Friday 26 May 2017

Indian Blanket / Gaillardia Pulchella.

Sudah hampir tiga bulan bunga ini berkembang namun  baru hari ini berkesempatan nak perkenalkan dia disini. Indian blanket nama glamournya. Pokok bunga yang berbaloi ditanam kerana tahan panas dan hujan. Macam biasa saya beli benihnya dari online. RM2 saja sepeket. Dapat berpuluh pokok. 

Lihat pada warna merah oren nya yang terang. Mungkin sebab itulah dia diberi nama julukan selimut Indian  ( merujuk pada warna kain puak red Indian dipergunungan ) Bunga ini juga sekelompok dengan bunga matahari dan lain-lain famili asteraceae.

Indian Blanket terdiri dari pelbagai warna dan corak kelopak tertentu. Saya cuma ada sejenis ini saja. Di negara asalnya ( Amerika Latin ) kebanyakkan bunga ini tumbuh meliar dan dianggap rumpai. Walaupun begitu ia masih ditanam sebagai pokok bunga hiasan campuran kerana bentuk dan warnanya yang cantik. Ada juga dari jenis hybrid renek,

Mmmm...malam ini malam melihat anak bulan. InsyaAllah esuk semua umat  Islam di Malaysia akan berpuasa. Semalam saya dah kepasar untuk stok Ramadhan. Semoga Ramadhan ini puasa dan amalan saya dipermudah dan dperkenankan begitu juga dengan kawan-kawan muslim yang lain. Di kesempatan ini saya memohon ampun maaf sekiranya ada penulisan atau komen-komen saya yang tidak menyenangkan hati kekawan. Selamat berpuasa semua!


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!



Sunday 14 May 2017

Layan Mata & Hati.

Sudah lama saya tidak memijak pantai walau duduk di pulau yang dikelilingi laut. Bukan tiada masa cuma bila usia meningkat perasaan untuk  'menikmati' rasa sedikit mengurang. Perkara biasakan...
Beberapa hari lepas baru terasa nak mengikut anak menginap di hotel suaminya bekerja. Dalam musim hujan boring juga tinggal seorang dirumah.

Lagipun tahun ini saya tidak keluar bercuti seperti biasa. Jadi  menempek saja buat rasa hilang rindu. Villa tempat menginap. Four Season. 

Namun saya tidak bermalam disini. Biar anak menantu dan cucu ber hoora....Qaseh paling exited. Belum sempat nak ambil gambar ruang tamu dia dah berguling berlompat atas katil. Suka sangat....memang tujuan kesitu pun untuk happykan dia.

Habis semua tempat dia nak panjat. Abah Qaseh melayannya buat kopi.

Manakala ibunya pula sibuk hantar gambar perangat maksunya di kampung....

Dalam hujan rintik saya sempat kepantai untuk ambil gambar.  Pantainya sangat bersih, luas dan panjang sekitar 1.5 kilometer. Kami datang waktu low season jadi tidak ramai pelancong disini.

Saya suka landskap hotel ini. Sangat luas, hijau, damai dan nyaman.  Keseluruhan  kawasan dilatari unsur air, kolam buatan, batuan dan kayu kayuan. Kerana terlalu luas saya tidak dapat merakam kesemua tempat cantik cuma dapat menyaksikan keindahannya semasa di bawa keliling dengan buggy dalam hujam.

Uniknya lagi sebahagian kawasannya  bersempadankan dengan sebuah bukit, Membuatkan persekitarannya cukup kelihatan semulajadi. Malangnya terlupa nak snap sebab ralit duk tengok.

Mmmm...apa nak kata...dah semulajadikan....jumpa kulit ular terselit dicelah blok batuan pembahagi bilik sebelah.

Pasu-pasu hiasannya pun cukup besar dan tinggi.
Tiang kayu yang di gabungkan menyerikan banggunan.

Lagi pasu besar depan villa. 

Dalam hujan saya perhatikan pokok kemboja berbunga putih mendominasi pokok tanaman lain di sini. Ini kerana bunganya digunakan untuk SPA.

Bunga yang gugur...

Hajat hati nak ambil gambar kolam renangnya yang mengadap pantai namun hujan masih belum berhenti jadi snap kolam kecil dalam bilik saja. Gambar pun agak kabur. Mmm...Qaseh tak menyempat nak mandi.

Mandi sampai kecut...

Sampai rumah hubby tanya, Qaseh macamana. Tentu saja happy, non stop melompat kehulu kehilir....jawab saya. Hubby senyum memanjang. Syukur kehadrat Ilahi sempat melihat anak & cucu hingga kedetik ini.  Tiada yang lebih membahagiakan hati seorang nenek bila melihat anak dan cucunya ketawa didepan mata. 
Selamat berhari minggu kawan-kawan juga Selamat Hari Ibu!



Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!










Thursday 4 May 2017

Aster

Musim hujan. Tak banyak yang boleh saya buat dan cerita. Kebun saya kebanjiran. Sayuran seperti sawi dan kailan banyak dimakan siput. Manakala putik-putik timun jepun saya yang sudah sebesar kelingking jadi layu disengat sejenis serengga  pianggang / kesing. Baunya busuk macam pijat. Rumput pun cepat saja memanjang tenggelamkan rupa bentuk lanskap kebun saya..

Sebahagian penjuru kebun yang digenangi air... 

Jadi saya rajin semula melihat bunga-bunga di depan rumah. Ini bunga aster. Saya beli bulan lepas dari seller on line. Satu warna ungu muda dan satu warna putih. sebesar duit lima sen saja bunganya namun kelopaknya bersusun comel.

Warna putih....Saya beli dua warna ini untuk melengkapi pokok aster kampung yang sedia ada di rumah.  Dulu-dulu arwah mak saya sangat suka bunga ini. Tanam merata. 

Pokoknya tinggi sekitar 2 kaki. RM15 sepokok dengan kos pos sebanyak RM18. Mmm..saya berharap boleh hidup lama dan sempat saya semai anaknya. Jika tidak rugi RM48 ya...

Ini juga sejenis aster, Saya beli benihnya dari pasaraya RM4.00 sepeket. Hidup dan berbunga juga. Namun tidak panjang hayat. Mati.

Walau apapun tak boleh lawan dengan aster kampung ini. Tahan lasak. mudah hidup dan ramah berbunga. Ada juga orang panggil pokok daisy. Pokok berbunga lebat ini saya tempatkan dipinggir kotak sayuran dikebun. Tidak peduli langsung tapi ceria sungguh dia..

Memandangkan hujan berterusan  ( mungkin sampai hujung tahun ) jadi saya ambil keputusan untuk gantung cangkul buat sementara waktu. Mungkin selepas raya baru saya berkebun kembali. Sekarang cuma beri perhatian pada pokok yang sedia ada sahaja. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!