Thursday 16 November 2017

Pray For Tome

Empat belas hari sudah berlalu.  Saya masih tidak putus asa berdoa dan berharap agar Tome dijumpai dan kembali bersama keluarga semula. Sedih hati tuhan saja yang tahu. Seluruh keluarga sangat terasa kehilangannya. 

Saya mula sedar bila tidak terlihat kelibatnya di depan pintu pada subuh Jumaat 3hb. Suami membebel salahkan saya kerana tidak membawanya masuk malam itu. Terpaksa telan amarahnya kerana itu memang salah saya. Kalaulah dia tahu betapa sesalnya saya dalam hati .....

Pagi itu seluruh taman kami berkawad cari Tome. Setiap ceruk parit dan longkang. Semak dan samun. Semua kami anak beranak keluar mencari. Semua pintu rumah yang tak dikenali pun diketuk. Siapa pun tak nampak dan tahu.

Setiap hari berlalu bertan-tan sesalan menghentam saya. Apa yang pedihnya saya dengar suaranya pada jam 2.30 pagi tapi saya tak bangun. Kenapa saya jadi begitu pun tak tahu. Ini hukuman lara yang saya harus terima. 

Tak terduga kehilangan sikecil ni mampu buat hati saya terasa begitu galau dan haru. Hampir seminggu saya hilang mood untuk buat apa pun. Betul-betul jiwa kacau. Setiap subuh saya buka pintu panggil-panggil nama dia. Harap-harap keajaiban berlaku. .

Setiap saat saya teringat muka comelnya. Tidur bersama sebilik. Sakit demam layan macam anak sendiri. Selalu saya gendung dan cubit-cubit manja mulutnya kerana dia suka menggigit. Rindu betul..

Suami beritahu tak mungkin jumpa kucing yang selincah dan senakal dia lagi. Setiap hari melompat dan berlari seluruh rumah. Kiranya 9 bulan sudah dia menghiburkan  kami sekeluarga dengan keletahnya.

Sampai saat ini saya tak dapat henti salahkan diri sendiri. Saya menyesal tak sudah...Cucu pujuk nak ambil anak kucing lain bagi tok dia. Anak pun cuba jejak ibu Tome dari kawannya. Malangnya ibu dan semua adik beradik Tome telah dibuang. 

Namun rasanya Kaspinlah yang paling happy dalam situasi ini. Siang malam tidur dan berehat dirumah.  Sebelum ini saya sedih dan risaukan dia sebab merajuk tak mau balik.

Sekarang happy saja dia..nak tiduk kat mana...nak gaya apa..semua boleh. Dah tak ada orang ganggu.

Kastih pun happy juga. Tukang buli dah tak ada. Boleh rehat dengan selesa. 

Berbeza dengan tuannya yang macam gila bayang. Macam nampak-nampak dia ada sana sini dalam rumah. Tambah-tambah kat tempat feveret dia. Tengok pokok remunggai ini pun teringat dia. Setiap kali ikut saya ke kebun pokok inilah dipanjatnya sampai kepuncak. Dari kecil sampai kebesar.

Yang tinggal kini cuma  parut cakarannya dibatang pokok. Sampai  saat ini walau bermacam andaian dibuat, termasuklah dia telah mati, tapi saya masih berharap dia masih hidup dan dilindungi Allah Taala. Doa saya tidap pernah putus untuknya. Saya juga tidak pernah henti mengharap. Satu hari, saya harap doa saya dimakbulkan dan kami akan berjumpa kembali. In Sha Allah. 


Ok kawan-kawan, please take care. Happy blogging & happy gardening!























20 comments:


  1. Memang sedih kalau kucing kesayangan kita hilang.
    Salah seekor kucing WP pun namanya Tome

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la WP nama kampung. Kucing kampung tapi sayang ni tak tau nak cakap. Budak lagi..habis jauh pergi depan rumah ngan kebun saja...kalau kucing lain kacau dia terperuk terkencing berak kat situ ja..penakut walau kat rumah kaki buli.

      Delete
  2. Cantik nye mata Tome. Harap dia dapat mencari jalan pulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ITS..harap saya jumpa dengan dia...kalau ada orang bela tak nak bagi balik saya kena redha cuma kalau boleh nak juga tengok dia ada depan mata waalau sekali.

      Delete
  3. Saya faham perasaan itu...sebab saya pun mengalaminya...apapun, moga Allah perkenankan doa kakak, aminnn....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Yati dengan doa.
      Kak ni pujuk hati walau abang cakap dia dah mati sebab malam hari jadi kak baru2 ni mimpi dia balik, kak dukung sambil menangis. Anak pun ikut mimpi dia balik. Berat nak cakap dia dah tak ada...cuma mampu berdoa saja.

      Delete
  4. Oh will do! Tome is too cute and sweet, Normala.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..Steph, hope he in the best of health..walau kat mana pun dia ada.

      Delete
  5. Allahu, ana faham sangat perasaan Kak Mala, semoga Tomei balik dengan selamatnya..Aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. puas cari dah x jumpa.Kalau tngok kelibat kucing lain seakan dia hati ni dah berdebar debar.

      Delete
  6. Oh, such sweet photos !! I love those eyes from the first photo!!
    Greetings

    ReplyDelete
    Replies
    1. Greetings Ella. Thanks for visit.
      This is my lovely cat, Tome. I've lost him two weeks ago.

      Delete
  7. Harap Harap Tomei pulang cepat. Sedih baca post nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Malar.
      Hingga kesaat ini saya sentiasa berdoa dia dijumpai semula tapi setakat ni belum ada tanda2. Harap dia sihat walau dimana.

      Delete
  8. NS ni dah sama mcm anak saya . Hilang mood gara gara kuucingnya saya buang hihi.... Yg buangnya tu sebab kucing tu suka berak merata.
    Baik pulak dia dengan kucing yg lain ye NS....sampai mau main main gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hainom...kak ni dari kecil sampai ketua membesar dengan kucing. Tak boleh tak ada kucing dalam rumah. Keletah depa tu santapan jiwa kami anak beranak.
      Sebab tu terasa sangat kehilangan dia. Walau gembira dengan kelahiran cucu baru tapi dihati siang malam teringat lagi pada si Tome. Melekat sungguh dia dihati kakak.

      Delete
  9. Kembang betul ekornya si Tome.

    Take care ya Kak Mala.

    Kita doakan Tome selamat dan sihat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Diana. Maaf lambat reply sebab kak sakit dah hampir 3 minggu belum sembuh. Sampai saat ini kak masih teringatkan Tome. Setiap hari berdoa untuk dia.

      Delete
  10. Kucing sayapun banyak yang macam tu. Hilang tanpa jejak. Walhal kucing saya bukannya jenis merayau tak tentu hala. Entah mati, entah hidup, sayapun tak tau tapi reda je la. Lagipun kucing kat rumah ni silih berganti. Kematian dan kehilangan kucing tu, dah jadi teman rapat dah.

    Moga Tome kembali ke pangkuan awak sekeluarga dan moga dia sihat-sihat sahaja. Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak jenis tak banyak bela kucing kat rumah tapi selalu bela sampai mati baru ganti yang lain. Sebab tu bila hilang terasa sangat dah la duk manja dengan kita. Sampai la duk berdoa dan baca yasin untuk dia.Orang dengar lawak kan. Kucing pun nak baca yasin tapi kak tetap buat. Tak kisah dia ada dimana asalkan dia sihat.

      Delete