Sunday, 30 July 2017

Cucu Saya Dah 4 Tahun.

Majlis hari jadi Qaseh berlangsung pada hari Jumaat baru-baru ini. Majlis kali ini dibuat kecilan sahaja tapi walaupun kecil penat juga tok dia jadinya. Maklumlah dua minggu asyik merumput pagi petang di kebun tau-tau nak bermajlis la pula di rumah. 

Anak mohon buat dirumah saya. Pada mulanya memang agak keberatan kerana laman rumah yang sempit, penuh dengan pokok bunga. Nak menyewa khemah pula tak berbaloi sebab jemputan pun setakat jiran terdekat sahaja. Kelam kabut jugalah saya membuang sawang dan mengubah pokok ketepi.

Ubah sana ubah sini akhirnya ada juga ruang untuk bergerak dan letak makanan.

Makan di celah-celah pokok bunga pun ada.

Manakala ruang dalam dikosongkan untuk bebudak bermain, berlarian dan makan.

Panas di dalam. Jiran pinjamkan  kerusi untuk bersantai di luar.

 Bersama kawan-kawan menyanyi ucap selamat. Sebenarnya hari jadi Qaseh jatuh pada bulan ramadhan jadi majlisnya terpaksa ditunda ke hari yang sesuai. 

Kek hari jadi dia yang pilih. 

Qaseh bersama ibunya.

Bersama Tok Chunya. Seperti biasa saya memang tak sempat nak mengatik gambar. Sibuk layan tetamu. Jadi gambar-gambar ni kutip dari phone anak saja.

Belum lagi puas ambil gambar. Majlis pun baru duk tengah rancak. Tengok-tengok dia dah siap buang baju dan perhiasan.  Nak makan kek. Budak-budak katakan...

Seronok tengok telatah bebudak bergembira. Masa zaman saya kecil dulu, kami adik beradik tak pernah pun sambut majlis hari jadi. Hanya anak orang yang berada saja ada sambutan majlis. Itupun yang meningkat remaja. Kalau ada duit bolehlah beli hadiah. Masa tu hadiah dibeli ikut kemampuan. Saya masih ingat, ada yang hadiakan sabun wangi seketul, ubat gigi, color pensil, set geometrik, shampoo, anak patung, pensil, buku cerita. Yang paling rare dan lawak modess/pad pun ada orang beli bagi. Hadiah budak-budak sekarang? Mmmh...lumayan!


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!

25 comments:

  1. Replies
    1. Terima kasih WP.InsyaAllah hujung tahun ni Qaseh dapat adik.

      Delete
  2. Cantiknya kek qaseh...hihi...qaseh pun lawa...macam princess dah =)

    Happy birthday...semoga qaseh menjadi anak yang solehah =)

    ReplyDelete
  3. Selamat hari jadi. Moga menjadi insan yang solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih dengan ucapan Khairul & salam perkenalan.

      Delete
  4. Luas jugak laman rumah mala.
    Cantiknya Qaseh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak lah luas mana. Lebar dalam 20 kaki saja. Kalau dibiar kosong memang agak selesa tapi saya dah sempitkan dengan pokok-pokok bunga saya. Kalau ikut hubby dah lama dia nak tiles kan semua, taruh bumbung & buat pagar tinggi tapi saya bangkang sebab saya nak juga ada tanah di halaman dan nak juga tengok air hujan turun atas daun. Saya kan orang kampung..kalau boleh saya tak mau rumah saya jadi mcm penjara.

      Delete
  5. Cantik rumah Mala! Pokok pokok semua subur & berbunga!
    Cucu Mala memang cantik!
    Mana masakan mala? tak ambil gambar makanan yang Mala masaK? ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujung tahun ni semua helicornia tu akan dibuang pokoknya. Termasuk semua yang saya tanam atas tanah. Nak minimize pokok dan nak ada ruang kosong sikit untuk letak kerusi bersembang dengan kekawan.

      Delete
  6. HAPPY BESDAY KASEH..COMELNYA DIA..MERIAH MAJLIS BESDAYNYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sikit saja buat kali ni. Saya rasa dah tak larat nak buat besar seperti tahun lepas. Maklumlah semua masak sendiri. Lepas posa pula majlis raya & kawin ada sepanjang minggu. Letih makan, letih berjalan & letih cabut rumput kebun.

      Delete
  7. HBD Qaseh....wahhh dah besar ya.....cute sangat!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum kak, moga sentiasa diberikan kesihatan yang baik.
    Harap belum terlewat untuk saya ucapkan selamat hari ulangtahun kelahiran buat cucu akak Qaseh. Moga membesar menjadi anak yang menyejuk mata dan menyenangkan hati ibu bapa. Cantik rumah akak. Suka sangat saya tengok panorama bukit/gunung jauh di belakang tu...damai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Abu. Terima kasih dengan ucapan.
      Tak ada mana cantiknya laman kak ni Abu. Satu sudut dalam gambar saja nampak menarik hakikatnya semak pun kat luar. Dah nak kena spring cleaning pun tapi tak terbuat lagi. Rasa sayang nak buang tapi tu la bila nak buat majlis kecil pun dah terasa sempit sangat2..

      Delete
  9. Happy belated birthday Qaseh comel. semoga membesar menjadi muslimah solehah ya.

    ReplyDelete
  10. Comelnya! Normala, I like the colours of the balloons. Happy belated birthday, Qaseh (unique name!)!

    ReplyDelete
  11. Happy Bezday Qaseh...moga jadi anak yg solehah. Alahai....Comeynya Qaseh.
    Maktok pun mesti comey jugakkan...hihi

    ReplyDelete
  12. terimakasih atas informasinya, jangan lupa kunjungi kami
    di http://blackwaletcare.com/sabun-penghilang-noda-hitam-wajah/

    ReplyDelete