung juga terbaik berbanding ayam bandar..eh keluar tajuk pulok. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu...
      Memang betul, sekarang ni apa2 pun orang suka cari produk kampung juga akhirnya. back to nature. Kak pun kalau boleh nak balik duk kampung atau nak buat rumah kampung style...bela ayam itik..

      Delete
  13. Lama kak Zai tak singgah sini. Bila tengok pokok2 bunga Mala rasa terhibur nak buat gardening semula. Balik dari Turkey kaki Kak Zai ada masaalah sebab 2 kali jatuh kat sana.

    ReplyDelete
  14. Cosmos kuning dan oren tu jenis cosmos suplhureus tu seperti ulam raja memang mudah tumbuh cuaca tropika ni Kak.
    Yang warna lain dalam koleksi Kak Mala tu cosmos bipinnatus tu mencabar sikitlah untuk kawasan tropika.
    Tapi kalau cuaca 4 musim gardener sana pula akan kata cosmos bipinnatus lagi mudah nak tanam banding dengan cosmos sulphureus dan ulam raja kak hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak baru dapat sepeket besar cosmos bipinnatus dari rakan fb Indonesia. Jenuh tanam..

      Delete
  15. chantek dan jelas gambar2 bunga., ;p

    ReplyDelete
  16. cantiknya bunga2 cosmmos aneka warna mudah tumbuh biak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dari jenis mudah biak cosmos ni. Adik beradik ulam raja juga. Benih dia tumbuh merata.

      Delete
  17. puan mala, ada tak benih cosmos kampung tu?

    ReplyDelete