Monday 21 August 2017

Butterfly-bush / Buddleja

Lama tak posting pasal bunga di laman ni ya. Jadi hari ini saya bangun awal untuk sesi photo shoot. Sebelum tu ronda-ronda tengok pokok dan kebun dulu. Cuaca pagi ni nampak cantik sangat. Terang benderang,  Padang rumput  pun memutih dengan embun pagi. Segar mata tengok.

Tengok si kecil ni tergedik ikut sama. Sekarang dah jadi model  padang rumput yang baru. 

Ok..jom tengok bunga.  Butterflybush ataupun nama botaninya Buddleja. Bukan bunga tempatan tapi sangat tolerat dengan cuaca setempat. Itu yang saya suka. Saya beli online dengan harga RM18.00 sepokok. Lebih kurang dua minggu tanam terus berbunga.

 Bunga ini kembang berjambak dimana cabang bunganya di selaputi kumpulan kuntuman bunga kecil  yang kembang memutih seakan  ekor kucing. Promosi mengatakan bunga ini sangat-sangat harum. Betulkah?

 Sangat betul.... bunganya super duper wangi. Lalu kat tepi dah menusuk kehidung. Bau wanginya sangat tersendiri. Lain dari bau bunga biasa. Unik dan anih. Berkali-kali saya cium untuk menentukan rasa harumannya. Tak dapat. Macam bau tiruan pun ada. 

( Gambar google )
Rupa-rupanya bunga ini bukan hanya ada satu warna saja. Terdapat pelbagai warna menarik yang terhasil  dari pokok-pokok  hybrid. Harap ada nurseri yang menjualnya nanti. Sudah ada permintaan dari penggemarnya. Harga mesti mahal.  Mmm...saya tunggu tengok ja la macamana...

Semasa photo shoot dipadang tadi, Kastih dan Kaspin turut serta. Ni gambar pertama depa bertiga.  Walaupun dalam suasana santai Kaspin  masik menjarak dan jelas  tak suka kat Tome. Manakala Si Kastih  tak menyempat nak balik bila terlihat kelibat kucing betina di jalan. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging &  happy gardening!



14 comments:

  1. Macam ada mirip bunga basil juga bila tengok pokok butterfly bush ni ya.
    Sebab pokok basil pun ada pelbagai jenis dari berbeza bentuk daun dan baunya. Morfologi bunga ada mirip antara basil walaupun warna bunga berbeza atau saiznya.

    Kalau semua mekar serentak bunganya, pasti menawan dengan bentuk jambak bunga kon yang besar tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul ada mirip bunga basil tapi itulah baunya memang wangi sangat.

      Delete
  2. rajuk si kaspin tak hilang2 lagi ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum lagi tapi ada perubahan sikit. Minggu lepas dah balik tidur kat rumah 2,3 hari. Dia memang tak suka diganggu langsung. Si Tome pula suka menyakat.

      Delete
  3. Rajinnya lah menanam bunga. Tp seronokkan bila tengok pokok yg ditanam berbunga. Wangi pulak tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekarang dah tak rajin sangat mcm dulu nak beli2 pokok bunga. Nak kurang kan sikit.

      Delete
  4. Cantik bunga tu. Kalau berwarna warni mesti nampak meriah lagi!
    Masih merajuk lagi ke Kaspin?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masih lagi Malar. Tadi pukul 2.00pm balik makan tengahrari. Sebelum dia lari keluar saya tangkap masukkan dalam bilik tengah. Biar dia tidur dalam tu.

      Delete
  5. Assalamualaikum kak Mala,
    Julie suka type2 bunga2 wangi mcm ni, dr mana kakak beli ye? Julie pun nak order jglah hihi...kucing2 Julie pun, kalo Julie keluar rmh, belek2 pokok2 bunga, most of the time mesti kucing2 Julie temankan, tengok pic kucing2 kakak tu, samalah mcm kucing2 Julie, manja sangat, geram Julie hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu gunanya kucing sebagai peneman manusia ni ya Julie. Semalam adik saya yang tengah demam hantar whatsapp tunjuk gambar kucingnya duk tunggu tepi kaki dia dalam toilet. Dia duk tengah lepas hajat...dia kata tengok kucing aku jaga aku..hampa pun tak mungkin nak jaga aku sampai masuk kelubang toilet...hahaha...lucu betul.
      Pokok tu beli kat em nursery.

      Delete
  6. Sangat cantik dan saya pasti ia menjadi terapi setiap kali melihat..

    ReplyDelete