Thursday, 9 March 2017

Plain Coreopsis / Coreopsis Tinctoria

Musim panas tahun ini menyaksikan bunga-bunga dari benih yang saya semai tahun lepas dan awal tahun ini telah berbunga. Rata-rata di beli secara on line dan boleh dikatakan semuanya berasal dari luar dan tanah tinggi. Kadang-kadang rasa serik juga menunggu hasil dari biji benih ini. Puas menunggu apa lagi kita ini tidak pernah menanamnya sebelum ini. Cuma tengok gambarnya sahaja. Namun bila ia berjaya berbunga...wahhh, tak dapat nak cakap...happy!

Ini dia kelompok coreopsia pertama saya yang kembang. Tahan panas sebab itu saya memilihnya. 

Bunganya mirip bunga cosmos atau ulam raja hiasan mungkin kerana mereka dari famili yang sama..asteraceae.

Ketika ini umurnya sudah dua bulan tapi masih belum mahu berbunga. Daunnya sangat subur bak sayur. dan juga beraroma. Info yang diterima dari rakan fb, ia mengambil masa dari 5 ke 12 bulan untuk berbunga. Setahun? Aduhai...tak sukanya dengar...

Namun bulan berikutnya putik-putik bunga telah muncul dan melenyapkan rasa kecewa saya. Jadi benih saya ambil 3 bulan sahaja untuk berbunga.  Suka. 

Sudah meriah berkembang.

Berjaya juga saya. Nanti bila bunga kering saya mesti cepat kumpulkan benihnya untuk tanaman semula. Jika putus benih,  terpaksa beli lagi. Untuk tidak suka penantian dan kerja remeh menyemai benih, membeli bunga pekej siap adalah pilihan yang tepat.

 Kadang-kadang memang tidak berbaloi jika cuma mendapat sekuntum bunga dari sebatang pokok setelah berbulan dalam penantian. Namun bagi orang yang jiwanya seperti saya sebiji benih menjengul dari balik tanah pun sudah cukup menjadi satu kepuasan. 


OK kawan-kawan please take care. Happy blogging & happy gardening!



25 comments:

  1. Salam kenai..
    Mesti happy tengok bunga berkembang..
    Makchaq pun suka menanam.. tapi jarang tanam bunga, suka tanam pokok2 yang boleh dimakan..
    Dah pencen ni start balik menanam.... harap- harap lepas ni x payah la beli kalau setakat nak gua sikit2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya salam kenai makchaq. Terima kasih sudi melawat.
      Saya pun suka berkebun juga makchaq. Tanam serba sedikit. Lepas la beda beli cuma tu la duk rumah taman ni ruang terhad...tanah pun nak kena beli.

      Delete
  2. Wah Cantik betul! Nampak macam Cosmo! Mesti Mala senyum memanjang! Puas rasa kan!..hhahahha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti Malar...senyum memanjang. Tapi itulah pokok ni bunga tak lama...kena sentiasa replant.

      Delete
  3. cantik kan kak Mala, berkembangan indah, Maha Suci Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiwa kak tenang & happy bila tengok bunga berkembang depan rumah.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak Mala...
    SubhanAllah...mmg cantik sungguh bunga ni, kak Mala memang seorang yg penyabarlah, menunggu coreopsis ni berbunga ye, hihi...tahniah kak! Mmg berbaloilah tanam bunga ni, cantik! Moga2 benih coreopsis ni takkan putus2 nnti & bolehlah share2kan skit ye kak hihihi...happy gardening kak Mala....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Julie,
      Setakat ni bunga dah kering tapi kak belum jumpa any seeds pun...kalau ada apa salahnya share, boleh saja...

      Delete
  5. Beautiful flowers !!
    Greetings

    ReplyDelete
  6. macam bunga matahari ya kak. cantik terang kalernya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul terang warnanya seakan bunga matahari cuma bunganya kecil saja.

      Delete
  7. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Hmm, cantik betul bunganya. Berbaloi akak sabar menanti.. kalau ditanam sepanjang pagar rumah tentu sangat cantik dan menarik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu,
      Kat negara luar setengah tempat tumbuh meliar saja..tapi kat tempat kita jarang nak ada & orang tanam. Tu bila berbunga rasa syok pula...

      Delete
  8. ya allah kak, cantiknya.....saya memang kagum dengan akak, banyak collection bunga kak mala cantik-cantik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Miza, rasanya bulan ni kut last order biji benih. Nak tumpu kat kebun dulu. Tanam bunga dari biji benih ni menuntut banyak kesabaran. Ni dah nak dekat bulan posa...kena jarak2 dulu.

      Delete
  9. Cantiklah pulak..... kalau banyak depan rumah tu cantik tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kalau letak depan rumah mesti cantik tapi masaalahnya kat tempat kak banyak kambing. Semua bunga kat depan rumah kena buat kepungan, kalau tidak habis dimakannya.

      Delete
  10. Rasa gembira tak tergambarkan apabila usaha2 bertani atau menternak kita berjaya dan berhasil. Bukan untuk pendapatan yang diraih tetapi kepuasan hati melayan hobi yang dapat menyejukkan mata dan hati.
    Salam bertani.

    ReplyDelete
  11. Canteknyer merah kuning...berseri..

    ReplyDelete
  12. Mala buatlah satu taman tanam bunga spesis ini campur2..bila musim bbubga mrsti memukau pandangan

    ReplyDelete