Thursday, 4 May 2017

Aster

Musim hujan. Tak banyak yang boleh saya buat dan cerita. Kebun saya kebanjiran. Sayuran seperti sawi dan kailan banyak dimakan siput. Manakala putik-putik timun jepun saya yang sudah sebesar kelingking jadi layu disengat sejenis serengga  pianggang / kesing. Baunya busuk macam pijat. Rumput pun cepat saja memanjang tenggelamkan rupa bentuk lanskap kebun saya..

Sebahagian penjuru kebun yang digenangi air... 

Jadi saya rajin semula melihat bunga-bunga di depan rumah. Ini bunga aster. Saya beli bulan lepas dari seller on line. Satu warna ungu muda dan satu warna putih. sebesar duit lima sen saja bunganya namun kelopaknya bersusun comel.

Warna putih....Saya beli dua warna ini untuk melengkapi pokok aster kampung yang sedia ada di rumah.  Dulu-dulu arwah mak saya sangat suka bunga ini. Tanam merata. 

Pokoknya tinggi sekitar 2 kaki. RM15 sepokok dengan kos pos sebanyak RM18. Mmm..saya berharap boleh hidup lama dan sempat saya semai anaknya. Jika tidak rugi RM48 ya...

Ini juga sejenis aster, Saya beli benihnya dari pasaraya RM4.00 sepeket. Hidup dan berbunga juga. Namun tidak panjang hayat. Mati.

Walau apapun tak boleh lawan dengan aster kampung ini. Tahan lasak. mudah hidup dan ramah berbunga. Ada juga orang panggil pokok daisy. Pokok berbunga lebat ini saya tempatkan dipinggir kotak sayuran dikebun. Tidak peduli langsung tapi ceria sungguh dia..

Memandangkan hujan berterusan  ( mungkin sampai hujung tahun ) jadi saya ambil keputusan untuk gantung cangkul buat sementara waktu. Mungkin selepas raya baru saya berkebun kembali. Sekarang cuma beri perhatian pada pokok yang sedia ada sahaja. 


OK kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

18 comments:

  1. oh ni bunga aster. mcm bunga plastik. biasa tgok yg warna purple je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada warna lain selain purple. Tapi kat kampung dulu2 masa zaman anak dara arwah mak tanam 3 warna. Purple tua, putih & purple muda.

      Delete
    2. CANTIKNYA BUNGA ASTER..DH SANGKUT CANGKUL BULNRAMADAN YA MALA TAPI KEBUN TETAP JUGA KENA PRHATI TIAP HARI KAN

      Delete
    3. Memang kena tengok juga tapi banyak juga yang saya biat terutamanya pokok2 bunga renek. Hujan2 malas nak jejak kaki.

      Delete
  2. Cantiknya. Beberapa kali saya tanam aster dari biji tapi tak berhasil, pernah beli tanaman berbunga tapi tak hidup lama, masih perlu belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aster kampung lebih berbaloi ditanam...bunganya lebih besar dan pokoknya sangat lasak, boleh hidup dimana saja. Yang saya beli jenis aster tempat sejuk. Saya masih tercari dua warna lagi dari aster kampung ini.

      Delete
  3. Haha... you are so funny. You found a good place to keep that cangkul, Normala. Btw those two pink ones are Aster leavis? I hope so, as you have been looking for it for some time, right? The white one seems like China aster.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, I thought the pink one which I sow from seed was china aster because the leaves are different. More bigger and dwarf variety.

      Delete
  4. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Musim hujan rupanya di tempat akak, kat tempat saya panas deghing (amat). hampir 24 jam kipas berpusing di rumah...
    Cantik tempat sangkut cangkul tu...jangan hilang dah la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Abu. terima kasih dengan doa dan harap Abu sekeluarga pun sihat2 juga.
      Kalau ikut musim panas selalunya disini bermula dari Dec - April. Tapi tahun ini bulan Feb sudah start hujan lebat. Musim kemarau pendek saja kali ini. Dalam sebulan setengah. Cangkul tu kalau letak kat luar memang hilang pun...

      Delete
  5. Assalamualaikum.

    Saya tengah dok belajaq pelan-pelan ni.....bila sebut sawi, saya nak pi cari benih sawi satgi...tq for the ideas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanam sawi jenis hongkong cantik. Daun tebal.

      Delete
  6. Oh, I love these beautiful flowers !!
    Gorgeous photos !!
    Happy May !

    ReplyDelete
  7. memang musim hujan sekarang!
    Cantik bunga bunga tu Mala!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebun saya habis semak samun dahh....

      Delete
  8. Musim ni macam panas sikit cuacanya.
    Banyak juga anak pokok ceremai atau belimbing buloh yang dilihat pada gambar akhir?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..ada kak tanam belimbing buluh 2 pokok. Tapi pokok cermai tak ada. Yang nampak sikit daun tu pokok merunggai.

      Delete